ANTARA LENNY DAN ZULFAH BAB 7

5 0 0
                                    

Beberapa minggu kemudian...

In the summertime when the weather is hot

You can stretch right up and touch the sky

When the weather's fine

You got women you got women in your mind..

Have a drink have a drive

Go out and see what you can find...yeah!

Suhaimi menanggalkan kesemua butang baju kemeja t-shirt. Suasana malam yang semakin rancak di musim panas ini semakin hangat dengan sorakan dan teriakan pelanggan kelab malam yang terhibur dengan persembahan Lanang Buskers. Tak terasa penat langsung mengetuk bonggo. Makin seronok Suhaimi dan kawan-kawannya bermain perkusi apabila pengunjung-pengunjung kelab malam itu sama-sama menyanyikan lagu yang mereka dendangkan. Paling mengujakan apabila mendengar jeritan mereka yang mahu persembahan disambung walaupun hari sudah menginjak ke pukul 2 pagi.

"Alright my dear viewers. That's all for tonight. Thank you for all the support. Good night and take care. Love you." Ronan selaku ketua kumpulan memberikan kata-kata akhir.

"We want more! We want more! We want more!"

The Havoc Night Club menjadi riuh-rendah dengan teriakan dan siulan para pengunjung yang belum menampakkan tanda-tanda ingin beredar. Ronan dan kawan-kawan berpandangan sesama sendiri.

"Come on guys. It's Saturday night. They still awake at this hour." Ronald, pemilik kelab malam yang juga berasal dari Malaysia mendekati mereka berlima. Bahu Suhaimi ditepuk mesra. Kesemua pemuzik Lanang Busker dipandang setiap seorang.

"You know what? My night club has never been this lively. You are the bringer of sustenance for me. It's not wrong if you sing them a few more songs, right? Do you know country songs? They would love it if you could sing that kind of songs for them." Pengurus kelab malam itu beri cadangan. Dia juga meminati lagu-lagu genre begini kerana muziknya pun tak bising dan kedengaran tenang di halwa telinga.

Ronan ketawa kuat. Dalam samar cahaya lampu dia mencari muka Suhaimi.

"Amacam Mie? Larat lagi tak? Yang lain-lain macam mana?" Hasnul. Joe dan Rahimi ditenung. Tawanya terhambur lagi melihat Hasnul yang sudah menguap lebar.

"Kalau satu lagu lagi bolehlah Nan. Suara pun dah nak pancit ni." Suhaimi yang merupakan penyanyi utama menanggalkan bandana yang lencun dengan keringat. Hujung kemeja t-shirt digunakan untuk mengeringkan tangan yang berpeluh. Hasnul yang sudah menutup suis gitar menekan semula suis di hujung kaki. Masing-masing kembali bersedia. Bila lagi nak ambil hati majikan kalau bukan sekarang,kan? Untung-untung kontrak mereka disambung lagi sehingga tahun depan.

Beberapa minit kemudian...

Thank you very much guys. As a form of appreciation. Let me treat you to dinner. Just order whatever food you want. The bill will be placed in my name."

"Yes! Jom berkemas cepat. Siapa lambat dia tinggal." Suhaimi bersorak riang. Bukan main lebar senyum masing-masing. Macam tahu-tahu saja memang perut mereka berlima sedang berkeroncong. Dah ada orang nak belanja. Rugilah kalau tolak rezeki,kan?

"Eat as much as you like. Just order if the food is not enough. One more thing. I'm giving you a whole week off. Since arriving here, you must not have been able to rest, right? This is your time to relax and get to know Fremantle better."

"Wow! A week?" Terjegil mata Hasnul bila Ronald bagi cuti. Tapi wajah teruja berubah muram serta-merta sambil ibu jari dan telunjuk mencuit-cuit sesama sendiri. Terhambur tawa semua yang berada di meja makan.

ANTARA LENNY DAN ZULFAH (Ada dia...)Where stories live. Discover now