"Betul ke kau dah booking tourist guide Hasnul? Dekat sejam kita di sini tahu tak? Berapa lama lagi nak tunggu?"
Berkali-kali Suhaimi melihat jam di pergelangan tangan. Dia paling tidak suka menunggu. Masa itu emas. Kalau terpaksa melengung baik dia duduk diam di rumah. Dia ada di sini pun demi menjaga hati kawan-kawan yang sudah lama teringin ke Sydney Opera House.
"Kau ni Mie. Cubalah bersabar sikit. Kita ni cuma nak makan angin. Santai-santai aje okay. Aku dah call agensi yang menyediakan pemandu pelancong tu. Nombor telefon tourist guide tu pun dia bagi juga. Dia suruh kita berkumpul di sini pukul 10. Sekarang baru pukul 9. Kita yang awal sebenarnya. Bukan pemandu pelancong tu lewat."
Suhaimi kehilangan kata. Dia membawa diri agak jauh dari kumpulan kawan-kawannya sambil bermain harmonika yang sering menjadi peneman di mana saja dia berada. Sambil menikmati pemandangan di bahagian luar bangunan yang dikenali sebagai salah satu keajaiban seni bina paling terkenal di abad 20, Suhaimi asyik meniup harmonika. Hinggakan tidak sedar ada mata yang sedang merenungnya beberapa minit yang lalu.
"Your harmonica is so melodious." Gadis itu memuji sambil bertepuk tangan.
Terpusing tubuh Suhaimi.
"Thanks." Ujarnya ringkas dan segera beredar mendekati kumpulan kawan-kawannya kembali.
"Ah, sudah! Apa hal pula dia ikut aku ni?" Suhaimi menoleh dengan ekor mata. Kurang selesa diekori gadis yang asyik tersenyum-senyum dari tadi.
"Ronan. Cuba kau tengok awek belakang aku ni. Dia masih ikut aku tak?" Suhaimi berbisik dan hanya menunjuk dengan ekor mata.
"Awek mana? Ramai perempuan kat belakang kau. Yang tua ke yang muda?" Ronan tercangak-cangak.
"Kau janganlah buat macam tu. Nanti dia tahulah kita tengah cakap pasal dia. Awek tu pakai baju blaus warna pink. Rambut blonde." Suhaimi beri penerangan ringkas sambil berbisik kepada Ronan. Tak semena-mena mata Ronan terbuntang. Lengan Suhaimi digoncang kuat.
"Eh! Dia datanglah Mie." Tak semena-mena Ronan tersengih lebar.
"Jangan pandang dia weh! Jom,jom. Kita pergi tempat lain." Suhaimi memaut tangan Ronan dan ajak beredar. Namun tangannya ditepis. Makin berani pula Ronan mendekati gadis itu. Suhaimi langsung tak berani menoleh. Dia keluarkan telefon dari poket seluar dan pura-pura sibuk menolak-nolak skrin.
" Excuse me. I think we can start now. All my friends are here."
"Nice! then let's gather first so I can give a short briefing" Suhaimi terpempan mendengar suara gadis itu. Hampir-hampir berlaga bahu apabila dia menoleh ke belakang.
"Hi! Come with me." Gadis itu menegur ramah sambil mengajak Suhaimi menyertainya. Ronan turun naikkan kening dan meniru gaya gadis itu menggamit Suhaimi. Kemudian dia gelak terkekeh-kekeh.
"Hish, kau ni! Kenapa tak cakap awek tu tourist guide kita?"
Makin kuat tawa Ronan apabila bahunya ditumbuk Suhaimi.
"Ha, apa lagi? Tadi marah sangat. Pergilah sound dia. Pergi tanya kenapa datang lambat."
Suhaimi senyum senget apabila lengannya di senggol berkali-kali. Spontan senyum nakal tersungging di bibir. "Kalau lawa macam ni nak marah pun tak sampai hati. Hahaha!"
Kata-kata Suhaimi yang agak kuat mengundang tawa rakan-rakan yang lain.
"Bukan main kau ya? Tadi bukan main mendung muka tu. Dapat tengok awek cun tiba-tiba hari mendung bertukar cerah?" Hasnul pula menggiat Suhaimi. Masing-masing sangat berani lepas bahasa. Tak ada yang nak dirisaukan kerana mereka yakin gadis itu tidak memahami bahasa melayu.
YOU ARE READING
ANTARA LENNY DAN ZULFAH (Ada dia...)
Non-FictionSeorang lelaki yang tergamak berhenti belajar dan lari dari tanggungjawab sebagai anak sulung demi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik. Dia tinggalkan rakan sepermainan sejak kecil dan menyerahkan tanggungjawab menjaga orang tuanya kepa...