1

7 0 0
                                    

Kelab Amal Komuniti baru saja tiba di Kampung Mutiara, tempat di mana mereka akan mengadakan aktiviti membersihkan dan membaik pulih beberapa kawasan penting di kampung itu.
Qalid Syafi, Dinira, dan dua sahabat baik mereka, Zafran dan Rafiq, bersama penduduk kampung dan beberapa ahli kelab lain berjalan bersama menuju tapak program. Suasana riuh rendah dengan gelak ketawa dan bunyi peralatan. Semua bersatu hati dalam misi hari ini.

"Zaf, kau tengok tu, Rafiq dah mula main air," tegur Qalid sambil ketawa kecil, melihat Rafiq yang basah kuyup terkena pancuran air dari paip bocor.

Rafiq hanya mengangkat tangan tanda tak kisah.
"Ala, air je. Nanti keringlah!" balas Rafiq dengan ketawa sambil menyodok tanah yang berlumpur.

Dinira tersenyum kecil, memerhati dari jauh.
"Korang ni, buat kerja ke nak bergurau?" Dia cuba menegur sambil menahan gelak.

Seorang mak cik kampung menghampiri mereka, membawa jag air sejuk.
"Nah, air minum. Nanti penat buat kerja ni, hah."

"Terima kasih, mak cik! Karang kami minum ye" Qalid memaniskan kata.

Datang pula seorang lelaki separuh abad sambil menatang dulang berisi cempedak goreng, penuh membukit isi dalan dulang tu hampir saja tergolek keluar. Tersungging senyuman di wajah tua itu.

"Jemput makan lah ye nak, pakcik ada ini je nak hidang kamu semua"
Gigi tuanya sudah rompong banyak tapi peramah benar.

Terbuntang mata mereka berempat, tak semena terhambur ketawa

"Allah! Terima kasih banyak lah pakcik makcik, kami ni belum mula kerja lagi dah dapat macam-macam" Ujar Rafiq seraya menyambut huluran pakcik itu. Dulang diletak atas meja kayu kecil bersebelah jug air tadi berdekatan dia.

"Acik punya tak ada apa nak kasi tu boleh buat kitorang kenyang seminggu ni cik! Banyak betul cempedak, hah" Girang suara Zafran sambil mata tak lepas melihat makanan yang membukit itu. Ulah nakal Zafran dan Rafiq buatkan Dinira terlepas tawa.

"Halah tak ada apa nak, acik ni patut berterima kasih kat kamu semua sebab sudi nya datang kampung ni, nak tolong bersihkan rumah acik. Hah ni rumah acik lah ni"

Terkekeh-kekeh orang tu ketawa sambil menuding jari pada rumah di belakang dia.

'Ceh! Acik main rasuah' Getus hati kecil Qalid. Puas dia tahan gelak.

"Nanti bersihkan molek-molek ye? Tepi tu hah, banyak dah besi buruk nak buang cik tak larat nak ngangkat dengan kayu bekas reban lama dengan semak dah naik nak sama tinggi tingkap dah. Tapi tak apa ke dik, acik request-request ni? Risau marah ke pulak cikgu awak semua nanti?"

Terjuih bibir tua dia menunjukkan arah.
Zafran dan Rafiq sudah cuit mencuit sesama sendiri, memberikan signal. Bergetar bahu masing-masing menahan geli hati.

"Eh boleh sangat cik. Memang kitorang datang ni nak menolong pun... Nanti acik bagitau je kami mana-mana lagi nak dibuat, sebab port kita 3 rumah ni lah, sekali dengan rumah acik " Ujar Dinira mesra sambil senyuman tersungging di bibir.

Tiga jejaka itu sudah terdiam. Tahu sangat mulut manis gadis itu.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak ye dik, hah nanti jemput makan lah cempedak tu. Bahagi bahagi kawan-kawan lain ya kalau tak habis? Acik masuk dulu lah, nak tolong makcik kamu masak lauk tengah hari." Pakcik itu berpamitan seraya melangkah masuk kedalam rumah. Belum pun hilang bayangnya Rafiq menegur

"Mekasih pakcik!" Terlihat lelaki tua itu mengangkat tangan di balik daun pintu.

Sebaik saja hilang dari pandangan, memang tak menahan lagi. Terlepas tawa dari mereka berempat lebih lagi Zafran.

Gerbang KiiaraWhere stories live. Discover now