3

7 0 0
                                    


Malam itu terasa begitu sunyi. Qalid Syafi terbaring di atas katil, matanya menatap siling bilik, cuba memaksa diri untuk tidur.
Jam di dinding berdetik dengan irama yang sama, membuatkan dia terganggu.
Di pejam mata, namun fikirannya tidak mahu diam. Esok ada quiz penting untuk subjek Fizik yang dia ambil, tetapi kepalanya penuh dengan hal-hal lain.

Farhan, housemate-nya, tiada malam itu. Dia sibuk dengan persiapan untuk persembahan teater besok. Rafiq pula keluar bersama geng lelaki lain, seperti biasa sibuk ‘test market’, bergurau tentang hidup bujang. Qalid menoleh ke sebelah katil yang kosong. Malam semakin larut, namun mindanya masih bising dengan pelbagai perkara.

Dia bangkit, meraba jaket coklatnya yang tergantung di belakang pintu. Sejuk malam ini benar-benar mencengkam selepas hujan siang tadi.
Qalid menghela nafas panjang sebelum keluar dari bilik, melangkah ke ruang legar di bawah. Angin dingin menyapa wajahnya, membuatkan dia memeluk tubuh erat dalam jaket tebalnya. Nasib baik dia memakai sneakers, sejuknya malam ini boleh mematahkan semangat sesiapa sahaja yang berselipar.

Di ruang legar, beberapa mahasiswa duduk di gazeebo mini, memetik gitar dan mendendangkan lagu yang indah tetapi sayup. Suara mereka bergaul dengan angin malam, mencipta melodi yang damai tetapi menusuk jauh ke dalam fikiran Qalid. Beberapa orang melambai ke arahnya, dan Qalid membalas, senyum kecil terukir di bibirnya.

   “Wey, Qalid! Nak join?” salah seorang daripada mereka bertanya.

Qalid hanya menggeleng.
   "Lain kali bro. Ada quiz besok."

   "Fuh, good luck bro!" sahut seorang lagi, suaranya sayup, hilang di celah bayu malam.

Qalid tersenyum hambar dengan pandangan kosong. Dia terus berjalan, langkahnya membawa dirinya entah ke mana. Fikirannya berterbangan—tentang pelajaran, keluarganya di kampung, sikap pelik Dinira dan Calisa siang tadi, tetapi yang paling kuat mengganggu adalah kejadian di Kampung Mutiara beberapa minggu lalu.

Hatinya masih terusik dengan apa yang dia alami di sana. Seolah-olah ada sesuatu yang penting, yang dia tidak dapat fahami. Tapi entah kenapa, bayangan itu enggan hilang dari fikirannya.

Tanpa sedar, langkahnya membawanya jauh. Pandangannya terasa kosong, fikirannya berlegar-legar di dunia sendiri. Dia berjalan tanpa arah, dan tiba-tiba...

*Duk!*

Qalid tersentak. Dia terlanggar sesuatu—palang besi yang dingin. Rasa sejuk dari besi itu menjalar ke seluruh tubuh, membuatnya sedar dari lamunan. Dia melihat sekeliling. Suasana di sekitar terasa asing. Sunyi, hanya cengkerik yang riuh menyahut satu sama lain.

Matanya membulat memerhati kawasan sekeliling. Rumput dan daun menjalar memenuhi dinding bangunan usang di hadapannya. Dia menelan liur, perasaan tidak enak mula meresap dalam dirinya.

   "Huh? Aku kat mana ni?" bisik Qalid, pandangannya jatuh pada palang besi yang dilanggar tadi. Sebuah pintu usang dengan pagar besi berkarat yang masih kukuh. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia kenal tempat ini.

Bangunan Kiiara!

Qalid tersentak.
   "Aku dah masuk kawasan larangan?" Dia memandang sekeliling, nafasnya semakin laju.

Cepat-cepat dia berpaling, berniat mahu pergi dari situ sebelum ada yang perasan.

Namun, belum sempat dia melangkah...

   "Assalamualaikum, Qalid."

Suara itu. Dingin, sayup tetapi jelas. Adrenalin melonjak dalam tubuhnya. Dia berpaling semula ke arah pintu usang itu, walaupun seluruh tubuh dirinya menjerit untuk tidak berbuat demikian berpaling.

Alangkah terkejutnya dia. Pintu usang yang tadi ada, sudah hilang. Di hadapannya kini terbentang sebuah gerbang indah berukiran kayu yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Ukiran kuno menghiasi gerbang itu, seakan-akan ia muncul dari dunia lain. Akar-akar besar menjalar, bergerak perlahan dari dalam seperti melambai ke arahnya.

   "Apa ni?" Qalid berbisik, suara tersekat di kerongkong. Jantungnya berdegup kencang, tangannya menggeletar.

Cahaya terang mula memancar dari dalam gerbang, sinarnya menyengat retina Qalid hingga dia terpaksa menutup mata dengan sebelah tangan. Panas dingin yang luar biasa tiba-tiba menerpa, dan gerbang itu… bergerak.

Ya! Gerbang itu seperti melintasi dirinya, menariknya ke dalam!

Qalid hanya mampu terkaku bagai dipukau.

Tiba-tiba, cahaya itu memudar, dan Qalid mendapati dirinya sudah berada di tempat yang berbeza sama sekali. Nafasnya tersentak-sentak, matanya membulat melihat pemandangan di sekelilingnya. Udara di sini lembab, penuh dengan bau enbun dan sesuatu yang lain—sesuatu yang dikenalnya.

   'Bau ni…'

Dia kenal bau ini! Bau yang sama dari bunga liar di Kampung Mutiara. Mata Qalid melilau ke atas, menatap langit. Langit di atasnya kini berwarna ungu dan merah jambu bukan lagi langit malam kampus, pepohon menjulang tinggi dengan akar-akar besar menjuntai ke bawah hampir menyentuh bumi. Kabus tipis menyelubungi tanah, dan di sekitarnya, bunga-bunga berwarna-warni menghiasi setiap sudut.
Sama!

Qalid berdiri kaku, nafasnya pendek-pendek. Degupan jantungnya semakin kuat, hingga terasa di leher. Peluh dingin mula membasahi dahinya. Dia cuba bernafas perlahan, tetapi semakin sukar. Perasaan cemas dan bingung meresap ke dalam dirinya, menjadikannya tidak mampu bergerak.

   'Aku kat mana ni? Apa yang dah jadi?' Monolog dalam dirinya semakin deras, tetapi jawapan masih tidak muncul. Hanya satu yang dia tahu—ini bukan dunia yang dia kenal.

Gerbang KiiaraWhere stories live. Discover now