Sewaktu Qalid mengekori langkah Liora hingga memasuki perkarangan perkampungan puak gadis itu langit sudah mulai berubah menjadi keemasan dengan coretan merah jambu bagai dilukis lagaknya.
Qalid terpana melihat panorama alam yang jelas menghamparkan keindahan yang jarang dilihat di dunia asal dia.
Landskap perkampungan terletak di lembah yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang megah dan hutan-hutan tebal yang memancarkan cahaya lembut, kampung ini seolah-olah dilindungi oleh alam semula jadi.
Kawasan perkampungan tersebut dikelilingi pepohon aneh bercahaya lembut, ia bercahaya dalam gelap yang mulai menyelubungi segenap ruang, serta terbentang sebatang sungai jernih yang mengalir tenang di tengah kampung, mencerminkan sinar senja.
Rumah-rumah di kampung ini dibina daripada gabungan kayu, buluh raksasa, dan batu kristal yang memantulkan cahaya. Bumbung rumah diperbuat daripada jerami dan dedaunan besar yang menjadikannya kelihatan semula jadi dan tahan lama. Beberapa rumah dihiasi dengan kain tenunan berwarna-warni yang menjuntai dari tingkap dan pintu, memberikan suasana meriah dan harmoni. Rumah-rumah ini tidak terlalu tinggi, tetapi strukturnya luas dan terbuka, mengundang angin segar dari gunung masuk ke dalam. Terdapat lorong-lorong berbatu kecil yang menghubungkan setiap rumah, semuanya tersusun dengan teliti di sepanjang sungai jernih yang mengalir dengan lembut di tengah kampung.
Beberapa orang kampung terjulur kepalanya menyambut kedatangan Qalid, mereka tampak ramah mengalukan.
"Aku rasa… jauh dari tempat sekarang," Qalid berbisik kepada dirinya sendiri sambil matanya tak lepas dari suasana yang damai tapi asing.
"Perkampungan ini memang seronok," ujar Liora dengan senyuman kecil,
"Kita tahu kau kurang selesa tapi kau akan biasa juga nanti."Ketika mereka melangkah ke tengah perkampungan, seorang wanita tinggi lampai dengan rambut perak keemasan melangkah ke arah mereka. Wajahnya lembut tetapi penuh dengan kewibawaan—dia ibu saudara Liora, ketua kampung di sini.
"Selamat datang, Qalid Syafi," sapanya dengan nada tenang.
"Kami dah lama tunggu kehadiranmu."Qalid sedikit terkejut mendengar namanya disebut sempat terlintas bagaimana dia mengetahui nama beliau,
"Err... terima kasih, puan." Terdetik persoalan di hati
'Dah lama tunggu aku? Apa maksudnya?'Wanita itu ketawa kecil.
"Jangan risau. Kami gembira menyambutmu. Malam ini kamu boleh berehat di rumah ini. Anak-aku, tunjukkan dia ke biliknya."Beberapa lelaki muda sebaya dengan Qalid mendekati mereka. Seorang daripada mereka, yang bertubuh tegap dengan mata bersinar, tersenyum lebar.
“Hai! Aku Kaelan, dan ini Aelar,” katanya, memperkenalkan dirinya dan kembar yang berdiri di sebelahnya.
“Kau boleh anggap kami kawan di sini.”Melilau mata Qalid, benar lah mereka semua ni memiliki struktur wajah yang sama dengan betuk telinga meruncing dan mata yang tajam. Yang jelas membezakan mereka adalah rupa paras. Tapi tak dari seorang pun kelihatan 'menyeramkan' malah terasa damai.
Liora menghela nafas pendek.
“Mereka ini banyak cakap,” katanya separuh berbisik kepada Qalid, seolah-olah memberi amaran.Kaelan tersengih.
“Aku dengar tu!”Qalid tersenyum kecil. Dia mula terasa lebih selesa, walaupun masih banyak soalan dalam benaknya.
Ibu saudara Liora kemudian mengarahkan mereka ke sebuah rumah besar yang terletak di tepi sungai. Rumah itu tampak meriah dan penuh dengan kehidupan—dindingnya dihiasi kain tenunan berwarna-warni dan lukisan-lukisan simbolik yang tiada dalam budaya dunia Qalid. Qalid diberikan sebuah bilik sederhana dengan hiasan unik, dan dia segera membersihkan diri setelah disuruh berehat.
YOU ARE READING
Gerbang Kiiara
AdventureCerita bermula ketika Qalid Syafi dengan tidak sengaja memasuki kawasan larangan serta melanggar peraturan Kolej berasrama yang telah berabad ditetapkan. Kerana sikap ingin tahu yang menebal, dia dengan tidak sengaja melepasi gerbang dan telah terba...