Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa ganjil di Kampung Mutiara sebuah peristiwa yang seakan hanya wujud dalam mimpi atau ilusi. Bagi Qalid Syafi, 'dunia lain’ yang pernah dia alami semakin samar dalam ingatannya. Hari-hari kembali kepada rutin, walaupun sesekali bayangan langit ungu dan padang bunga itu muncul dalam mimpinya.
Hujan lebat turun lagi hari ini, menambahkan suasana melankolik di kampus. Titisan hujan mengetuk perlahan di jendela bilik, membentuk bunyi irama yang mendamaikan. Kelas Seni yang dijadualkan pagi ini dibatalkan secara tiba-tiba. Pensyarah mereka sering kali punya alasan, entah masalah teknikal atau urusan peribadi. Tetapi, bagi Qalid pagi tanpa kelas terasa amat kosong, meski hujan menambahkan rasa damai yang tidak dimilikinya sejak kebelakangan ini.
Qalid sudah bersiap, beg galas disandang di bahu bersedia untuk keluar. Dia memutuskan untuk ke Digital Library, kerana baginya duduk sahaja di bilik membuatkan fikirannya resah. Namun, dia secara tidak sengaja mengejutkan Zafran dan Rafiq, dua rakan sebiliknya yang masih nyenyak di atas katil.
“Qalid, bro...” Zafran menguap panjang, sebelah tangan menyapu mata.
“Kau ni pagi-pagi dah semangat... Kelas pun cancel, kau tak boleh duduk diam ke?”Rafiq yang separuh tertidur, menyahut dengan suara serak.
“Kau nak pergi mana dalam hujan ni? ”"Korang nak join aku tak?"
"Pergi mana? Ada makan-makan, aku on!"
"Jom pergi Digital Library. Makan-makan lepas tu lah"
Demi sahaja mendengarkannya Zafran mengeliat besar siap bunyi 'Hahhh'
"Baik aku sambung tidur, dah lah hari ni Isnin jarang-jarang dapat free. Hujan pulak tu"
Qalid ketawa kecil, tidak mudah terprovokasi.
"Otak aku boleh tepu kalau tak buat apa-apa. Korang kan tahu library tu tenang. So aku nak pergi sana buat kerja sikit.”Zafran tergelak kecil, berpura-pura serius.
“Kerja? Mesti nak stalk awek-awek dekat library tu, kan? Janganlah sembang, Qalid. Semua dah tahu modus operandi kau.”Rafiq menambah dengan nada malas, sambil menarik selimut menutupi separuh wajahnya,
“Kau pergi library sebab awek librarian tu kan? Aku tengok mata dia bercahaya tiap kali nampak kau. Eh, kalau kau tak nak, bagilah aku peluang...”Qalid hanya menggeleng sambil tersenyum sinis.
“Korang ni banyak sangat drama lah. Poyo. Aku pergi buat kerja je, bukan cari masalah nak menggatal. Korang nikmati lah ya hari Isnin korang ni.”"Iyalah! Pelajar dekan kan? Balik nanti belikan aku pisang goreng luar tu tau? Kalau boleh mintakkan sekali nombor awek-awek dekat sana nanti!"
Sempat lagi Rafiq memesan.Dia melangkah keluar dengan senyuman nakal, meninggalkan dua rakannya yang masih terkekeh dalam selimut tebal mereka.
---
Di luar, rintik hujan menyambutnya. Qalid membuka payung hitam, melangkah tenang melalui jalan berliku yang basah, menuju ke Digital Library. Udara sejuk yang dibawa oleh hujan terasa menyegarkan, namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Sekilas, dia terfikirkan langit ungu itu lagi. Hanya sejenak, namun cukup untuk memancing rasa ingin tahunya.
Ketika dia berjalan di sepanjang lorong pejalan kaki yang melintasi bangunan kuliah, dia terlihat Dinira yang baru saja keluar dari dewan. Payung merahnya kontras dengan suasana kelabu di sekeliling.
“Eh, Qalid. Kau tak ada kelas ke hari ni?” Dinira bertanya, keningnya sedikit terangkat. Matanya redup seperti cuaca hari itu, namun ada sesuatu yang terselindung di sebalik senyumannya.
YOU ARE READING
Gerbang Kiiara
AdventureCerita bermula ketika Qalid Syafi dengan tidak sengaja memasuki kawasan larangan serta melanggar peraturan Kolej berasrama yang telah berabad ditetapkan. Kerana sikap ingin tahu yang menebal, dia dengan tidak sengaja melepasi gerbang dan telah terba...