BAB 27

2.9K 122 7
                                        

SETELAH melangkah masuk ke dalam rumah, suasana terasa sepi. Elhan menutup pintu dengan lembut di belakangnya, dan Humra berdiri di situ, matanya memandang lantai sambil berusaha mencari kata-kata yang tepat untuk diucapkan.

Elhan menghidupkan lampu, memancarkan cahaya lembut ke seluruh ruang tamu. Dia memandang Humra yang masih berdiri kaku, jelas menunjukkan betapa cemasnya wanita itu.

Elhan berjalan ke arah ruang tamu dengan langkah perlahan. Wajahnya kelihatan tenang tetapi Humra tahu, di sebalik raut wajah itu, ada kemarahan yang ditahan. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa tanpa sepatah kata, tanpa menoleh ke arah Humra yang berdiri kaku berhampiran pintu.

Suasana hening menyelubungi ruang tamu, hanya bunyi detik jam di dinding yang memecahkan kesunyian. Elhan sengaja tidak mengajak Humra duduk, matanya tertumpu ke depan, seolah-olah tidak peduli akan kehadiran Humra.

Humra cuba membuka mulut, ingin menjelaskan, tetapi kata-kata terasa tersekat di kerongkong. Elhan tetap berdiam, menanti Humra untuk mengaku sendiri kesalahannya. Keheningan itu membuatkan Humra semakin gelisah, rasa bersalah makin menyesakkan dada.

"Abang..." Humra akhirnya bersuara, perlahan, cuba menarik perhatian suaminya. Namun, Elhan masih diam, tidak berganjak. Sengaja dia buat-buat marah, menunggu Humra menyedari bahawa perbuatannya pergi ke kelab malam bersama Ezrin adalah satu kesilapan besar dan bahaya.

Humra pandang Elhan yang hanya duduk diam di atas sofa. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Elhan. Sampai di hapan suaminya, pantas kakinya duduk melutut di atas lantai berhadapan dengan Elhan.

"Maafkan Humra abang, Humra tahu Humra salah. Humra berdosa sebab tipu abang," ujar Humra lalu menunduk. Dia takut mahu menatap mata Elhan yang kelihatan dingin. Nampak saja lelaki itu kelihatan tenang, tetapi anak mata lelaki itu tajam menatap dirinya.

"Salah?" Elhan mengulangi dengan nada tenang tetapi penuh sindiran.

Humra mengangguk mengiakan kata-kata Elhan.

"Humra salah dan berdosa sebab tipu abang. Humra bagitahu dekat abang yang Humra ada dekat rumah tengah baca novel padahal Humra ada dekat luar, dengan Ezrin pergi ke kelab malam," tutur Humra dengan nada serba salah.

Elhan hanya diam mendengar penjelasan Humra. Dia berpeluk tubuh sambil duduk bersandar di sofa. Wajahnya tenang tetapi serius. Dia memandang Humra yang duduk melutut di atas lantai, menanti penjelasan yang seterusnya tanpa berkata sepatah pun.

Humra menunduk seketika, menarik nafas panjang sebelum memandang Elhan yang masih duduk diam di sofa. Wajahnya penuh dengan rasa bersalah, namun tekadnya kuat untuk menjelaskan.

"Humra tak ada niat pun nak tipu abang," jelas Humra, suaranya tenang walau sedikit bergetar. "Humra cuma nak cari bukti yang Maya bukan manusia yang abang selalu nampak tertutup. Dia bukan seperti yang dia cuba tunjukkan."

Elhan masih diam, mendengar setiap kata Humra dengan teliti.

"Humra bukan saja-saja nak pergi sana. Humra cuma nak cari bukti untuk tunjuk dekat papa yang Maya bukan seperti yang papa selalu nampak. Maya orang yang papa selalu puji baik, tapi rupa-rupanya dialah yang conteng arang dekat muka papa," sambung Humra, suaranya semakin tegas. "Humra cuma nak papa sedar yang orang yang ada dengan dia sekarang ni adalah orang yang bakal jatuhkan dia dalam diam."

Elhan mengangkat kening sedikit, masih tidak menyela. Dia ingin mendengar semuanya.

Humra menghela nafas lagi, kali ini lebih berat. "Ya, Humra akui yang Humra masih ada rasa marah dan kecewa dengan tindakkan papa. Dia halau Humra dengan arwah mama tanpa siasat hal yang sebenar."

Mawar Untuk Elhan©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang