01 : Berdikari

15 2 2
                                    

"Kau nak sangat, kan? Okay, boleh! Jangan harap aku nak bagi kau sesen pun. Aku tak akan izinkan sesiapapun tampung hidup kau lagi!"

Perlahan-lahan mata dibuka. Keluhan panjang dilepaskan. Bagai mengangkat beban di dada agar berkurang. Pejam, celik, sudah 2 bulan Shanika hadap rutin baru. Tak sangka ayat yang dia terima 3 bulan lepas benar-benar berlaku.

Sakit? Ini cuma sedikit. Shanika sudah bersedia semenjak menutup jalan lama hidupnya. Penat? Pasti. Dia cuma manusia biasa. Walaupun berdikari sudah menjadi cara hidupnya dari kecil tetapi itu tak bermaksud dia kuat. Cuma, alah bisa tegal biasa. Shanika sudah lali.

Cuma kali ini, hati dia sarat. Mungkin dek pilihan yang tak direstui. Haih...

"Meow!"

Kepala didongak dengan senyuman tika keluh Shanika disambut si gebu. Shanika tertawa kecil.

"Awak marah kakak mengeluh ke, sayang?" Soal Shanika diselangi tawa. Hati pencinta kucing seperti dia semestinya berbunga sekarang. Tangan mengelus lembut bulu kucing yang sudah menggeliang-geliut. .

"Kakak rehat kejap je. Penat sikit." Semakin lama semakin hanyut dalam kecomelan makhluk berbulu gebu itu. Mata bundar hijau umpama pukau yang memikat hati. Indahnya ciptaan Allah.

Entah apa kuasa magis yang dikurniakan tetapi bila bersama dengan kucing, segala keserabutan dalam kepala Shanika hilang. Salah satu sebab dia pilih cat-sitter sebagai freelance. Sambil-sambil cari duit, dapat lah dia tenangkan fikiran. "Esok last kakak datang. Harapnya owner awak suka lah dengan servis akak. Ada lah peluang kita jumpa lagi."

*****

Paparan skrin komputer riba penuh dengan iklan jawatan kosong. Sudah lama dia mula mencari kerja tetap. Pekerjaannya sekarang akan tamat kontrak tak lama lagi.

"Abang Ihan..." Lekas mata terpejam rapat.

Ini bukan panggilan biasa. Cara lenggok suara seperti ada udang di sebalik batu. Perlahan-lahan Ihan pusingkan kerusi. Sengaja dia sembunyikan senyum. Acah-acah garang.

"Haa... nak apa?"

"Inas, ada volunteer hujung bulan ni." Perlahan sahaja suara yang menjawab. Dahi Ihan berkerut.

"Pergilah. Kau nak pergi volunteer, benda baik kot. Tak kan abang nak halang." Kerusi dipusing semula. Mata difokuskan kembali ke kerja asal.

"Itu je? Abang tak nak tanya lebih-lebih? Inas pergi dengan siapa? Ada lelaki ke?" Suara sengaja mengajuk abangnya yang kebiasaanya 'menyoal siasat' mereka adik beradik.

"Kau ni dah kenapa? Pergi sana. Jangan kacau me time aku." Kepala ditoleh sedikit. Pening hendak melayan. Tak tanya pelik, bila tanya lebih-lebih marah pula.

"Ceh, me time apa kalau duk cari kerja dari tadi. Penat aku tunggu kau kat luar."

Inas menghampiri kerusi Ihan. Tangannya direhatkan di atas bahu Ihan. Waktu duduk sahajalah dia boleh perlakukan Ihan begini. Abangnya setinggi galah, kalau berdiri. Jangan harap dia boleh sangkut tangan pada bahu. Lenguh!

"Ini permulaan aku nak me time. Mana tahu dapat kerja best atau yang jauh sikit. Aman lah sikit hidup aku dari kau."

"Amboi, dia yang kacau ketenteraman kita. Kita pula yang dituduhnya." Inas sudah bercekak di sebelah pinggang. Mata pula dari tadi memerhati ruang skrin.

"Kau nak kerja di Singapura ke, bang?"

"Hm, kalau ada rezeki. Lagi pun dekat sikit dengan rumah"

Inas sungging senyum. Tadi beria nak cari jauh. Konon nak bawa diri. Rumah juga yang abangnya fikirkan.

O G | Bahagiaku KeranamuWhere stories live. Discover now