03 : I loved him

9 0 0
                                    

Suasana semakin tenang. Hari pun sudah larut petang. Tetamu-tetamu yang memenuhi ruang khemah sudah beransur pulang. Hanya kenalan rapat pengantin sahaja yang masih meluangkan masa.

"Tengok-tengokkan Rasha, An." Mata melilau ke sekeliling mencari keberadaan isteri. Selalunya di mana ada Nara pasti ada Shanika menempel.

"Rasha bukan budak kecil untuk aku tengokkan, Rys." Baru sahaja Ihan mahu menghempas punggung, lengannya ditahan.

"Kau seorang je kawan dia kat sini selain aku dengan Nara. Tolong lah tengokkan dia. Risau pula aku." Pundak Ihan ditepuk sekali.

"Pandai lah dia jaga diri sendiri." Malas Ihan hendak pikul tanggungjawab baru.

Mata Emrys terpaku kepada seorang jejaka yang sedang khusyuk memerhati. Emrys ikut arah pandangan tumpuan jejaka itu. Air liur terasa kesat tika matanya berakhir pada Shanika yang sedang menghampiri ruang makan.

"Rasha dekat sana. Pergilah dekat dia, An."

"Buat apa? Dia nak pergi makan lah tu. Budak tu bukan boleh kebulur." Tadi pun sepanjang majlis, mulut Shanika ada sahaja cemilan yang dikunyah.

"Kau pergi je lah. Borak ke makan sekali ke. Eh, terpulanglah! Aku risau ada yang jadi mangsa hempuk dia je kejap lagi." Pandangan Emrys beralih pula pada jejaka yang menghampiri Shanika.

Ihan yang sudah berkerut seribu di dahi mula ditarik Emrys untuk bangun. Badan ditolak-tolak agar bergerak.

"Eh, kau ni! Rasha tak hempuk kau, aku yang hempuk kau kejap lagi ni."

*****

Satu persatu penutup dulang aluminium disingkap. Panggilan perut lebih penting. Tadi Shanika sibuk menguruskan Nara. Sekarang biar dia uruskan keperluan diri pula.

"Oren!" Seronok Shanika ketika buah masam manis itu masih tersisa beberapa potongan. Satu potong diambil lantas disuap ke mulut.

"Looks like someone is still excited seeing her favourite, huh?" Usah pusing menghadap, Shanika kenal empunya suara. Cuba untuk tidak peduli, Shanika ambil sepotong oren lagi.

"Nika..." Hilang sudah rasa masam manis tadi. Hanya kelat yang memenuhi ruang deria bila namanya masih kedengaran begitu lunak di telinga. Benci!

Bukan sekali tetapi dua kali hari ini dia dipanggil dengan panggilan yang lama ditinggal dalam kenangan. Pertama, Sha. Sekarang, Nika pula. Dua-dua dari insan yang pernah menjadi susuk penting dan membahagiakan di suatu ketika.

Tidak semena ruang di antara mereka menjadi rapat. Tahap yang mana, Shanika boleh rasakan fabrik baju masing-masing berlanggar antara satu sama lain.

"Ish, sana sikit. Rapat sangat ni Darren," dengus Shanika.

"Dulu, Nika selalu pesan dekat Darren. Kalau masa makan kena duduk." Sepotong buah oren diambil Darren seraya dipisahkan kulit dengan isi. Tanpa canggung isi buah oren disua ke hadapan mulut Shanika.

Hampir-hampir sahaja Shanika buka mulut dek kebiasaan dulu. Ihan berdehem menghentikan perbuatan tanpa sedar Shanika.

"Teruskan, aku memang selalu dapat dosa free. Apa lah sangat kalau setakat nak tengok kau orang bersuap pula."

"It's okay, just take it." Perlian Ihan tidak sedikit pun menggugat Darren. Malah, potongan buah oren itu diletakkan atas tangan Shanika. Lantas, kulit oren yang dipegang Darren ambil.

"Kau tak perlu nak buat macam ni, Darren."

"Kau?" Bibir Darren menyinis.

"No more Darren-Nika lagi? Ataupun-"

"Pergi balik lah, majlis dah habis!" Cukup! Dia tak nak dengar! Tak tegar Shanika ingin mendengar panggilan yang bakal meniti dari bibir durjana itu.

"Chill, Nika." Bagai mengangkat bendera putih, tangan Darren terangkat ke tepi kepala.

O G | Bahagiaku KeranamuWhere stories live. Discover now