Kepala Ihan jatuh berkali-kali, menyetujui kata-kata pegawai imegresen yang bersamanya. Tidak pernah-pernah dia ditugaskan ke luar. Tiba-tiba hari ini dia diheret kumpulan naziran.
Katanya untuk memudahkan lagi ambilan laporan. Kebiasaanya pekerja kontrak di bawah pengambilan MySTEP sepertinya hanya berada di pejabat untuk bahagian pengurusan.
Perlahan-lahan Ihan beredar, tidak mahu menganggu. Sempat Ihan mengambil gambar rakan setugas sebelum kaki mula melangkah.
Lama kaki membawa diri memerhati isi rumah, mata terpaku pada gadis di dalam ruangan kaca. Ruang yang jika diperhatikan, dihias khas untuk kucing peliharaan. Cuma yang menarik perhatian Ihan, betapa mekarnya senyuman di wajah gadis itu. Kelihatan terlebih manis dari biasa.
"Rasha? Kau buat apa?" Satu tolakan pantas, pintu gelongsor dibuka.
"Eh, kenapa kau ada kat sini?" Langkah Shanika terhenti. Terlupa terus akan misi menangkap kucing sebentar tadi."Aku yang patut tanya kau soalan tu?"
Dahi yang berkerut bertujar tegang. Si bulu berlari laju ke arah pintu yang terbuka.
"Ihan, tutup pintu! Cepat!"
"Tutup pintu?" Terkebil-kebil mata Ihan.
"Cepat Ihan!"
BAMPintu dihempas kuat. Sangkanya sudah selamat. Namun, tangan Ihan menjadi mangsa terkaman si bulu gebu.
"Tangkap Wiwi, Ihan!"
"Huh?"
Tidak sempat memproses arahan, Wiwi terlebih dahulu membenamkan kuku di lengan Ihan sebelum melompat pergi. Meninggalkan satu garisan merah yang panjang. Shanika yang mengejar di belakang juga tidak sempat berhenti.BUK
"Aduh!"
Kepala terhantuk sesama mereka sebelum Ihan jatuh ke lantai. Tangan Ihan perlahan-lahan menongkat badan. "Ini bukan jatuh dihempap tangga. Ini jatuh, bergegar otak!"
"No! Wiwi, No!" Shanika seperti mahu menangis melihat kotak pasir yang kembali berselerak dan mesin pancutan air khas untuk kucing yang telah diisi penuh, sudah tumpah. Sedikit pun tidak dihiraukan keadaan Ihan.
"Kakak, cuma nak letak ubat je Wiwi." What a love-hate relationship I have with my job.
Shanika bercekak pinggang dengan muka penuh simpati kepada si bulu. Wiwi? Hanya tayang wajah garang dari atas platform tertinggi. Nafas Shanika sekali lagi dihela.
"Kau menakutkan dia." Ihan duduk tersimpuh. Kepala rasa berpinar.
"Adik beradik dia yang lain elok je dengan aku," dengus Shanika. Mata meliar ke kucing-kucing yang bersantai di sekeliling.
"Lain orang lain caranya." Perlahan-lahan Ihan bangkit.
"Kucing..." Shanika betulkan bicara Ihan.
Ihan tertawa kecil. Sebab kucing pun boleh buat lawan mulut. Langkah dituju ke arah Shanika. Satu paket treat yang telah berselerak, Ihan ambil.
"Ya, kucing pun sama aje. Aku pernah pesan dulu, kan? Nak suka kucing, boleh. Tapi jangan nampak sangat macam nak gomol. Takut lah dia nanti. Betul tak, Wiwi?"
Kucing yang disoal diam tanpa sebarang bunyi. Hanya kepala disengetkan sedikit sebagai reaksi.
"See?" Ihan koyak plastik treat sebelum tangan didepa ke arah Wiwi.
Penuh waspada si comel menghampiri huluran Ihan. Tangan putih gebu Wiwi menepuk-nepuk paket itu. Seakan memeriksa bahaya. Tangan Ihan dibiarkan kaku, membenarkan Wiwi mengikut tempoh masa sendiri.
YOU ARE READING
O G | Bahagiaku Keranamu
Romance[BUSINESS ADVENTURE + SLICE OF LIFE + ROMANCE] Rasha Shanika, bukan seorang wanita yang lemah malah dia sangat berjiwa besar. Aura ladyboss sudah lama terpancar dari dirinya. Cuma, dia ada satu impian. Hanya satu. Terbuku dan tak menampakkan sinarny...