"CIK Arisha Natasha." Panggilan itu membuatkan aku menoleh ke belakang.
"Ye saya cik Nurul Nadhirah. Nak apa ye panggil nama panjang saya ni" jawab aku sambil melihat muka sahabat baik ku itu.
"Hehehe. Aku nak tanya ni, cuti ni kau pergi mana je?" tanya sahabat baik ku itu.
"Aku pun tak tahu lagi nak pergi mana cuti ni."
"Kau tak nak balik jumpa ibu ayah kau. Dah tiga tahun berlalu Arisha. Sampai bila kau nak jauhkan diri dari keluarga kau. Sementara ibu ayah kau masih ada ni balik la Arisha. Nanti jangan bila dia orang dah tak ada baru kau nak terhegeh-hegeh balik. Masa tu apa pun kau dah tak boleh buat. Dan masa tu kalau kau nak menyesal pun dah terlambat, tak berguna dah. Balik Arisha, aku tahu kau rindu ibu ayah kau. Aku nasihat ni sebab aku dah pernah rasa sakitnya kehilangan ibu ayah buat selamanya. Kalau kita hilang seseorang dekat dunia ni, sekurang-kurangnya kita masih boleh berjumpa atau mungkin terserempak dekat mana-mana. Tapi kalau hilang selamanya-lamanya, tak mampu dah nak jumpa. Doa je la satu-satunya jalan terakhir." Nasihat Nurul Nadhirah.
"Aku bukan tak nak balik Nadhirah. Tapi kau sendiri tahu apa yang jadi dulu. Ya aku rindu, rindu sangat-sangat dekat keluarga aku. Tapi aku takut, takut nak berdepan dengan ibu ayah aku. Lagipun apa yang pernah terjadi dulu masih segar dalam ingatan aku. Bukan aku tak maafkan ibu ayah aku, tapi kata-kata yang keluar dari mulut ibu ayah aku, buat aku rasa tak berguna langsung jadi anak mereka. Jangan kata anak, nak bernafas atas muka bumi ni pun rasa tak layak. Dan aku tak buat pun benda bodoh tu. Itu semua fitnah, kenapa orang yang aku sayang perlu fitnah aku. Perlu ke dia buat macam tu. Hanya disebabkan aku luahkan perasaan aku dekat dia. Ini yang dia balas. Sakit Nadhirah, sakit sangat." Jawab Arisha sambil menangis. Bila teringat apa yang pernah berlaku tiga tahun lepas. Sakitnya apabila orang yang dia paling sayang, paling rapat, paling dia percaya, fitnah dia depan ibu ayah dia sendiri. Dan bertambah sakit hati bila ibu ayah dia tak nak dengar langsung penjelasan dia. Dia dihalau macam binatang oleh kedua ibu bapanya.
"Sabar Arisha. Ingat Allah tak uji hambanya di luar kemampuan hambanya. Allah tahu kau kuat, sebab tu dia uji kau. Aku tahu kau sakit, tapi cuba belajar ikhlaskan hati. Belajar terima kenyataan. Apa yang berlaku mesti bersebab. Tak apa kalau kau dah bersedia nanti balik la ye jumpa keluarga kau." pujuk Nadhirah. Dia tahu kawan dia yang sorang ni sakit. Walaupun luaran nampak macam takde masalah. Tapi hakikatnya banyak masalah yang disimpan dan dipendam sahabatnya itu.
"Terima kasih Nadhirah. Selalu ada dengan aku. Kau je la yang aku ada sekarang." kata Arisha.
"Sama-sama kasih. Kau sahabat aku. Kalau bukan aku siapa lagi. Dah la jom keluar makan, kau belum makan lagikan dari tengahari tadi. Dah pukul berapa dah ni, kau tu dahlah ada gastrik"
"Hehehe. Baik lah sahabat ku. Jom makan. Tapi nanti lepas makan kita gi popular. Aku nak beli novel lagi. Bulan ni belum beli lagi novel. Hehehe." jawab Arisha sambil tersenyum ke arah Nadhirah. Nadhirah lah satu-satunya manusia yang masih berada disisi dia. Selalu bagi nasihat, ambik berat dan selalu bagi semangat ketika dia jatuh. Aku doa semoga persahabatan kita ini kekal sampai ke syurga.
"Hmm ya la Arisha. Tak abis-abis dengan novel dia. Kalau lah popular tu dekat dengan rumah. Mesti tiap hari kau pergi kan?"
"Hahaha. Daripada popular yang dekat dengan rumah, aku rasa baik library yang dekat dengan rumah lagi bagus. Sebab boleh jimat duit. Hehehe. Kalau popular sebulan sekali tu bolehlah. Kalau setiap hari mahunya aku makan pasir."
"Ish ada je ehhh jawapan kau. Geram aku." kata Nadhirah dengan nada suara yang menahan geram. Haishh sabar je la nasib dia sayang sahabat dia yang sorang ni tau. Manakala Arisha hanya tergelak sahaja melihat muka menahan geram sahabatnya itu.
*****
SEMENTARA itu di markas Tentera Udara Malaysia.
"Woi. Termenung." tegur Mohd Syafiq apabila dia melihat sahabatnya termenung ditepi padang kawad.
"Assalamualaikum wbt" perli Aakif Akashah kepada rakannya itu.
"Hehehe, waalaikumussalam wbt kapten Aakif Akashah." Shafiq menjawab salam rakannya itu, sambil memberi tabik hormat.
"Kau kenapa ni? Aku tengok dari tadi kau termenung. Jangan cakap dengan aku kau termenung ni sebab terfikir adik sepupunya kau tu?" Soal Shafiq yang berdiri di sebelah kanannya.
"Aku tak akan pernah berhenti fikir pasal dia Shafiq. Aku rasa serba salah sangat dengan apa yang telah aku buat dekat dia. Aku fitnah dia buat benda yang dia tak pernah buat. Disebabkan rasa cemburu dan ego aku fitnah dia. Macam manalah keadaan dia sekarang? Makan ke belum? Sihat ke tak? Kenapa disaat dia dah pergi baru aku sedar, yang diri aku sangat-sangat cintakan dia. Kalau lah aku tak fitnah dia dan terima perasaan dia masa tu mesti sekarang aku tengah bahagia dengan diakan? Tapi tulah aku bodoh masa tu. Tak fikir panjang, aku hina dia macam-macam." kata Aakif sambil memejamkan mata dan terlihat sedikit basah dihujung matanya.
Ye dia fitnah adik sepupunya itu. Hanya disebabkan dia ternampak Arisha bersama seorang lelaki di popular. Tanpa usul periksa dia terus sahaja membuat andaian nya sendiri. Dan disebabkan rasa cemburu, dia fitnah adik sepupunya. Dan disaat Arisha dihalau oleh kedua ibu bapanya, baru dia sedar yang dia sangat mencintai adik sepupunya itu. Ya selama ini dia cintakan Arisha Natasha. Tapi disebabkan rasa cemburu dan ego dia tolak perasaan cintanya itu ketepi.
Dan pada malam itu dia terserempak dengan lelaki yang dia nampak tadi siang bersama Arisha. Dia terus bertanya apa hubungan lelaki itu dengan Arisha. Lelaki itu menjawab tak ada apa-apa hubungan dengan Arisha. Dia hanya meminta tolong Arisha untuk memilih beberapa buah novel yang sesuai untuk diberikan kepada tunangnya, sempena ulang tahun kelahiran tunangnya. Dan disaat itu jugak Aakif sedar yang dia telah buat satu kesalahan yang besar terhadap Arisha. Tapi sayang itu semua telah terlambat, Arisha telah pergi.
Dan tanpa pengetahuan sesiapa dia mencari dimana keberadaan Arisha. Tapi takdir belum menemukan mereka berdua. Dia berharap suatu hari nanti dia bertemu dengan Arisha.
"Aku tahu kau rasa serba salah. Tapi bukan dengan cara macam ni Ariff. Sikit-sikit termenung. Apa kata kau pergi jumpa keluarga dia terus terang. Bagi tahu keluarga dia yang tu semua fitnah yang kau buat. Dan bagi tahu jugak keluarga kau yang lain. Biar semua tahu yang Arisha tak salah, dia tak buat semua tu. Yang salah tu kau. Bila nanti dia balik mesti dia gembira. Nak tahu sebab apa? Sebab semua orang dah tahu itu semua fitnah yang telah kau buat. Dari situ nampak lah yang kau betul-betul rasa bersalah. Dan nampak lah sikit usaha kau untuk bersihkan balik nama dia." kata Shafiq sambil menepuk bahu Aakif.
"Memang aku dah fikir dah untuk berterus terang dengan keluarga dia dan seluruh ahli keluarga kita orang. Aku rasa aku nak bagi tahu masa cuti ni. Aku nak berterus-terang yang itu semua fitnah yang aku buat. Aku nak bersihkan balik nama dia. Cukup lah tiga tahun aku diamkan kebenaran. Dah tiba masa untuk semua tahu kebenarannya." Jawab Aakif dengan suara yang sayu. Ya tiga tahun dia diamkan kebenaran. Kebenaran yang Arisha langsung tak bersalah. Dia fitnah Arisha melakukan perbuatan yang keji. Sedangkan hakikatnya Arisha langsung tidak buat perkara itu.
"Bagus lah kalau kau dah fikir nak jernihkan balik keadaan dan nak bersihkan nama dia."
"Thanks buddy. Kau selalu ada dengan aku. Selalu nasihat aku."
"You're welcome. Tak apa masalah kecil je tu" kata Shafiq.
Tunggu abang Arisha. Abang janji abang akan bersihkan balik nama Arisha. Abang rindu saat masa kita bersama dulu. Dan abang jugak rindu diri Arisha yang manja dengan abang. Dan senang cita abang rindu semua tentang Arisha. Semoga kita bertemu lagi di saat yang tepat menurut takdir. Dan betullah orang kata saat dia ada depan mata kita selalu tak hargai, bila dia dah pergi baru nak hargai.
Don't forget to follow, vote, comment and shared!
YOU ARE READING
DIA KEKASIHKU
ActionAakif Akashah merupakan seorang pilot tudm, jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun. Disebabkan kebolehan dan kemampuannya, dia berjaga menamatkan training pilot di Sekolah Latihan Pegawai, Kolej Tentera Udara dan alhamdulillah sekarang dia berpa...