BAB 2

44 6 0
                                    

POV ARISHA NATASHA.

TIGA tahun lepas.

Sedang Arisha leka membelek sebuah novel di popular. Tiba-tiba dia ditegur oleh seorang lelaki yang tidak di kenalinya.

"Maaf cik boleh saya minta tolong?" tanya lelaki itu.

"Ya saya. Boleh-boleh nak minta tolong apa tu encik?" tanya Arisha semula dengan keadaan berjaga-jaga. Dalam masa yang sama timbul perasaan takut. Gila tak takut tiba-tiba orang tegur. Buatnya orang jahat tak ke naya nanti. Walaupun sekarang dia berada di tempat terbuka. Bahaya ada di mana-manakan, tak salah nak berjaga-jaga. Bak kata pepatah melayu 'sediakan payung sebelum hujan'.

"Boleh tak cik bagi tahu saya yang mana satu novel yang best. Saya nak bagi tunang saya semperna birthday dia. Saya tak tahu bab-bab novel ni. Saya tahu bayar je." kata lelaki itu sambil garu kepalanya.

"Ohhh senang je tu. Saya cadangkan apa kata encik pilih je mana-mana novel yang ada di rak depan encik tu. Novel-novel tu semua, tengah viral sekarang. Mesti tunang encik suka. Nak-nak novel COMMANDO'S HIS TREASURE tu." jawab Arisha dengan lemah lembut. Lega hati Arisha fikir nak apa la tadi. Minta tolong pilihkan novel untuk tunang dia je. Cehhh masalah kecil je tu, celah gigi. Tutup mata pun boleh tolong pilihkan.

"Ohhh okey-okey. Terima kasih ye tolong."

"Sama-sama. Takpe masalah kecil je tu." kata Arisha sambil tersenyum ke arah lelaki itu. Dan lelaki itu pun mengambil sebuah demi sebuah novel, bagi setiap novel yang berada di hadapan lelaki itu.

Arisha yang masih melihat ke arah mamat itu sudah tercegang. 'Serious lah mamat ni nak angkat semua jenis novel kat rak tu. Ehhh jap tadi aku cuma cakap pilih je mana-mana novel yang ada dekat rak depan dia tukan? Bukan suruh beli semua novel yang ada dekat rak depan dia kan? Ke aku yang salah cakap, tapi ayat aku macam dah betul. Entah lah labu. Tapi tulah untungnya siapa yang jadi tunang dia. Bukan sikit mamat tu angkat, banyak weyyy mamat tu angkat. Lebih 10 buah jenis novel dia angkat. Perhhh ini kalau dapat lelaki macam ni kena simpan dalam almari ni. Bahaya kalau dibiarkan di luar hahaha.' kata Arisha dalam hati.

"Terima kasih cik tolong saya." kata lelaki itu lagi sekali sambil tersenyum, sebelum lelaki itu pergi ke kaunter bayaran.

"Sama-sama." Jawab Arisha yang masih tak percaya dengan apa yang dia lihat. Bukan senang nak cari lelaki yang sokong hobi kita ye. Nak-nak hobi perempuan yang hantu novel macam kita ya di zaman sekarang. Betul tak ladies? Kalau ada tu jaga la lelaki tu baik-baik ya.

Dan tanpa Arisha sedar. Ada seseorang sedang perhatikan dia dari luar popular, terlihat lelaki itu sedang menggenggam penumbuk di kedua-dua belah tangannya. Lelaki itu tak lain tak bukan adalah abang sepupu Arisha Natasha, Aakif Akashah.

Aakif yang melihat Arisha sedang berbual mesra dengan sorang lelaki merasa marah. Bagi dia Arisha tidak boleh berbual dengan lelaki lain selain dirinya.

"Sial. Siap kau nanti Arisha. Kau berbual dengan lelaki lain ye dibelakang aku. Aku akan balas balik 10 kali ganda nanti. Tunggulah nasib kau kejap lagi." kata Aakif tersenyum sinis dan terus dia meninggal Arisha yang masih lagi leka memilih novel.

*****

SAMPAI sahaja Arisha di depan rumah ibu bapanya. Terlihat beberapa buah kereta yang sudah terparking elok. Arisha mula berasa pelik ada pape ke ni, tapi tadi sebelum keluar ibu takda pulak cakap ada siapa-siapa nak datang ke apa. Tak apa la masuk je la.

Baru sahaja Arisha ingin masuk ke dalam rumah, belum sempat dia memberi salam. Tiba-tiba prak. Arisha telah di tampar oleh ibunya. Tercengang sebentar Arisha, dan belum sempat dia bertanya kenapa ibunya menamparnya. Ibunya telah bersuara.

DIA KEKASIHKUWhere stories live. Discover now