HARI yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari di mana Aakif akan berterus terang dengan seluruh ahli keluarganya tentang apa yang telah dia lakukan tiga tahun lepas.
Tepat pukul 11 pagi, Aakif terus bergerak balik ke kampungnya. Dia bertolak awal kerana ingin mengelakkan kesesakan jalan raya dan ingin sampai ke kampungnya sebelum waktu maghrib.
Sebaik sahaja stereng kereta dipusingkan ke arah kiri, maka terlihatlah sebuah rumah yang sederhana besar dan terdapat jugak beberapa buah kereta ahli keluarganya. Tak lupa juga ada sebuah kereta Myvi milik kedua ibubapa adik sepupunya iaitu Arisha.
Aakif sempat melihat sekilas waktu di jam tangannya. Sekarang tepat jam 6 petang, Aakif sampai ke kampung halamannya yang berada di Melaka. Perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam itu amat lah memenatkan dirinya. Tapi penat itu semua dia letak ketepi duhulu. Yang penting sekarang adalah kebenaran. Kebenaran yang dia simpan selama ini.
Turun dari perut kereta, Aakif perasaan beberapa orang menoleh dan melihat tingkah lakunya. Perlahan sahaja langkah kaki Aakif mendekati beberapa orang sepupu lelakinya yang berada di luar rumah kedua ibubapanya, dan sempat juga dia bersalaman dengan mereka semua.
"Assalamualaikum kapten Aakif Akashah. Makin handsome kau sekarang ye." sapa abang sepupunya Hafizul Iqmal, yang tua 3 tahun darinya dan sebaya dengan kakaknya.
"Waalaikumussalam. Mana ada handsomenya. Kau pandai-pandai je kata aku handsome, biasa-biasa je ni. Eh, umi dengan babah aku ada dekat dalam ke?"
"Haah. Semua ahli keluarga kita pun ada tu kat dalam. Pergilah masuk dalam rumah. Memang semua tengah tunggu kau tu dekat ruang tamu."
"Okey lah, kalau macam tu aku masuk dululah ye."
Dari halaman luar rumah dia sudah dapat mendengar suara yang sangat riuh. Dia dah boleh agak mesti semua ahli keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu rumah ibubapanya. Dekat luar je dah ada beberapa orang sepupunya apalagi kalau yang berada didalam rumah. Sah-sah lah semua ahli keluarga adik-beradik belah ayahnya ada. Dia sedia maklum setiap hujung minggu memang semua adik beradik belah ayahnya akan berkumpul di rumah ibubapanya, termasuk lah ahli keluarga Arisha. Kerana ibu Arisha, Puan Aisyah Insyirah merupakan adik kedua kepada ayahnya, ayahnya adalah anak sulung dari empat bersaudara dan satu-satunya anak lelaki arwah Encik Daniel Akashah dan arwah Puan Fatimah Al-Zahra yang telah meninggal dunia, akibat kemalangan jalan raya empat tahun lepas. Sebab itulah semua adik-beradik ayahnya akan berkumpul di rumah ayahnya setiap hujung minggu, kerana ingin mengeratkan hubungan silaturrahim sesama adik beradik, walaupun kedua ibubapa mereka telah tiada.
"Assalamualaikum."
Sampai sahaja di ruang tamu, terus Ariff memberi salam. Dan orang pertama yang menyapa pandangan matanya adalah kedua ibubapanya. Terus sahaja tangan dihulur untuk bersalaman dengan kedua ibubapanya, diikuti dengan beberapa orang ahli keluarga lelakinya dan manakala yang perempuan dia hanya menundukkan sedikit badannya, sebagai tanda dia menghormati perempuan-perempuan yang berada disitu.
"Waalaikumussalam." Jawab mereka semua.
"Macam mana perjalanan, sesak tak tadi jalan raya?" tanya babahnya Encik Harith Akashah.
"Alhamdulillah hari ni jalan raya tak berapa nak sesak babah. Mungkin sebab bukan musim cuti umumkan. Kalau musim cuti umum. Silap-silap lepas Isyak baru Aakif sampai rumah babah agaknya" beberapa orang yang berada disitu setuju dengan kata-katanya itu.
"Pak uda setuju. Kalau musim cuti umum jangan cakap, memang sesak. Tak bergerak kereta dibuatnya. Memang bertapa lah dekat jalan raya tu." jawab pak udanya Encik Shahrul yang juga setuju dengan kata-katanya tadi.
"Kali ni berapa lama kamu cuti, Aakif?" tanya mak ngahnya Puan Aisyah.
"Aakif dapat cuti tiga minggu je mak ngah. Lepas tu awal bulan depan dah nak kena lapor diri kat tempat baru."
YOU ARE READING
DIA KEKASIHKU
ActionAakif Akashah merupakan seorang pilot tudm, jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun. Disebabkan kebolehan dan kemampuannya, dia berjaga menamatkan training pilot di Sekolah Latihan Pegawai, Kolej Tentera Udara dan alhamdulillah sekarang dia berpa...