- BAB 33 -

1K 133 3
                                    

Aralyn menuruni tangga sambil memijak setiap takah anak tangga dengan berhati-hati. Dapat Aralyn dengar suara riuh Ku Zara dan Ku Zidan yang sedang berebut pancake yang dibuat oleh Engku Dayana.

Menggeleng kepala Aralyn dengan sikap dua beradik itu. Dari kecil sampai ke besar. Suka sangat bergaduh. Bila jauh, rindu. Dah dekat, gaduh. Biasa lah tu.

Lagi satu anak tangga yang mahu dipijak Aralyn. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila Ku Zaril berdiri di hadapannya sambil tersenyum kepada Aralyn.

"Good morning." Ucap Ku Zaril.

Aralyn merenung Ku Zaril dari atas sehingga bawah. Ku Zaril hanya memakai baju T hitam dan berseluar track. Baru lepas jogging lah ni. Tapi hensemnya. Walaupun Ku Zaril nampak berpeluh. Tetap hensem. Bergetar tulang rusuk Aralyn.

"Good morning." Balas Aralyn seraya memijak lagi satu anak tangga.

"Breakfast?" Mengangguk Aralyn.

"Jom. Abang pun belum breakfast. Baru balik dari jogging." Ajak Ku Zaril sembari mentautkan jemarinya dengan jemari Aralyn lalu mereka berdua melangkah bersama menuju ke ruang makan.

Tak sempat Aralyn nak berkata apa. Tahu-tahu tangan dah kena pegang dan dirinya dah ditarik oleh Ku Zaril. Diam saja lah. Perut tengah lapar. Tak dapat nak proses apa-apa.

"Ha.. turun juga si budak Ara ni. Ingatkan membongkang lagi." Saja Ku Zara berkata begitu. Walhal dia tahu Aralyn tak pernah bangun lewat. Jetlag berat macam mana pun. Aralyn akan sentiasa bangun awal. Dah terbiasa.

"Ehem! Siap pegang tangan lagi tu." Kuat Ku Zidan menegur abangnya dan kakak angkatnya.

Cepat-cepat Aralyn melepaskan pegangan tangan itu lalu berjalan menuju ke kerusi kosong sebelah Ku Zara. Ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di kerusi itu. Pagi-pagi dah kena usik. Ish. Semua Ku Zaril punya pasal.

Engku Dayana dan Nenda Zuraidah hanya sekadar tersenyum melihat tingkah malu Aralyn dan riak selamba Ku Zaril. Lagi-lagi Nenda Zuraidah. Kadang-kadang Nenda Zuraidah pun pelik tengok cucu dia yang seorang ni.

Dulu benci sangat. Sekarang dah cinta. Itu lah.. dulu Nenda Zuraidah ada tegur supaya jangan terlalu benci. Takut nanti lama-lama jadi cinta. Kan masin mulut Nenda Zuraidah.

"Selamat pagi. Sorry, Ara turun lambat." Ucap Aralyn yang merasa bersalah kerana turun agak lewat. Selalunya Aralyn pagi-pagi dah ada dekat dapur untuk siapkan sarapan.

"Takpa. Kami faham. Ara penat baru balik semalam." Balas Nenda Zuraidah.

"Kau nak mee goreng ke?" Tanya Ku Zara pada Aralyn.

"Boleh." Sahut Aralyn seraya menyambut huluran Ku Zara yang mengambilkan mee goreng untuknya.

Ku Zaril pula melabuhkan punggung di kerusi hadapan Aralyn. Leka dia merenung Aralyn. Langsung tak sedar Engku Dayana sudah mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya.

Ku Zidan yang perasan arah pandangan abangnya terus menyenggol lengan si abang. Berkalih mata Ku Zaril memandang Ku Zidan pula. Ku Zaril menaikkan kedua alisnya sebagai tanda bertanya kenapa.

"Bonda.. cepat-cepat lah nikah kan along dengan kak Ara. Mata along ni 'genit'. Asyik pandang kak Ara je." Terbatuk-batuk Aralyn tatkala mendengar bicara Ku Zidan.

Pantas Ku Zara memberi air kepada Aralyn. Nak tergelak Ku Zara apabila mendengar adiknya berkata begitu. Yalah.. semua orang perasan. Bukan tak perasan. Tapi cuma buat-buat tak perasan.

"Idan.. apa cakap macam tu? Kan dah tersedak kak Ara. Nak cakap tu lain kali tunggu kak Ara habis makan. Karang tercekik, memang tak kahwin sampai ke tua lah along kamu ni nanti." Tegur Engku Dayana.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [OG]Where stories live. Discover now