- BAB 29 -

4.6K 252 8
                                    

📍 Manchester Airport

Berlari Aralyn menuju masuk ke dalam bangunan besar itu. Pantas Aralyn mencari keberadaan Ku Kamal dan Ku Zaril. Awalnya Aralyn tak nak datang. Tapi Ku Kamal menelefon Aralyn beritahu yang Ku Zaril kurang sihat kerana semalam Ku Zaril keluar malam dan balik dalam keadaan basah kuyup dek kerana terkena hujan.

Jadi Aralyn risau akan keadaan Ku Zaril. Dia perlu melihat Ku Zaril sebelum Ku Zaril pulang ke Malaysia. Aralyn tak dapat nak kawal perasaan risau dia untuk Ku Zaril.

Tipu lah bila Aralyn cakap yang dia biasa saja saat dengar Ku Zaril sakit. Hati dia terus jadi tak tenteram. Risau yang melampau.

Laju kaki Aralyn melangkah ke sebuah restoran yang diberitahu oleh Ku Kamal. Nasib baik flight yang mereka naik di delay selama satu jam. Jadi Aralyn sempat untuk berjumpa dengan Ku Zaril.

Masuk saja ke dalam restoran itu, mata Aralyn Melilau mencari keberadaan Ku Zaril dan Ku Kamal. Jumpa saja terus dibawa kakinya melangkah menuju ke arah kedua orang jejaka itu.

Dari jauh Ku Kamal dah dapat melihat kedatangan Aralyn. Tersenyum Ku Kamal. Sangkaan dia tak salah. Dua orang ni memang ada perasaan satu sama lain. Berdehem Ku Kamal lalu bangun dari tempat duduknya. Ku Zaril merenung sepupunya dengan pandangan sedikit pelik.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Ku Zaril.

"Toilet." Sepatah Ku Kamal balas sebelum langsung berlalu pergi.

Berkerut sedikit dahi Ku Zaril bila melihat kepergian Ku Kamal dengan dalam keadaan kelang-kabut. Tak tahan sangat lah tu kot.

Baru saja Ku Zaril ingin kembali fokus pada kertas kerjanya mengenai projek yang Nenda Zuraidah minta tolong padanya untuk selesaikan. Tiba-tiba ada satu suara yang memanggil nama dia. Ku Zaril cam suara lembut ini. Lantas Ku Zaril berpaling memandang ke figura tersebut.

Terkejut Ku Zaril melihat Aralyn yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ara?" Tanpa banyak kata, Aralyn melabuhkan punggung di tempat kosong sebelah Ku Zaril.

"Awak demam ke?" Langsung Aralyn bertanya. Malas nak berbasa-basi.

"Hm.. demam sikit je. Mana Ara tahu abang demam ni?" Ku Zaril sepatutnya tak perlu tanya pun dari mana Aralyn tahu sebab Ku Zaril dapat agak siapa yang beritahu kalau bukan si mulut Ku Kamal yang macam murai tu.

"Abang Mal bagitahu. Macam mana boleh demam?" Tanya Aralyn ingin tahu seraya sebelah tangannya naik menyentuh dahi Ku Zaril.

Dirasa suhu badan Ku Zaril. Agak panas. Tapi Ku Zaril boleh kata sikit saja. Haih. Ini yang membuatkan Aralyn risau sangat pada Ku Zaril. Ku Zaril ni jarang sakit. Bila sakit, susah pula nak baiknya.

"Panas sangat badan awak. Ini yang awak kata sikit je? Dah tahu diri tu cepat demam bila kena hujan. Kenapa main hujan? Dah takda benda lain nak main? Awak ni dah lah susah nak baik bila dah demam macam sekarang. Boleh tak jangan nak buat orang susah hati dan risau pada awak? Saya risau. Saya sampai berlari datang ke sini bila abang Mal cakap yang awak demam. Dahtu semalam awak tidur menggigil sebab sejuk. Awak ni.." Tak habis lagi Aralyn membebel, Ku Zaril meletakkan jari telunjuk kanannya di atas bibir Aralyn.

Terhenti bebelan Aralyn dan mata mereka berdua saling beradu dan menatap. Terkebil-kebil mata Aralyn merenung Ku Zaril. Terukir senyuman kacak Ku Zaril saat mendengar bebelan dari Aralyn. Comelnya.

"Abang demam sikit je. Ara jangan lah risau. Abang okay." Balas Ku Zaril sembari mengusap pipi tembam Aralyn. Mencebik bibir Aralyn.

"Tipu. Saya kenal awak, Zaril. Sekarang ni boleh lah awak cakap yang awak okay. Tapi lepas ni? Mesti awak berselubung bawah selimut sambil menggigil." Tangan Ku Zaril yang mengusap pipinya, Aralyn ambil dan dipegang.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now