Aralyn fokus melukis di buku lukisannya. Sekarang Aralyn berada di taman yang berdekatan dengan kawasan apartment nya. Tadi Ku Zaril ada chat katanya nak jumpa. Jadi Aralyn suruh Ku Zaril bawa Ku Kamal juga.
Tambahan pula Aralyn ada bawa spaghetti tom yam yang Kak Shima masak. Kebetulan Kak Shima masak banyak. Jadi Aralyn bawa lah untuk Ku Zaril dan Ku Kamal. Saja berbagi rezeki. Mana tahu dua orang jejaka kacak itu belum makan lagi.
Tersenyum Aralyn melihat hasil lukisannya sendiri. Puas hati. Siap juga. Tinggal nak warna saja. Lepastu baru siap semuanya dan Aralyn akan jadi lebih berpuas hati.
Sedang fokus Aralyn pada lukisannya itu. Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang. Berpaling kepala Aralyn melihat figura yang baru mencuitnya tadi. Ternyata Ku Kamal. Di belakang Ku Kamal pula ada Ku Zaril yang tersenyum ke arahnya.
"Hai Ara. Lama tunggu? Maaf lah. Tadi abang Mal sakit perut." Sapa Ku Kamal dengan ceria. Bontotnya terus dihenyakkan di sebelah Aralyn.
Ku Zaril pula melabuhkan punggung di kerusi kosong hadapan Aralyn. Aralyn senyum pada Ku Zaril.
"Takpa. Ara tak kisah." Jawab Aralyn.
"Ara buat apa tu?" Tanya Ku Kamal lagi seraya mengintai melihat buku lukisan Aralyn. Cantik. Aralyn melukis sebuah taman yang penuh bunga serta ada satu pondok dan buaian. Nampak tenang saja lukisan Aralyn itu.
"Alah.. lukisan biasa je. Tak cantik mana pun. Jangan lah tengok. Ara tak siap lagi." Lantas Aralyn menutup buku lukisannya. Tapi Ku Zaril menahan tangan Aralyn. Dia menarik perlahan buku lukisan Aralyn.
Aralyn cuba untuk halang. Tapi Ku Zaril lebih pantas. Dia membawa buku lukisan Aralyn jauh dari pemiliknya. Menjelek muka Aralyn apabila Ku Zaril berbuat begitu. Tak dapat dia nak rampas semula.
Ku Zaril melihat satu-persatu lukisan Aralyn. Semua cantik dan ada seni tersendiri di dalam setiap lukisan itu. Ku Zaril suka menengok gambar lukisan yang dilukis Aralyn. Sangat kemas dan mempunyai maksud tersirat.
"Lukisan macam ni Ara kata biasa? Cantik sangat lukisan ni Ara. Kalau jual, boleh dapat duit. Ini bukan lukisan cikai. Ini lukisan mahal. Kalau abang lah.. setakat lukis orang lidi boleh lah." Ujar Ku Zaril yang sungguh bangga melihat bakat Aralyn.
"Betul tu. Abang Mal setuju. Kitaorang takda bakat melukis macam Ara. Tangan Ara memang berseni." Setuju Ku Kamal dengan ujaran Ku Zaril.
Tak dapat mereka nak menipu tentang lukisan Aralyn. Nak kata tak cantik pun tak boleh. Semua lukisan Aralyn sangat terperinci.
"Thank you. Tapi dah lah. Cukup-cukup lah pujian melambung tu." Pantas Aralyn merampas buku lukisannya dari tangan Ku Zaril supaya Ku Zaril tidak melihat lebih lagi. Ada sesuatu di buku itu yang Aralyn simpan. Aralyn tak nak Ku Zaril tahu.
Ku Zaril menatap penuh wajah Aralyn dengan pandangan yang sangat hangat. Malu Aralyn bila perasan akan pandangan Ku Zaril. Tersimpul senyuman nipis Ku Zaril saat melihat wajah malu dan pipi merah Aralyn.
"Ni apa Ara?" Tanya Ku Kamal seraya mematikan momen manis itu. Tersentak Aralyn dan dipandang ke bekas yang dipegang Ku Kamal.
"Oh. Ini Ara ada bawa kan spaghetti tom yam. Kak Shima, housemate Ara yang masak. Kebetulan Kak Shima masak lebih. Jadi Ara bawa lah untuk abang Mal dan Zaril. Makan lah." Ujar Aralyn memberitahu apa yang ada di dalam bekas itu kepada Ku Kamal serta Ku Zaril.
Ku Zaril agak terasa apabila Aralyn tidak memanggilnya dengan panggilan 'abang'. Tapi bila panggil Ku Kamal.. Aralyn panggil 'abang'. Haih.. terasa hati sensitif kita ni.
"Abang Mal makan eh?" Angguk Aralyn mengizinkan Ku Kamal memakan makanan yang dibawa. Selepas itu, Aralyn beralih merenung Ku Zaril.
"Nanti abang makan." Kata Ku Zaril perlahan.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...