Akhirnya tiba juga hari minggu yang dinanti-nantikan oleh Ku Zaril. Hari ini adalah hari Ku Zaril dan Aralyn berpindah masuk ke rumah baharu mereka.
"Selamat datang ke mahligai cinta kita sayang." Ucap Ku Zaril sembari membuka pintu rumah dan memberi ruang kepada isterinya untuk masuk dahulu.
Terukir senyuman Aralyn apabila Ku Zaril berkata begitu. Mahligai cinta ya? Suka Aralyn dengar ayat itu.
"Besarnya rumah." Kata Aralyn sambil matanya melilau melihat sekeliling.
"Mesti lah besar sayang. Abang memang saja beli rumah besar." Balas Ku Zaril setelah menutup pintu rumah dan mendekati isterinya lalu dipeluk dari belakang. Ubun-ubun Aralyn dicium dengan penuh kelembutan.
"Tapi nanti Ara juga yang kena kemas. Abang tak kesiankan Ara ke? Hm?" Aralyn memusingkan sedikit kepalanya memandang sang suami.
"Jangan risau. Rumah ni nanti akan ada orang yang bersihkan. Setiap seminggu orang tu akan datang tiga kali untuk bersih-bersih. Dan abang pun akan tolong sayang untuk kemas rumah. Abang takkan bagi isteri abang ni penat. Kalau nak penat, biar kita penat sama-sama. Lagipun.. tugas mengemas semua ni tugas suami. Bukan tugas isteri. Isteri hanya membantu meringankan beban suami. Jadi kalau sayang kemas rumah, terima kasih isteri abang sebab dah tolong abang." Terang Ku Zaril panjang lebar.
Pipi kiri isterinya diusap lembut seraya memberi senyuman manis kepada isterinya. Bahagia Aralyn dengar apabila Ku Zaril beriak begitu.
"Sama-sama, abang. Terima kasih juga sebab dah buat Ara bahagia dan rasa disayangi sangat." Ujar Aralyn sembari memusingkan dirinya menghadap Ku Zaril.
Kedua tangan Aralyn naik memeluk batang leher Ku Zaril. Aralyn menjengketkan sedikit kakinya lalu dicium kedua pipi Ku Zaril. Tersenyum lebar lah Ku Zaril bila dapat ciuman dari isteri tercinta.
"Ini baru sikit. Ada banyakkk lagi yang abang nak bagi pada sayang dan banyak lagi kebahagiaan yang abang nak kongsi dengan sayang. Sayang cuma perlu terima saja. Tak perlu ucap terima kasih dekat abang pun. Sayang layak dapat semua tu." Semakin terharu Araly dibuatnya.
Aralyn terus memeluk badan tegap milik sang suami. Dapat Aralyn dengar suara degupan jantung Ku Zaril yang tenang saja.
"Ara cintakan abang. Cinta sangat-sangat. Jangan berubah lagi. Cukup jadi suami yang Ara yang baik macam sekarang." Lirih suara Aralyn berkata.
Ku Zaril membalas pelukan isterinya jauh lebih erat. Dikucup ubun-ubun isterinya. Mana mungkin dia akan berubah dan menyakiti wanita ini lagi. Cukup hanya sekali saja dia sakiti Aralyn sehingga Aralyn membawa diri. Ku Zaril tak nak hilang Aralyn lagi.
"Abang pun cintakan sayang sangat-sangat. Kita mula dari awal bina cerita cinta kita." Mengangguk Aralyn mahu.
Setelah agak lama berpelukan, Aralyn melepaskan pelukan. Tangan Ku Zaril naik menyeka air mata isterinya. Menangis pun cantik. Dahi Aralyn dicium.
"Jom abang bawa sayang tengok bilik kita. Ke sayang nak tengok bawah ni dulu, baru naik atas?" Tanya Ku Zaril dengan memeluk bahu isterinya dari tepi.
"Nak tengok bawah ni dulu boleh?" Aralyn menyengetkan sedikit kepalanya sambil membuat riak comel.
Geram nya lah Ku Zaril tengok isterinya ini. Comel sangat. Hidung mancung Aralyn dikepit perlahan.
"Boleh, sayang. Abang teman." Laju Aralyn mengangguk. Suka.
••••••••••
Terperanjat Aralyn apabila ada yang memeluknya dari belakang. Tak usah Aralyn meneka siapa gerangan tersebut kerana sudah tentu Aralyn tahu siapa kalau bukan Ku Zaril. Suami dia ni memang suka peluk dia.
Selepas itu, Aralyn membiarkan saja Ku Zaril yang sedang bergelayut manja padanya. Aralyn meneruskan kerja menyusun baju di dalam almari.
Lama-lama Aralyn menggeliat geli kerana Ku Zaril menggeselkan hidungnya di leher Aralyn. Sampai cium-cium. Sesekali Ku Zaril menggigit perlahan.
"Abang.. jangan lah kacau Ara. Dah lah tak nak tolong Ara kemas baju." Aralyn menolak muka Ku Zaril yang terbenam di lehernya itu.
Menjuih bibir Aralyn melihat senyuman nakal sang suami. Ada lah tu Ku Zaril nak.
"Abang nak apa? Ara tahu bila abang senyum macam ni mesti ada yang abang nak." Tanya Aralyn melayan suaminya sekejap.
"Abang lapar lah sayang.. abang ingat tadi nak buat sandwinch. Tapi abang lupa kita kan baru pindah hari ni. Dekat dapur tadi takda apa. Kosong. Kita keluar pergi makan, nak?" Ku Zaril mengajak isterinya keluar makan serta mengajak untuk membeli barang dapur juga.
"Kesiannya suami Ara ni. Tapi Ara nak habiskan kemas dulu. Banyak lagi ni. Abang boleh tunggu ke?" Ku Zaril melihat ke arah belakang isterinya yang masih banyak pakaian yang belum disusun termasuk pakaian Ku Zaril sendiri.
"Nanti lepas balik dari makan dan beli barang dapur. Abang kemas. Sayang duduk rehat je." Memincing mata Aralyn memandang suaminya. Boleh percaya ke ni? Macam tak saja.
"Abang janji. Jom? Abang lapar sangat ni sayang.." Merengek manja Ku Zaril. Tak sampai hati pula Aralyn nak biarkan suaminya kelaparan.
Akhirnya dia mengalah juga. Bukan malas nak layan sikap manja Ku Zaril. Tapi dia sendiri pun tengah lapar. Cuma Aralyn tahan saja dari tadi sebab nak siap mengemas cepat-cepat.
"Okay. Jom." Tersenyum lebar Ku Zaril bila isterinya mahu. Habis satu muka Aralyn dicium-ciumnya.
Mengekek ketawa Aralyn apabila Ku Zaril mencium wajahnya. Geli ada. Suka pun ada. Ini kalau ada anak, Aralyn tak tahu lah macam mana gamaknya. Hm..
••••••••••
Ku Zaril memandu sambil menyanyi perlahan mengikut lagu yang sedang dimainkan di radio. Sesekali matanya mengerling si isteri di sebelah. Senyap saja dari tadi.
Tangan Aralyn yang berada di paha, Ku Zaril capai dan dibawa ke bibirnya. Ku Zaril mencium kekura dan telapak tangan Aralyn. Wangi. Suka Ku Zaril mencium tangan isterinya itu.
"Sayang okay? Ada masalah ke? Senyap je dari tadi." Ku Zaril menegur isterinya.
"Okay je. Ara cuma rasa sunyi sikit sebab sebelum ni kan kita tinggal dengan family. Tapi sekarang ni.. kita tinggal berdua je. Dulu rumah meriah. Sekarang rasa sunyi. Ara rindu bonda, nenda, Zara dan Idan." Luah Aralyn tentang apa yang dia rasakan sejak mereka keluar dari rumah Nenda Zuraidah lalu berpindah ke rumah lain.
Mengangguk faham Ku Zaril dengan kata-kata isterinya tadi. Yalah, dulu meriah sebab tinggal dengan keluarga. Tapi bila dah kahwin ni kena duduk berdua saja. Memang sunyi. Ku Zaril pun turut rasa yang sama.
"Nanti bila kita free, kita balik rumah nenda. Jumpa yang lain, okay?" Ku Zaril setia memujuk isterinya. Sebelah tangan memegang tangan isteri dan sebelah lagi mengawal stereng kereta.
"Baik, abang. Sorry sayang moody." Senyum Ku Zaril dengan tingkah isterinya. Atas kepala Aralyn diusap perlahan sebelum Ku Zaril kembali memegang tangan isterinya.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [OG]
Storie d'amoreUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...