Selepas beberapa hari Ku Zaril terperap di hospital. Hari ini dia dibenarkan pulang ke rumah. Lega Ku Zaril rasa saat doktor memberi izin pada dirinya untuk pulang ke rumah.
Lagi satu Ku Zaril kesian dengan Aralyn sebab ulang-alik dari rumah ke office dan hospital. Kadang-kadang Aralyn sampai tak cukup rehat. Itu sebab Ku Zaril nak balik cepat-cepat. Nak keluar dari hospital.
Laju Ku Zaril mengangkat mukanya memandang ke arah pintu yang dibuka dari luar. Kelihatan Aralyn baru saja sampai. Aralyn tersenyum manis ke arah Ku Zaril.
"Hai." Sapa Aralyn dengan lembut.
"Hai, sayang." Balas Ku Zaril seraya mendepakan tangan kirinya meminta peluk dari Aralyn. Menggeleng perlahan kepala Aralyn dengan tingkah Ku Zaril.
"No. Kita belum halal lagi. Jadi tolong tahu batas wahai Ku Zaril Ku Zaki." Aralyn menegur sikap Ku Zaril yang asyik nak menempel saja.
Boleh nak melekat 24 jam. Tapi tunggu lah dah kahwin. Dah halal. Nak melekat sampai bila-bila pun takda masalah. Tapi sekarang memang masalah sebab belum halal.
"Sekejap pun tak boleh ke sayang?" Ku Zaril turun dari katil lalu mendekati Aralyn.
"Tak. Kalau nak peluk sampai tahun depan.. cepat-cepat jadikan Ara ni isteri abang. Okay abang?" Tersenyum lebar Ku Zaril mendengarkan itu. Peluk sampai tahun depan? Menarik. Bagus lah.
"Nanti balik abang minta pada bonda dan nenda untuk percepatkan tarikh nikah kita. Cun tak? Boleh abang peluk sayang sampai tahun depan. Bukan setakat sampai tahun depan je. Sampai syurga abang peluk sayang. Kan? Kan? Kan?" Nak tergelak Aralyn tengok gaya Ku Zaril dah macam budak-budak.
Comel.
"Suka hati. Ara ikut je mana-mana yang terbaik. Asalkan Ara jadi isteri abang dan abang jadi suami Ara." Kata Aralyn selari mengelus sekejap pipi kanan Ku Zaril.
Cair Ku Zaril rasakan sekarang tatkala mendengar kata-kata dari Aralyn barusan. Haih.. mana lah Ku Zaril tak jatuh cinta kalau begini lah ciptaan Allah. Sungguh indah. Sungguh cantik. Sungguh sedap mata memandang.
"Abang nak cair lah sayang.. tolong.. abang cair." Tak padan dengan tangan kanan patah. Ada saja perangainya tu.
Terletus tawa Aralyn melihat kelakuan Ku Zaril. Apa yang kelakar sangat ni? Rasa nak geget telinga tu sampai putus dan bagi anjing makan.
Heh! Apa ni? Salah, salah. Kau jangan macam-macam Aralyn.
"Mengada lah abang Aril ni. Dah, jom. Nanti Ara kena masuk office lagi. Ara ambil half day je ni." Terus berubah muka Ku Zaril.
"Kenapa?" Tanya Aralyn.
"Kenapa half day? Cuti lah hari ni. Teman abang." Memincing mata Aralyn memandang Ku Zaril. Dekat rumah tu bukan Ku Zaril sorang saja.
Ada Engku Dayana, Nenda Zuraidah, Mak Timah dan Ku Zara. Kebetulan Ku Zara cuti hari ni. Okay lah tu. Bukannya Ku Zaril sorang-sorang. Tapi mengada pula minta Aralyn cuti suruh teman.
"Don't be mengada-mengada. I takda masa nak layan you. Hari ni Ara ada meeting penting dengan klien. New project. So, you.. behave. Duduk dekat rumah elok-elok." Kenapa Ku Zaril rasa Aralyn comel sangat ni bila cakap 'i you' dengan dia?
Haih.. angau teruk ni. Tolong lah siapa-siapa bantu Ku Zaril sekarang. Semakin menjadi-jadi angau dia. Ada yang aku kaki kan karang ni. Author dah penat dengan dia.
"Heheh.. sayang ni comel. Jom. Abang nak ikut sayang. Abang janji tak kacau sayang." Ku Zaril membuat gaya berikrar.
Menyepet mata Aralyn merenung Ku Zaril. Janji tak kacau? Tak boleh dipercayai. Nanti Ku Zaril kacau. Kata-kata Ku Zaril memang tak boleh dipercayai. Itu semua dusta.
"Ara hantar abang balik rumah. Baru Ara pergi office." Mencebik bibir Ku Zaril.
"Alah.. abang nak ikut sayang." Merengek Ku Zaril mahu ikut Aralyn ke pejabat. Tapi Aralyn buat tidak tahu saja. Malas nak melayan. Nanti menjadi-jadi perangai mengada Ku Zaril.
Sejak-sejak Aralyn terima Ku Zaril semula ni. Ku Zaril selalu mengada dengan dia. Keluar semua perangai manja dia. Nanti dah kahwin, tak tahu lah macam mana pula. Mesti kalah manja dari Aralyn. Sebab Aralyn asyik nak kena layan manja Ku Zaril.
"Sayang.." Meleret suara Ku Zaril memanggil Aralyn.
"Nope. Abang tunggu je Ara dekat rumah. Kalau abang ikut, satu kerja pun takkan siap. Bagi Ara kerja dengan tenang.. cepat Ara siap buat kerja dan habis meeting. Cepat juga Ara balik dan cepat juga abang jumpa Ara. Okay?" Aralyn cuba berkompromi dengan Ku Zaril.
Kalau Ku Zaril bagi kerjasama, apa yang Aralyn cakapkan tadi akan jadi kenyataan. Tak tipu.
Lemah Ku Zaril dibuatnya apabila Aralyn tidak mahu dia ikut ke pejabat. Mengendur kedua bahunya. Wajahnya turut berubah sedih.
"Please, abang Aril.. kata sayang Ara. Kalau sayang ikut lah kata Ara ni. Tak susah pun kan?" Aralyn cuba bermain secara psikologi.
Orang kata selalunya guna cara macam ni akan sentiasa berkesan. Jadi Aralyn nak tahu juga berkesan atau tidak.
"Okay. Abang tunggu Ara dekat rumah. Ara hantar abang balik." Tak jadi Ku Zaril nak buat perangai mengada lebih-lebih. Kasihan Aralyn. Nanti kerja yang cepat, jadi lambat. Semua disebabkan dia.
Ada baiknya dia tak payah mengikut. Biar semua kerja yang Aralyn nak uruskan hari ni, boleh selesai dengan cepat.
"Thank you, abang Aril." Senang hati Aralyn apabila caranya itu mengena. Tak sia-sia dia dengar kata-kata orang. Bagus lah.
"You're welcome." Balas Ku Zaril bersama senyuman manisnya yang hanya khas untuk Aralyn seorang sahaja.
Usai itu, mereka berdua melangkah keluar dari bilik wad itu bersama-sama sambil berpimpin tangan. Aralyn tak nak. Tapi Ku Zaril tu tahu lah macam mana. Suka memaksa.
Kalau Aralyn tak nak pegang tangan. Ku Zaril nak merajuk. Itu yang dia ugut pada Aralyn. Nak tak nak, Aralyn ikutkan saja lah. Malas nak membantah. Nanti ada baby tua merajuk. Orang tua kalau merajuk buruk. Jadi jangan buat diaorang merajuk.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [OG]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...