•┈┈┈••✦ 𝓑𝓪𝓫 2 ✦••┈┈┈•

9 1 0
                                    


Hari yang cerah membuatkan Wani dan Lisa bersemangat untuk menghabiskan waktu di pusat beli-belah. Mereka melangkah masuk dengan senyuman lebar, dengan harapan dapat menjumpai sesuatu yang menarik.

"Jom kita pergi kedai buku dulu!" cadang Wani, wajahnya bersinar dengan rasa ingin tahu.

Lisa mengangguk setuju. "Good idea! Aku memang nak cari novel baru."

Setelah sampai di kedai buku, mereka berdua terpisah mencari bahan bacaan masing-masing. Wani asyik meneliti rak-rak buku bahagian novel.

Tiba-tiba, Lisa memegang perutnya. "Wani! Aku rasa lunch aku makan tadi nak keluar balik ni. Aku pergi cari tandas kejap eh?" katanya dengan muka yang berkerut menahan sesuatu.

"Ok, cepat sikit tau! Jangan tinggal aku lama sangat! Takut kene culik." jawab Wani dengan sedikit usikan.

Lisa mengangguk dan kaki mula berlari seperti dikejar anjing mecari tandas. Nak buat macam mana? Dah hujung dah ni.

Setelah Lisa pergi, Wani kembali ke rak buku, dengan mata yang tertumpu kepada buku-buku disitu. Yelah takut terlepas buku yang dicarinya. Tanpa sedar, dia melangkah ke depan dan terlanggar sesuatu yang keras.

'Eh, aku langgar tiang ke? Asal keras semacam ni? Haih, macam mana boleh ada tiang kat tengah-tengah jalan ni!?' fikirnya dalam hati sambil menggosok hidung.

Apabila dia memandang ke atas, dia terkejut melihat seorang lelaki tampan berdiri di hadapannya.

"Astaghfirullahaldzim, sorry encik saya tak perasan!" Wani berkata, wajahnya memerah.

"Tak apa, saya pun tak nampak awak." dia menjawab dengan senyuman. "Uhmm Izzat" sambungnya sebagai perkenalan ringkas.

"Wani" balas Wani sambil tersenyum balik.

Tanpa banyak bicara, mereka berdua berpisah, membawa haluan masing-masing. Wani terus meneliti buku, tetapi wajah Izzat masih terbayang-bayang dalam fikirannya.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Setelah setengah jam, Lisa kembali dengan senyuman lebar. "Eh, sorry lambat! Lama ke kau tunggu?"

Wani memandang Lisa dengan side eyes, menunjukkan dia marah. "Kau ni, setengah jam tau aku tunggu! Kalau ikutkan hati, aku gerak je tinggal kau kat sini sorang sorang! "

Mendengar kata kata Wani, Lisa sengih seperti tapai basi. "Ala kau ni macam tak biasa pulak! Sorry eh? Hehehehe."

Wani tersengih melihat senyuman tapai basi daripada Lisa. "Eh kau nak tahu tak, tadi kan aku terlanggar sorang mamat ni! Sumpah dia tinggi! Aku ingat aku langgar tiang tau" Kata Wani dengan teruja.

Lisa buat muka menjijikkan bila terpandang senyuman kerang busuk Wani. Ha mula la tu! "Haih, tapi bila ingat balik muka dia, hmph tetiba angau! HAHAHA malu la!" Sambung Wani sambil menampar bahu Lisa.

Lisa yang pasrah dengan tamparan daripada Wani hanya melayan. Dia dah biasa kene. "Ok lepastu kau buat apa?!"

"Aku minta maaf lah apa lagi! Ouh lepastukan dia bagitahu nama dia weyh!" Jawab Wani dengan teruja.

"Apa nama dia?" Tanya Lisa ingin tahu.

"Izzat," jawab Wani, masih teruja.

"So sekarang? Kau nak aku tolong cakapkan dekat ibu untuk masuk minang laki tu ke apa? " Ucap Lisa dengan gurauan.

"Dah kau tak payah nak terngiang ngiang sangat muka mamat tu. Zina hati! Astaghfirullah Wan. Baik kau bertaubat sebelum terlambat!" Nasihat Lisa untuk Wani. Hah cam over je tu. Selepas mendengar kata kata Lisa, Wani istighfar didalam hati dan cuba buang muka mamat handsome tadi.

"Eh dah la. Aku ku rasa itu kebetulan je tu. Lepasni mungkin takkan jumpa dia lagi. Malas aku nak fikir." Ucap Wani untuk mengubah topik.

"Ok nice! Jom sambung shopping!" Lisa mengajak dengan ceria.

Setelah berbincang, mereka berdua pun meneruskan aktiviti membeli-belah pada petang itu.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Selepas makan malam, Wani dan keluarganya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba tiba Encik Johari, membuka perbualan.

"Jom, esok ikut ayah pergi kenduri kahwin nak?! Kawan ayah jemput kita sekeluarga ni." kata dengan penuh semangat.

Wani memandang ayahnya dengan rasa teruja. Dah lama tak pergi tengok orang kahwin. Mestilah teruja. Lahh! "Wah boleh boleh! Semua pergi kan? Siapa kahwin yah? Anak siapa?" Tanya Wani dengan teruja.

"Anak uncle Othman dengan aunty Salwa tu. Kamu tak kenal pun anak dia. Saja ayah ajak, nanti tak payah masak tengahari dah. Jimat barang dapur." Beritahu Encik Johari. 'jimat juga duit ayah' Sambung Encik Johari di dalam hati.

"Ok onz! Ibu, Wani nak ajak Lisa sekali boleh? Lagipun dia kata esok dia duduk kat rumah sorang-sorang. Aunty Maryam dengan uncle Taufiq (mak ayah Lisa) ada kerja. Wani dengan Lisa memang ada rancang nak buat something esok. Tapi ni dah ada kenduri, boleh la kita ajak dia sekali kan? Boleh kan?!" Kata Wani sambil tersenyum.

Puan Farah hanya mengangguk dan membalas senyum Wani. Pada malam itu Wani sibuk dengan persiapan untuk ke majlis perkahwinan esok sambil membuat panggilan video bersama Lisa.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Best tak? Best tak? Best tak? Comment la.. Saya takut saya syok sendiri ni ('༎ຶ ͜ʖ ༎ຶ ')♡

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢𝐦𝐮 | OGWhere stories live. Discover now