•┈┈┈••✦ 𝓑𝓪𝓫 4 ✦••┈┈┈•

4 1 0
                                    

Sejak melihat Izzat di majlis perkahwinan haritu, fikiran Wani tak pernah benar-benar tenang. Lisa pun tak habis-habis usik dia selepas pertemuan Wani dan Izzat. Malam itu, selepas pulang ke rumah, Wani berbaring di atas katil sambil termenung, masih teringatkan pertemuan singkatnya dengan Izzat.

"Ah, kenapa aku rasa macam ni?!" Wani berbisik kepada dirinya sendiri, memalingkan badan ke arah tingkap biliknya yang terbuka.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Keesokan harinya, Wani dan Lisa merancang untuk bersarapan di sebuah kafe yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk makan di kawasan itu. Mereka berdua memilih meja di sudut kafe, jauh dari orang ramai, supaya boleh berbual dengan tenang.

"Wan, kau masih terfikir pasal Idham tu ke?" tanya Lisa sambil menyapu jem di atas rotinya.

Tiba tiba Wani terbahak. "Izzat la! Jauh sangat Idham tu Lisa HAHAHAHA"

"Eh, ha Izzat. Ish takyah lebih lebih la. Ha cepat la jawab soalan aku tu!" Ucap Lisa dengan sedikit kesal.

Wani tersenyum kelat. "Tak lah, cuma... entahlah. Aku rasa pelik sikit. Mungkin sebab aku dah lama tak ada perasaan macam ni."

Lisa mengangguk. "Well, kalau kau rasa benda ni pelik, mungkin sebab kau tengah... jatuh cinta?"

Wani tergelak kecil. "Cinta? Aku tak tahu pun apa yang aku rasa ni. Lagipun, kita cuma terserempak dua kali. Tak ada apa-apa yang pasti."

"Tapi, kalau memang ada jodoh, mana tahu kan?" Lisa membalas dengan nada usikan, membuatkan Wani ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. "Lantak kau la Lisa. Jodoh ke tak, aku taknak fikir lebih-lebih."

Namun, jauh di sudut hati, Wani tak dapat nafikan bahawa pertemuan dengan Izzat meninggalkan kesan yang mendalam. Dalam fikirannya, wajah dan senyumannya seolah-olah masih terbayang-bayang.

✩.・:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•:。✩

Beberapa hari kemudian, Wani sedang membaca novel di meja belajarnya. Hari ini dia masih duduk di rumah dan bersantai santai.

Arghhh dahaganya!" Tiba tiba Wani berkata sambil tangannya cuba mengambil tumbler yang berada di atas meja kecil tepi katilnya.. "Hmph, air dah habis la pulak. Kena ambil la ni. Ish, malasnya nak turun!"

Tanpa membuang masa, Wani membawa tumblernya dan keluar dari bilik untuk restock airnya.

Dengan selamba, Wani menuruni anak tangga dan menuju ke dapur untuk mengrestock air. Tanpa dia sedar, ada mata yang memerhatikan dia.

"Astaghfirullahaldzim! Wani pergi masuk bilik! Ada tetamu tu!" Tiba tiba Puan Farah menegur dengan suara yang ditinggikan sedikit.

Membesar mata Wani apabila matanya bersambung dengan mata itu! Izzat. Sejurus itu, apa lagi? Lari lah Wani ke biliknya.

"Ya Allah! Ish habis dia nampak aurat aku! Dia buat apa kat sini?! Dah la bawak family dia sekali! Astaghfirullahaldzim. Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah." Wani berdoa selepas masuk ke biliknya.

"Entah-entah?! Eh mustahil! Astaghfirullahaladzim." Wani beristigfar. Ha pikir bukan bukan la tu!

Sejurus itu, Wani mencapai tudung sarung yang tergantung di penyangkut itu dan keluar dari bilik.

Selepas menuruni anak tangga yang terakhir, Sempat Wani menjeling di bahagian ruang tamu rumahnya dan tanpa sengaja mata Wani dan Izzat bersambung dalam 3 saat. Wow sempat kira eh?! HAHA

Wani segera menyalami Puan Shafina dan menghadiahkan senyuman manis untuk keluarga  tersebut. Sejurus itu, dia berlari anak ke dapur, tempat ibunya berada sekarang.

"Ibu kenapa aunty Shafina dengan keluarga dia datang?" Tanya Wani untuk memastikan kata kata yang dalam fikirannya. Ha! fikir apa tu Wani?!

"Ouh, ibu yang ajak diorang datang. Dah lama tak jumpa. Lupa pulak nak bagitahu Wani tadi." Jawab Puan Farah.

'Lah ingatkan apa lah tadi.' Kata Wani di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.

✩.・:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•:。✩

Malam itu, meja makan dihiasi dengan pelbagai hidangan lazat. Wani duduk di sebelah ibunya, dan tak jauh dari situ, Izzat duduk bersebelahan dengan ibunya, Puan Shafina. Sepanjang makan malam, Wani cuba mengawal diri dari mencuri pandang ke arah Izzat, tapi setiap kali dia mengangkat kepala, mata mereka bertemu.

Senyuman kecil terukir di bibir Izzat setiap kali pandangan mereka bertaut, dan ini membuatkan jantung Wani berdegup lebih laju dari biasa. Lisa pernah cakap, kalau kau rasa berdebar macam ni, mungkin sebab kau dah mula ada perasaan. Tapi Wani tak mahu terlampau berharap.

Selepas makan malam, mereka semua berborak ringan di ruang tamu. Wani cuba tenang, walaupun ada perasaan yang makin membesar di dalam hatinya setiap kali Izzat berbual ringkas dengannya.

✩.・:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•:。✩

Wani kembali ke ruang tamu untuk menyertai keluarga yang berkumpul di situ selepas mengemas dapur. Wani berusaha menenangkan dirinya. Dalam hatinya, dia berdoa agar tidak bertemu Izzat terlalu banyak. Namun, setiap kali matanya melintasi ruang tamu, dia tidak dapat menahan pandangannya daripada Izzat yang sedang berbual dengan ibunya.

Shafina, anak kau dah besar. Tak lama lagi, mesti ada yang datang meminang,” Puan Farah berkata dengan nada usikan, membuatkan Puan Shafina tersenyum.

Izzat hanya tersenyum malu, wajahnya sedikit merah. Wani dapat melihat itu dan merasa hatinya berdegup kencang. Dia berpaling, tidak ingin Izzat menyedari perhatiannya.

Eh, Ijat! Kamu tak nak kenalkan diri ke?” Puan Shafina bertanya sambil menjeling kepada Wani, seolah-olah merancang sesuatu.

Emm tak payahlah, mama. Kenapa nak kenalkan? Dah kenal dah pun! Lagi satu, jangan la panggil ijat!! Malu la!” Izzat menjawab dengan nada panik membuatkan Wani ketawa kecil dalam hati.

Alah tak payah malu. Wani ni baik budaknya. Baik untuk kamu. Eh!” Puan Farah menyokong dengan usikan dan menyebabkan muka Wani terasa bahang.

Wani merasakan wajahnya semakin panas. Aih bahaya! Mendidih juga muka Wani ni nanti. “Ibu! Kenapa cakap macam ni?” Wani berbisik pada ibunya, tetapi ibunya hanya tersenyum lebar.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Malam itu, selepas semua tetamu pulang, Wani baring di katilnya sambil tersenyum. Dia masih teringatkan saat-saat ketika mereka berbual, walaupun pendek, cukup membuatkan hatinya bergetar.

Ya Allah, apa yang aku rasa ni? Kenapa aku rasa lain macam setiap kali dengan dia?” Wani berbisik pada dirinya sendiri, memandang siling biliknya.

Lisa mungkin betul—ada perasaan yang sedang bercambah dalam hati Wani. Tapi, dia tak mahu terlalu cepat membuat kesimpulan. Dia hanya berharap, kalau ini takdir, biarlah semuanya berjalan dengan baik.

Wani tersenyum lagi, kali ini lebih lebar. Mungkin, jodoh memang tak akan datang dalam bentuk yang kita jangka, tapi bila ia datang, kita takkan boleh menafikannya.

Dan dalam hatinya, Wani tahu—ini baru permulaan.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢𝐦𝐮 | OGWhere stories live. Discover now