•┈┈┈••✦ 𝓑𝓪𝓫 3 ✦••┈┈┈•

8 1 0
                                    


Hari yang dinantikan tiba. Wani mengenakan baju kurung biru lembut, sesuai dengan tema perkahwinan yang dipilih oleh pengantin. Dia berdiri di hadapan cermin, memastikan tudungnya terletak kemas menutup dada. Lisa pula sudah siap dengan kebaya moden yang nampak anggun dan sedikit playful, seperti perwatakannya.

"Uish, bestie aku ke ni?! Mak ayy lawanyah kau Wan." puji Lisa sambil mengenyit mata.

Wani tersenyum. "Alah, kau pun tak kurang. Lawa kebaya tu!"

Mereka pun keluar dari rumah bersama, Puan Farah dan keluarga Wani yang sudah menunggu di dalam kereta.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Sebaik sahaja tiba di dewan perkahwinan, suasana yang meriah menyambut mereka. Lagu tradisional berkumandang, dan tetamu berpusu-pusu masuk. Wani dan Lisa mengikuti Puan Farah menuju ke meja yang telah disediakan. Manakala Encik Johari berbual dengan rakannya yang terserempak di situ. Mereka duduk dan mula berbual sementara menunggu pengantin tiba.

Ketika Wani sedang menikmati hidangan, tiba-tiba pandangannya tertangkap oleh seorang lelaki yang berdiri di sudut dewan. Hatinya berdegup kencang. Izzat!

Wani segera berpaling kepada Lisa dan berbisik, "Lisa, kau ingat tak mamat yang aku cerita kat kau hari tu? Yang aku terlanggar kat kedai buku tu. Aku rasa aku nampak dia kat sini lah!"

Lisa menjeling ke arah yang ditunjukkan Wani. "Eh, betul ke? Serius lah! Mamat yang kau cakap tiang tu ke?!"

Wani mula rasa sedikit gementar. "Tak sangka pula boleh jumpa dia kat majlis kahwin macam ni..... eh dah la aku rasa kebetulan je kot. Entah-entah tu bukan dia. Buat malu je nanti. " Kata Wani. Sengaja hiraukan soalan Lisa. Dah tahu tanya lagi!

Lisa ketawa kecil. "Entah-entah ni bukan kebetulan. Mungkin ini peluang kau untuk kenal dia lebih dekat."

Wani mengerutkan dahi, cuba menenangkan debaran hatinya. "Taklah, aku rasa ni semua angan-angan je. Lagipun, kalau betul tu dia, mungkin dia tak ingat aku pun."

Namun, jauh di sudut hati, Wani tertanya-tanya sama ada ini adalah permulaan sesuatu yang lebih daripada sekadar kebetulan.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Wani cuba menenangkan debaran dalam hatinya sambil terus menikmati manisan yang diambilnya tadi. Lisa di sebelahnya masih sibuk mencuit-cuit sambil ketawa kecil, membuat Wani rasa lebih terganggu. Dalam diam, Wani memerhatikan Izzat dari jauh, cuba menilai sama ada dia benar-benar orang yang dia terserempak di kedai buku itu.

Setelah beberapa ketika, Izzat melangkah ke meja yang tidak jauh dari tempat Wani duduk. Wani cepat-cepat memalingkan muka, berharap Izzat tidak perasan yang dia sedang diperhatikan.

"Wani, aku rasa dia nak datang sini lah!" bisik Lisa, suaranya semakin nakal.

"Lisa! Kau ni jangan buat aku lagi nervous boleh tak?!" balas Wani, cuba mengekalkan ketenangannya.

Tiba-tiba, Puan Shafina muncul di hadapan meja mereka, tersenyum lebar. "Eh Farah?! Wah lama tak jumpa kau! Apa khabar sihat?!"

Mata Puan Farah membulat melihat sosok yang sudah lama tidak jumpa ini. Kawan baiknya semasa sekolah menengah dulu!

"Ya Allah Fina!? Aaaaaa Fina rinduuu kau! Alhamdulillah sihat je ni. Tak sangka jumpa kat sini! Kau duduk kat mana sekarang?" Kata Puan Farah sambil berpelukan dengan kawan baiknya Puan Shafina.

Puan Shafina tersenyum. "Ada je kat sini. Aku baru pindah sini bulan lepas. Eh Wani dengan Lisa pun ada?! Dah besar dah korang ye? Dulu last kita jumpa waktu korang 9 tahun kan?" Ucap Puan Shafina sambil tersenyum lebar. Begitu juga Puan Farah, Wani dan Lisa juga turut tersenyum.

"Eh jom kita pergi kat meja aku. Ada banyak benda nak cerita ni! Ah, ajak anak anak kau sekali. Jom!" Katanya lagi sambil menarik lembut tangan Puan Farah.

Wani dan Lisa saling berpandangan sebelum berdiri, mengikuti Puan Farah dan Puan Shafina. Mereka melangkah ke meja yang berada tidak jauh, dan jantung Wani semakin laju berdegup.

Sebaik sampai, Puan Shafina mula memperkenalkan mereka. "Ini Izzat, anak aku. Izzat, ini Wani, anak Aunty Farah. Yang ni pulak Lisa." Beritahu Puan Shafina sambil tersenyum suka.

Mata Wani membulat. Memang betullah ini Izzat yang sama! Mereka bertentang mata, dan Wani cuba mengekalkan senyuman sopan, walaupun rasa gugup menjalar dalam dirinya.

"Eh, kita pernah jumpa sebelum ni kan?" Izzat tiba-tiba bersuara, membuatkan Wani hampir tersedak. Dia tidak sangka Izzat akan ingat insiden mereka di kedai buku.

Lisa di sebelah sudah tidak dapat menahan senyum. "Haa, ingat tak Wani? Kau kata kau langgar tiang, tapi rupanya lelaki handsome."

Wani tersipu-sipu malu, dan secara tidak langsung, tangannya laju mecubit kasar pinggang Lisa. "Err, ya. Saya ingat. Masa tu saya memang tak sengaja. Lagi sekali saya minta maaf."

Izzat tersenyum, matanya kelihatan sedikit terhibur. "Tak apa. Saya pun tak perasan. Nice to meet you again."

"Lah, korang dah pernah jumpa ke?" Tanya Puan Shafina sambil tersenyum.

Izzat yang mendengar hanya mengangguk dengan senyuman manis. Eh, mana ada senyuman manis! Hehehe

Perbualan mereka berlanjutan dengan santai, dan Wani rasa semakin selesa walaupun pada mulanya dia malu. Lisa, seperti biasa, menjadi pemecah suasana dengan jenaka-jenaka spontannya, yang membuatkan semua orang ketawa.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Malam itu, selepas majlis selesai, Wani dan Lisa duduk di dalam kereta dalam perjalanan pulang. Wani masih terfikirkan pertemuannya dengan Izzat.

"Lisa, aku rasa macam mimpi je hari ni," kata Wani sambil bersandar di tempat duduk.

"Ya lah, macam tak percaya kan? Kau jumpa balik mamat kedai buku tu! Kau rasa ini kebetulan lagi ke, Wan?" usik Lisa.

Wani hanya tersenyum tipis. Dia tidak pasti sama ada ini hanya satu kebetulan atau mungkin satu permulaan. Apa pun yang bakal berlaku, dia sudah bersedia untuk melihat ke mana takdir akan membawa mereka.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢𝐦𝐮 | OGWhere stories live. Discover now