•┈┈┈••✦ 𝓑𝓪𝓫 7 ✦••┈┈┈•

4 1 0
                                    

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba-hari pertunangan Wani dan Izzat. Wani tidak dapat menahan rasa berdebar-debar, tetapi pada masa yang sama, ada perasaan tenang menyelubungi dirinya. Di dalam bilik, Wani sedang menatap cermin, memerhatikan diri dalam baju kebaya lembut berwarna pastel, dipadankan dengan tudung yang sama rona. Wajahnya kelihatan manis dengan sentuhan solekan yang sederhana.

"Wani, dah siap ke?" Kedengaran suara Puan Farah di luar pintu.

"Ya ibu, dah siap," jawab Wani sambil menarik nafas panjang. Dia cuba menenangkan debaran di dada, tetapi hatinya tetap berdegup kencang.

Puan Farah masuk ke dalam bilik, tersenyum manis melihat anak gadisnya yang kelihatan sangat anggun. "Cantiknya anak ibu. Tak lama lagi jadi tunang orang."

Wani hanya tersipu-sipu malu mendengar kata-kata ibunya. "Ibu, Wani nervous la."

Puan Farah mengusap bahu Wani dengan lembut. "Tak payah nervous, semuanya akan ok je InsyaAllah. Lagi pun ni kan hari bahagia Wani?"

"Ha betul tu Wani! Tak payah nak nervous sangat lah! Hari tu bukan main mengeletis lepas dapat hadiah daripad 'inicik tiing' (encik tiang)" Lisa menyampuk dan menyelit perlian untuk Wani.

Wani hanya menjeling Lisa sebelum tumpuannya kembali kepada syurganya.

"Ibu, terima kasih sebab selalu ada untuk Wani." Ucap Wani.

"Tak ada apa nak terima kasih, sayang. Ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak ibu." Puan Farah mencium dahi Wani sebelum menarik nafas dalam-dalam. "Jom turun, tetamu dah sampai."

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Di ruang tamu, keluarga Izzat sudah tiba. Encik Johari menyambut mereka dengan senyuman lebar, dan suasana di rumah itu penuh dengan kegembiraan. Izzat, yang mengenakan baju melayu berwarna sama dengan tunangnya, kelihatan tenang, tetapi di dalam hatinya, debaran semakin kuat.

"Handsome la kau hari ni, Izzat," gurau seorang sepupu Izzat, membuatkan dia tersenyum.

Izzat melirik ke arah pintu bilik Wani. Dia tak sabar menanti saat dia dapat melihat tunangnya itu. Saat yang akan merubah hidupnya. Puan Farah dan Wani muncul di ambang pintu. Semua mata tertumpu kepada Wani yang melangkah perlahan ke ruang tamu, diiringi oleh ibunya.

Hati Izzat berdegup lebih laju. "MasyaAllah, cantiknya dia." bisiknya kepada diri sendiri.

Wani duduk di sebelah ibunya, wajahnya menunduk malu. Suasana di ruang tamu seketika hening, sebelum Puan Farah memulakan majlis pertunangan dengan kata-kata pembuka yang indah. Perbincangan di antara kedua keluarga berlangsung dengan lancar, dan selepas beberapa detik, cincin pertunangan disarungkan ke jari manis Wani oleh ibu Izzat, Puan Shafina.

"Dengan ini, secara rasminya Wani dan Izzat bertunang." ucap Puan Farah dengan nada gembira. Semua orang yang hadir tersenyum bahagia melihat detik bersejarah itu.

Wani mengangkat sedikit wajahnya, memandang Izzat dengan pandangan yang penuh dengan perasaan. Izzat pula memberikan senyuman yang meyakinkan, seolah-olah memberitahu Wani bahawa semuanya akan baik-baik saja. Kedua-dua hati ini sudah disatukan dengan janji, dan kini hanya menunggu hari untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Di dalam hatinya, Wani berdoa, "Ya Allah, semoga hubungan ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan kami."

✩

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Selesai majlis, Izzat menghampiri Wani di luar rumah, ketika para tetamu sibuk berbual. Dia menghulurkan sesuatu kepada Wani.

"Nah, ni untuk awak. Harap awak suka." katanya sambil tersenyum.

Wani mengambil hadiah itu dan membuka kotaknya. Di dalamnya terdapat sebuah gelang perak yang sama bentuknya seperti yang diberikan sebelum ini, cuma kali ini dengan ukiran nama mereka berdua.

WanIzzat

"Cantiknya! Saya suka sangat, terima kasih." Wani tersenyum, dan wajahnya mula berona kemerahan.

Izzat tersenyum kembali, hatinya lega. "Tak sabar nak tunggu hari kita nanti."

Wani menunduk malu. "Saya pun."

Petang itu berakhir dengan kebahagiaan yang terpancar di wajah semua orang, terutamanya Wani dan Izzat, yang kini semakin dekat dengan hari bahagia mereka.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Malam tiba. Selepas Wani menyimpan gelang yang diberikan oleh Izzat, mereka berjalan bersama-sama ke halaman rumah. Walaupun tetamu masih ramai, keduanya mencari sedikit ruang untuk berbual. Izzat melihat Wani yang menunduk malu, dan dia tersenyum.

"Wani, awak okay?" tanya Izzat lembut, memecah keheningan.

Wani mengangkat kepalanya, tersenyum tipis. "Ya, saya okay... cuma... rasa macam mimpi."

Izzat tertawa kecil. "Mimpi? Kenapa pula?"

Wani menjongket bahu. "Semuanya jadi cepat sangat. Rasa macam baru je kita berjumpa, tapi sekarang dah jadi tunang awak."

Izzat menyandarkan tubuhnya ke dinding, memandang Wani dengan tenang. "Saya pun rasa macam tu. Tapi... saya percaya, semua ini adalah aturan Allah yang terbaik. Awak pun percaya kan?"

Wani mengangguk perlahan. "Ya, saya percaya. Saya cuma harap kita boleh lalui semua ni dengan baik."

Izzat tersenyum dan berkata, "Jangan risau. Saya ada, kita sama-sama akan buat yang terbaik. InsyaAllah, semua akan dipermudahkan."

Kedua-dua mereka terdiam seketika, meresapi perasaan indah yang menyelubungi mereka. Izzat memandang ke langit, melihat bulan yang terang.

"Awak tahu tak, saya selalu terfikir tentang masa depan kita," kata Izzat tiba-tiba.

Wani menoleh, sedikit terkejut. "Masa depan?"

Izzat mengangguk. "Ya. Saya terfikir, macam mana hidup kita nanti. Saya nak jadi suami yang baik, yang mampu jaga awak, lindungi awak... dan pastikan awak selalu bahagia."

Wani tersenyum, hatinya terasa hangat mendengar kata-kata Izzat. "Saya yakin awak boleh jadi suami yang baik, Izzat."

Mendengar itu, Izzat tersenyum lebih lebar. "Terima kasih. Awak sendiri pun, saya yakin awak akan jadi isteri yang hebat."

Wani ketawa kecil. "Awak ni, puji saya lebih-lebih pulak."

Izzat turut ketawa. "Sebab saya ikhlas."

Wani memandang Izzat dengan penuh rasa syukur. "Terima kasih, Izzat. Saya rasa tenang dengan awak."

Izzat membalas pandangannya dengan penuh kasih sayang. "Sama-sama. Kita ada satu sama lain."

Detik itu, walaupun ringkas, terasa sangat bermakna buat mereka. Kedua-duanya sedar, perjalanan yang mereka bakal tempuhi mungkin penuh cabaran, tetapi dengan kepercayaan dan cinta, mereka yakin mereka mampu harungi semuanya.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

uiiii dah nak kahwin dah (^з^)-☆Chu!!

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢𝐦𝐮 | OGWhere stories live. Discover now