P R O L O G

120 22 3
                                    

Recommended music : Bawa dia kembali by Mahalini.

Kehilangan itu...

Umpama belati yang menikam hati kita berulang kali. Ia juga seperti bayu yang tiba-tiba berhenti bertiup. Meninggalkan jiwa yang terkapai-kapai di dalam kesunyian.

Ia bukan sekadar ketiadaan. Ia adalah sebuah pohon tanpa dahan. Kehilangan juga, ibarat sebuah sebuah ruang kosong yang tidak dapat di isi.

Satu lubang di dalam hati yang semakin melebar saban hari. Dalam setiap sudut rumah, gema tawa yang dulu mengisi ruang itu hilang bersama orang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupku selama beberapa tahun ini.

Tahukah kalian, bahawa di dalam hidup kita ni. Setiap sesuatu perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Bahkan, takdir Allah juga kita tidak bisa menindakkannya.

Ia sudah ditetapkan sejak azali lagi.

Kita sebagai manusia. Akan sentiasa diberikan ujian demi ujian untuk bekalan di akhirat kelak. Kerana, dunia ialah tempat kita berpenat lelah. Sedangkan, akhirat tempat kita untuk berehat dengan tenang.

Begitu juga dengan hidup seorang jejaka muda yang bernama, Shafiq Ammar bin Abdullah. Ia diuji dengan kehilangan seorang isteri yang amat ia cintai.

Afrin Baheera.

Untuk seketika, hidupku seakan suram. Tiada warna. Hambar. Kehilangan itu, benar-benar memberikan impak kepada hidupku dan diri sendiri.

Saban hari, aku menyalahkan diri. Alasan ku, hanya satu. Aku seorang doktor yang berjaya merawat berpuluhan ribu umat manusia daripada sakit yang mereka alami.

Sebaliknya, aku gagal untuk selamatkan seorang insan yang amat aku cintai. Yakni, isteriku sendiri.

Afrin Baheera.

Aku saksi, dia berjuang untuk meneruskan hidup. Meskipun dia tahu, kansernya sudah merebak di seluruh tubuh.

Aku juga saksi, di setiap kesakitan yang ia alami. Lelahnya dia, untuk terus berjuang agar tetap hidup demi ku.

Tetapi, takdir Allah berkata lain. Tuhan, lebih sayangkan dia. Jadi, Sang Pencipta mengambil semula pinjaman yang ia berikan kepadaku. Walaupun untuk seketika, tetap sahaja aku bersyukur.

Kerana, dikurniakan seorang isteri. Sebaik dia. Sebaik, Afrin Baheera.

Andai ada yang bertanya, seistimewa itukah seorang Afrin Baheera di mataku. Maka dengan senang hati, aku akan menjawab ya. Dia begitu istimewa di mataku.

Sini, aku bentangkan satu persatu tentang dia kepada kalian semua.

1. Afrin Baheera terlalu istimewa, kerana dia sangat sabar dengan aku.

2. Afrin Baheera terlalu istimewa, kerana dia jatuh cinta kepadaku terlebih dahulu, diselangi olehku.

3. Afrin Baheera terlalu istimewa, kerana dia sentiasa mempamer senyum meskipun hatinya hancur berkeping-keping.

4. Afrin Baheera terlalu istimewa, kerana dia sentiasa memikirkan kebahagiaan aku berbanding dirinya sendiri.

5. Afrin Baheera terlalu istimewa, kerana dia seorang yang tabah di dalam setiap ujian yang menimpa dirinya.

6. Afrin Baheera, ialah isteriku yang paling aku cintai. Pergi dia membawa separuh belahan jiwaku. Dia tiada terganti meskipun ramai yang bertamu di hidupku.

7. Afrin Baheera, terlalu istimewa kerana, di saat akhir hidupnya. Dia masih memikirkan aku.

Jelas bukan setiap perkara yang aku bentangkan tentang dia?

BINTANG YANG HILANG | CSWhere stories live. Discover now