*˘*。*♡*.。*♡-Happy Reading-◍✧*◍•◍✧*๑˙)
Haeriel terbangun pada pukul 6:30 pagi. Dia mula bangun dari atas katil dan turun ke bawah. Dia pergi ke dapur.
Ya tahu lah buat apa, kan?
Untuk memasak sarapan lah, tak mungkin mandi.... Haeriel mula memasak sarapan untuk dirinya dan kedua abangnya tentunya.
Sehabis memasak, dia pergi mandi dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Kedua abangnya itu? Mereka sudah bangun pasti, tak mungkin dia harus membangunkan mereka, bukan?
Sambil menunggu kedua abangnya, Haeriel memainkan telefon di meja makan.
Sebenarnya, dia malas untuk pergi ke sekolah kerana... entah, dia sendiri tidak tahu kenapa. Lebih tepatnya, dari semalam lagi dia rasa seperti diintai/diperhatikan oleh seseorang..? Selepas membaca novel itu.
Jadi, dia tidak boleh tidur dengan nyenyak dan tenang. Dan sekarang dia mengantuk!
Entahlah, nasib Haeriel agak peka dengan keadaan sekelilingnya. Dia pasti ada seseorang memerhatikan dirinya semalam.
Tapi siapa?
"El?"
"El!"
"Ell!!"
"El! Woi, jangan melamun begitu!"
"Haeriel Alva Artara!"
Mendengar nama penuhnya disebut membuatkan Haeriel terus berhenti melamun. Terlihat Surya dan Ivan menatapnya dengan risau.
Apa Haeriel terlalu larut dalam fikirannya? Bahkan dia tidak sedar yang mereka berdua memanggilnya sedari tadi.
"Kau ok ke tidak ni?" Surya bertanya kepada Haeriel. Risau dia tengok adik dia ni melamun dari tadi. Sihat ke tidak? Ke ada masalah? Ke dah kena rasuk dengan syaitan atau iblis? Eh, melebih sangat tu.
Haeriel hanya mengangguk perlahan menjawab pertanyaan Surya.
"Serius la? Kalau tak sihat boleh duk rumah tak payah pergi sekolah. Jangan paksa diri sangat." Ivan pula bertanya. Sempat juga dia mengusap kepala Haeriel sedikit.
Haeriel hanya tersenyum nipis lalu mula memakan sarapan mereka. Takut lambat ke sekolah pula nanti.
Melihat Haeriel hanya diam, Surya dan Ivan berhenti bertanya. Tak mungkin mereka paksa dia beritahu apa yang terjadi, kan? Kalau paksa pun, dia takkan beritahu kepada mereka. Sia-sia sahaja jika mereka bertanya.
------------------------------------------------------
Di sekolah.
Haeriel sudah pergi ke kelas sejak sampai di sekolah tadi. Surya pula menemani Ivan untuk ke kelas. Ada rasa yang membuat hati Surya tidak tenang kalau membiarkan Ivan pergi ke kelas sendiri.
Lebih baik dia ikuti Ivan saja. Daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Baru saja merasakan hal yang tidak baik, memang ada perkara yang tidak baik berlaku pun.
Di lorong kelas, terdapat seorang lelaki berjalan di sana. Ya mungkin pergi ke kelas kerana beberapa minit lagi kelas akan bermula.
Lelaki itu... Barron. Barron Bryton Irvan.
Pasti kalian hairan, kan? Apa kena mengena lelaki tu dengan Ivan?
Dia dikenali sebagai pelajar yang agak bermasalah dan nakal. Pembuli? Of course. Mendengar perkataan 'pembuli' itu mungkin sudah boleh menjawab soalan kalian? Dia yang selalu buli Ivan itu.
YOU ARE READING
My World
FanfictionDimulakan dengan membeli sebuah "novel" lalu berakhir dengan termasuk ke dunia novel itu dan katanya dunia itu ialah dunia asal mereka?! Ini memeningkan!!! ---------------------------------------------------------------- Kekuatan? Kuasa? Magis? Spi...