꒰⁠⑅⁠ᵕ⁠˖⁠♡Chapter 1♡˖ᵕ⑅꒱

25 4 0
                                    

(⁠*˘⁠*。⁠*⁠♡*.⁠。⁠*⁠♡-Happy Reading-◍⁠✧*◍⁠•◍⁠✧⁠*๑⁠˙)








Umm... hi..?

Salam perkenalan, aku Surya Gellano Lewis dan aku anak sulung daripada dua adik-beradik aku. Aku berumur 17 tahun. Itu... sahaja untuk perkenalan aku, mungkin?

Hanya perkenalan singkat kerana aku juga tidak tahu harus beritahu apa lagi tentang diriku sendiri.

Sekarang aku tengah melakukan pekerjaan ku, itu saja. Kalian mahu tahu apa lagi?

Atau kalian mahu tahu kedua-dua nama adik aku? Nama adik aku-

"Ting tong!"

Eh?

Aku langsung memberhentikan pekerjaan ku sebentar apabila mendengar bunyi loceng rumah berbunyi.

Aku langsung membuka pintu dan melihat siapa yang datang ke rumah aku di waktu petang begini. Ada penghantaran barang ternyata. Siapa lagi yang membeli barangan secara talian kali ini? Aku melihat ke arah paket kecil itu sebentar, di paket kecil itu terdapat nama pembelinya. Oh, adik kedua ku membeli barangan secara talian lagi. Mungkin novel lagi?

Selepas mengambil paket kecil itu aku menutup pintu dan duduk di sofa ruang tamu semula. Paket kecil itu diletakkan di atas meja di hadapan sofa.

Aku lalu menyambung pekerjaan ku semula. Paket kecil itu aku berikan kepada adik ku nanti saja, selepas dia pulang dari sekolah.

Tapi... sepatutnya dia sudah pulang ke rumah bersama adik pertama ku.

Aku melirik jam dinding lalu pandangan ku diarahkan ke telefon ku. Tiada mesej daripada adik pertama ku termasuk juga dengan adik kedua ku.

Ke mana mereka berdua itu pergi? Ini sudah petang dan sebentar lagi mungkin akan masuk waktu malam.

"Ting tong!"

Siapa lagi?

Aku pergi membuka pintu dan....

--------------------------

"Ivan!" Surya menjerit terkejut melihat keadaan adik pertamanya. Surya langsung menolong Ivan untuk masuk ke dalam rumah juga duduk di atas sofa. Lalu Haeriel, adik kedua Surya, juga ikut masuk ke dalam rumah sambil membantu abangnya itu.

Ivan dibuli lagi, pasti.

Adik pertamanya, Ivan sudah dalam keadaan luka dan lebam di beberapa bahagian tubuhnya. Keadaannya terlihat sangat teruk....

Surya melihat-lihat keadaan tubuh Ivan. Haeriel, adik keduanya, pula langsung pergi mengambil peti kecemasan selepas membantu abangnya agar bisa duduk.

Lalu Haeriel lekas merawat luka-luka di tubuh Ivan. Sesekali akan terdengar suara mengerang kesakitan yang perlahan keluar daripada mulut Ivan. Tapi Haeriel tidak ambil tahu tentang itu, malah dia menekan lebih kuat kapas yang telah basah dengan ubat itu pada luka kecil di tubuh Ivan. Terlihat bahawa adik bongsunya ini geram dengan abangnya. Tapi kenapa ya?

Surya pula hanya diam memandang interaksi kedua adiknya itu. Sedang mencuba memahami apa yang terjadi.

"Lain kali ikut bergaduh lagi dengan dia, ya wahai abangku?" Intonasinya kedengaran sedikit kasar dan seperti menyindir Ivan.

Ivan pula hanya tersengih sambil menunjukkan raut wajah tidak bersalah. Apa yang terjadi sebenarnya?

Surya semakin hairan selepas mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Haeriel.

My World Where stories live. Discover now