(*˘*。*♡*.。*♡-Happy Reading-◍✧*◍•◍✧*๑˙)
"Alex?!" Surya sedikit menjerit kerana terkejut.
Alex hanya tersengih tidak bersalah dan melambaikan tangannya ke arah Surya juga Ivan. "Hii, lama tak jumpa! Rindu kau orang" Alex berkata.
"Too. Bila balik? Kenapa tak bagitau?" Surya dan Ivan bertanya tanpa menunggu jawapan daripada Alex.
Alex yang mendapat soalan bertubi-tubi hanya mampu berputus asa dan bersabar untuk melayani karenah kawannya.
"Baru balik semalam dan sengaja tak bagitau. Bagitau pun bukan kesah pun, kan?" Alex menjawab soalan tadi juga soalan yang lain.
Sempat tangan Alex dan Surya dilagakan sebagai tanda salam. Biasalah, dengan kawan sendiri. Kalau dengan orang lain tidak akan mereka buat begitu.
"Alah, kau tahu lah aku ni sibuk bukan macam dia ni." Surya menjawab sambil matanya terarah kepada Ivan yang sambung memakan makanannya semula.
"Hehe." Ivan tersengih tidak bersalah sama sekali.
"Haha, hehe." Alex mengejek jengkel dengan sengihan tidak bersalah daripada Ivan itu.
"By the way, mana El?" Alex bertanya pula kepada Surya dan Ivan.
Pandangan hairan diberikan oleh Alex. Iya lah, selalunya ketiga-tiga adik-beradik ini tidak boleh berpisah walau sekalipun, sejam, seminit atau sesaat.
Surya dan Ivan hanya saling pandang kemudian memandang Alex kembali. Mereka tergelak kecil ketika saling pandang membuatkan Alex semakin hairan.
"Tahu-tahu lah dia tu macam mana, okay?" Ivan menjawab.
"Entah, orang suruh makan dia tak nak." Surya pula berkata. Selepas itu dia hanya sambung memakan makanannya.
Alex hanya mengangguk faham. Patut mereka bertiga tidak bersama, Haeriel skip makan pagi lagi. Dia memang sudah terbiasa dengan sikap Haeriel yang memang akan sengaja skip makan pagi hanya untuk pergi belajar di perpustakaan. Biarlah dekat dia, nanti sakit perut dia punya masalah, bukan kita orang.
Cis, padahal nanti kalau Si Haeriel itu sakit perut lah, sakit ini lah, sakit itu lah, mereka juga yang risau. Sampai menangis bagai. Eh! Ups, terlepas cakap pula.
"Eh, ada berita ni dari aku sendiri lah." Alex berkata secara tiba-tiba.
Surya dan Ivan mula tertumpu hanya kepada Alex, selalunya kalau Alex yang bawa berita baru mesti menarik! Entah apa berita yang Si Alex akan beritahu kali ini.
"Mak aku mengandung lagi we." Alex berkata dengan tenang sambil melihat reaksi yang akan diberi oleh Surya dan Ivan.
Air milik Surya yang berada di atas meja makan diambil dan diminum oleh Alex. Amboi, relax betul yer, bang? Minuman orang tu!
Surya dan Ivan hanya mengangguk perlahan. Lalu selepas beberapa minit mereka tersedar dan akhirnya terkejut.
Ivan sudah tersedak makanan ketika terkejut sewaktu itu. Manakala Surya sudah meletakkan makanannya di tepi dan dibiarkan. Memang perhatiannya hanya tertumpu kepada Alex sekarang.
"Hah?!!" Mereka menjerit bersamaan.
"Are you serious?!" Surya bertanya. Makanannya yang masih panas di atas meja sekarang hanya dibiarkan seperti seekor nyamuk yang sedang terbang berkeliaran di udara.
Kesian makanan itu, baik bagi dekat orang lain.
"Serius lah?! Bukan ayah kau dah mati ke? Macam mana mak kau boleh mengandung? Dia dengan..." Ayat Ivan terus terpotong kerana pipinya ditampar oleh Alex.
YOU ARE READING
My World
FanficDimulakan dengan membeli sebuah "novel" lalu berakhir dengan termasuk ke dunia novel itu dan katanya dunia itu ialah dunia asal mereka?! Ini memeningkan!!! ---------------------------------------------------------------- Kekuatan? Kuasa? Magis? Spi...