(*˘*。*♡*.。*♡-Happy Reading-◍✧*◍•◍✧*๑˙)
Deruan ombak di pantai kedengaran sangat kuat diikuti suara kicauan burung-burung yang sedang berterbangan di awan biru.
Langit berwarna oren dan kemerah-merahan ketika waktu petang ini juga menambahkan suasana yang tenang.
Suara kanak-kanak yang bermain diikuti tawa yang indah tidak merosakkan suasana yang tenang sama sekali. Mereka kelihatannya sangat seronok bermain dengan bebas di pantai.
Mereka bermain, membuat istana pasir, berlari ke sana ke sini. Dunia untuk kanak-kanak seperti mereka terasa sangat seronok dan indah.
Tiada perkara yang membuat mereka rasa terancam. Ditambah lagi dengan kehadiran orang dewasa yang selalu menjadi pelindung kepada mereka.
Bau makanan seperti barbeku sedikit tercium di hidungnya. Mungkin ada beberapa pengunjung yang baru sahaja selesai membuat barbeku.
Sesiapa yang datang ke sini pasti merasa untuk tidak mahu pulang ke rumah.
Sungguh tenang dan damai.
Kasut sekolah miliknya dibuka dan diletakkan di pinggir pantai yang agak jauh dari air supaya kasutnya tidak basah.
Seluarnya dilipat sehingga selaras betis.
Lalu dia mendekati air laut yang terasa sejuk tetapi juga segar. Dia membiarkan kakinya dibasahi dengan air laut.
Oh, dia tidak mahu pulang ke rumah sekarang....
Melihat ke beberapa arah, terlihat ramai pengunjung yang sudah mula beranjak untuk pergi dan pulang ke rumah.
Haha, sepertinya beberapa daripada kanak-kanak tersebut masih tidak puas bermain dengan air laut. Ada yang merajuk dan ada juga yang sedikit mengamuk dan merengek kerana tidak mahu pulang.
Tetapi masih ada yang hanya mengikuti kata-kata ibu ayah mereka.
Atau bahkan, ada yang sudah tertidur dengan nyenyak di dalam pelukan ibu mereka. Mungkin penat bermain.
Lucunya~. Anak kecil yang manis dan comel.
Sejujurnya, dia juga mungkin akan merengek kerana tidak mahu pulang ke rumah. Suasana seperti sekarang agak sayang untuk ditinggalkan.
Setelah beberapa minit, sebelum langit benar-benar gelap semua pengunjung sudah pulang.
Hanya tinggal dia seorang sahaja....
Ternyata suasana malam juga tidak kalah tenang ya.
Dia suka ini, suka sangat.
Tapi sayang, rasa nyaman ini dia tidak tahu untuk harus dibahagikan kepada siapa.
Adiknya?
Entahlah, dia mahu tetapi sepertinya dia akan mengganggu sang adik.
Ibu ayahnya?
Mereka? Heh~ Sungguh, dia tidak rasa ibu ayahnya menjadi watak sebenar ibu ayahnya.
Dia tidak suka mereka.
Mereka tidak cekap menjadi ibu bapa.
Mereka ibu bapa yang buruk.
Ya... itu dulu, sekarang? Mereka sudah tiada. Sudah pergi ke alam lain. Akibat terlibat dalam kes kemalangan.
Entah, dia rasa... bahagia juga sedih.
Dia perlu rasa yang mana? Dia sendiri tidak tahu.
Tapi, biarkan saja. Rasanya perkara ini sudah lepas, ia berlaku sejak 8 atau 9 tahun yang lalu, mungkin?
YOU ARE READING
My World
FanfictionDimulakan dengan membeli sebuah "novel" lalu berakhir dengan termasuk ke dunia novel itu dan katanya dunia itu ialah dunia asal mereka?! Ini memeningkan!!! ---------------------------------------------------------------- Kekuatan? Kuasa? Magis? Spi...