🧡🧡🧡
5 hari berlalu sejak kejadian di restoran itu terjadi, sejak hari itu belum ada sehari pun Khaotung kembali ke mansion, alasan kerana malas bertemu dengan atok dan nenek yang katanya akan berada di London sehinggalah majlis View diadakan.
Khaotung sedang bersantai di taman fakulti sementara menunggu jam kelas yang seterusnya, matanya meliar memandang tasik yang berada di depan sana memerhati angsa-angsa putih yang bermain di tengah tasik sesama mereka.
"Ssttt sejukkkk~" Lirihnya perlahan apabila terasa ada sebuah botol air di tekap ke wajahnya yang sedang termenung, lalu dia mendongak untuk melihat siapa yang melakukan hal tersebut.
"Jauh betul termenung." Si lelaki dengan wajah manis itu mengambil tempat di sebelah Khaotung tidak lupa botol air yang tadi dia pegang dia hulur ke pada lelaki yang tua 4 tahun darinya itu.
Huluran itu disambut oleh Khaotung, tidak lupa mengucapkan terima kasih pada lelaki tersebut. "Buat apa dekat sini? Takda kelas?" Fourth menoleh ke arah Khaotung yang tidak mengalihkan pandangannya langsung dari terus memandangi tasik di depannya.
"Fourth tengok abang Khao tengah termenung dekat sini tu datang sini. Baru habis kelas nak balik tapi malas dekat rumah bukan ada sesiapa pun, abang ada kelas lagi?" Khaotung menoleh ke arah adik bongsu Kanaphan lalu tersenyum.
"Ada 2 jam lagi, Fourth dah makan?" Fourth menelan dahulu air yang baru dia minum sebelum menjawab pertanyaan Khaotung. "Belum, kenapa abang nak belanja Fourth makan ke?" Senyum nakal terpamer diwajah si Nattawat itu.
Khaotung yang ditanya begitu tergelak perlahan lalu kepala Fourth diusap geram. "Boleh, abang pun lapar tak sempat nak sarapan pagi tadi." Khaotung bangun dari duduknya lalu diikuti oleh Fourth.
"Jaranglah abang tak sarapan." Khaotung tersenyum. "Abang tak balik rumah, dah 5 hari ni dekat apartment." Fourth memandang Khaotung.
"Kalau Fourth jadi abangkan, Fourth dah lama tinggalkan tempat ni. Kenapa kita kena stay dekat tempat yang buat hati kita sakit, buang masa. Lebih baik pergi ke tempat lain dan tata balik hidup kita yang baru."
Khaotung tergelak mendengar saran tak langsung dari Fourth tersebut. "Mana je yang abang boleh pergi?" Fourth angkat bahu. "Duduk dengan mommy abang? LA is better tho." Gelengan perlahan Khaotung berikan.
--
Sebuah bola basket laju melayang ke arah First yang sedang duduk sambil bermain telefon bimbit. "Wow. nice catch." First memberi pandangan tajam kepada lelaki tinggi dengan pakaian basket yang sedang jalan menuju ke arahnya tersebut.
"Kau gila ke? Kot hilang kepala aku tadi?" Lelaki dengan jersi nombor 9 tersebut tergelak, bola yang kembali First lempar ke arahnya dia peluk erat. "Hilang kepala maksudnya mati, dah kalau mati apalagi tanam la, apa yang susah sangat." First jeling sang kawan tajam.
"Kau tu tak ada kelas ke? Aku tengok dari aku masuk latihan pagi tadi sampailah sekarang ada dekat sini." First memandang kawan baiknya itu sekilas lalu angkat bahu malas.
"Tak ada kelas pun, sahaja datang daripada duduk rumah. Semak kepala otak aku." Boom, lelaki tersebut memandang First dengan kening terangkat.
"Kalau macamtu pergilah settle kan kau punya urusan pertunangan tu." Boom kembali bersuara tidak lupa tersenyum sinis pada First yang kini sudah memandang ke arahnya dengan pandangan jengah milik lelaki Kanaphan tu.
"Sahajalah aku nak cakap yang majlis kau tu tak kurang lagi 10 hari, pejam celik pejam celik tahu dah sampai waktunya." Sambung Boom lagi. Kini First betul-betul menumpukan perhatiannya kepada Boom.
KAMU SEDANG MEMBACA
SOMETHING || FIRSTKHAOTUNG
Fanfiction"People say we shouldn't be together." - Thanawat "Well, I found a man, stronger than anyone I know." - Kanaphan ⚠️ ⚠️ ⚠️ BxB Harsh words rated 18+ Mpreg START : 12 OCTOBER 2024 END : Copyright ©️ XIXIKAN