🧡 🧡 🧡
BASECAMP ORION
Khaotung yang baru sahaja sampai di basecamp milik Orion, campak beg sandangnya kasar di atas sofa, tidak mengendahkan ada Neo yang sedang berbaring di sana sambil bermain telefon bimbitnya. Neo yang hampir sahaja dihentam dengan beg milik Khaotung, mendengus geram melihat kelakuan kawan baiknya itu.
"Kau ni kenapa? Datang-datang nak marah ni?" Aou yang baru masuk ke dalam basecamp, Neo pandang dengan kening terangkat seakan bertanya pada adik kepada Khaotung itu, kenapa dengan abangnya ini.
Aou garu tengkuk yang tidak gatal, lalu tergelak canggung, dia nak terangkan pun serba salah jadinya sebabkan hal ini agak sensitif jugalah, fikir Aou. Alih-alih daripada menjawab, Aou lebih dulu angkat bahu, kononnya tidak tahu.
"Babi." Umpat Khaotung tiba-tiba, telefon bimbit yang berada di tangannya, hampir sahaja dia mahu lempar jika tidak dengan cepat Aou menghalang.
Sebenarnya, tidak ada apa-apa pun jika telefon tersebut berkecai, mereka ini anak-anak orang berada setakat beli telefon baru bukan hal yang sukar, tapi sangat amat menyayang kan jika Khaotung benar-benar baling telefon keluaran terbaru itu, kerana telefon tersebut baru sahaja Frank belikan minggu lepas. Kerana telefon yang sebelum ini sudah bersepai tidak terbentuk.
"Kau cakap aku babi?" Neo yang masih tidak tahu apa-apa kembali bersuara, dimana dia mendapat jelingan maut dari pemuda Thanawat itu.
"Ya, kau babi betul." Neo memandang Khaotung sengit, apa salahnya tiba-tiba dihina sebegini? Seingat dia, ini kali pertama dia jumpa Khaotung setelah sebulan lebih dia ada tournament di luar UK.
Neo angkat bahu, malas melayan angin tidak baik milik Khaotung, Khaotung pun terlihat tidak berminat mahu meneruskan perdebatan mereka. Aou yang melihat hal tersebut angkat bahu, lalu merebahkan dirinya di sofa panjang yang berada di ruang tamu basecamp tersebut. Jam baru memasuki pukul 7.30 malam, maka tidak heranlah baru hanya ada mereka bertiga, selalunya kawan-kawan mereka yang lain akan datang lebih malam.
"Wei, kau sekarang dengan ex terpaling indah kau tu macamana?" Aou yang tengah leka bermain telefon angkat kepala memandang ke arah Neo yang tiba-tiba bersuara setelah hampir belasan minit mereka bertiga leka dengan kegiatan sendiri.
Khaotung yang tahu soalan tersebut dituju untuknya, mendengus malas lalu memandang Neo tajam. "Ex apa gila?" Neo pandang Khaotung dengan kening terangkat.
Aou yang tadi sedang baring, bangun lalu duduk bersila diatas sofa memerhati abangnya dan kawan baik dia, yang akan mula berdebat tidak lama lagi. "Aik aku baru pergi luar negara sebulan kau dah hilang ingatan?" Khaotung menjeling Neo malas, lalu bantal kecil yang berada di atas perutnya Khaotung baling sekuat tenaga ke arah Neo, Neo yang tidak sempat mengelak akhirnya dihentam kuat oleh bantal tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
SOMETHING || FIRSTKHAOTUNG
Fiksi Penggemar"People say we shouldn't be together." - Thanawat "Well, I found a man, stronger than anyone I know." - Kanaphan ⚠️ ⚠️ ⚠️ BxB Harsh words rated 18+ Mpreg START : 12 OCTOBER 2024 END : Copyright ©️ XIXIKAN