🧡 🧡 🧡
Khaotung sedang menyiapkan assignment ketika pintu biliknya diketuk oleh seseorang, lalu muncul la satu-satunya anak perempuan yang berada dalam rumah agam ini. Khaotung sekadar menoleh sekilas ke arah View lalu kembali menghadap laptop yang terbuka di depannya itu.
"Khaoooo~~" Mendengar rengekan si gadis, Khaotung menarik nafas dalam dapat dia pastikan mesti ada yang View mahu dia lakukan untuk si gadis ini. "Dah nak masuk 2 minggu dah ni." Khaotung berkerut kening mendengar tutur kata View tersebut.
"Apa yang nak masuk 2 minggunya?" Tanya Khaotung masih tidak merubah arah pandangnya. View yang sedang duduk di sofa tidak jauh dari katil Khaotung memandang lelaki tersebut malas.
"Firstlah, dah nak masuk 2 minggu tak ada call View, mesej pun tak ada. Khao pujuklah dia." Mendengar hal tersebut Khaotung mengeluh perlahan.
Hairan, sudah putus dengan lelaki itu pun Khaotung tetap terlibat dengan si Kanaphan itu, fikirnya sudah putus maka tiada lagi hal-hal yang akan kena-mengena dengan anak sulung keluarga Puitrakul itu, namun Khaotung salah, dia tetap masih berurusan dengannya.
"Nak pujuk apa? Macamana? Khao bukannya rapat lagi pun dengan dia." Elak Khaotung. Walhal, kita semua tahu hubungan dia dan si lelaki Kanaphan itu sebenarnya tidaklah seteruk itu, bahkan 2 minggu lepas mereka baru sahaja menghabiskan malam panas bersama.
View mengeluh. "Chatlah dia, tak akanlah mesej pun kekok juga?" Khaotung memutar kerusinya menghadap si gadis, lalu ikut mengeluh.
"Motif kena simpan lagi nombor dia?" View memandang Khaotung tidak percaya, jangan cakap Khaotung turut sama membuang contact First dari list telefonnya.
"Serious?" Khaotung angkat bahu. "Rasanya macam tak ada alasan yang kukuh nak simpan lagi nombor dia." View geleng kepala tidak percaya dengan apa yang baru sahaja kembar beza 5 bulannya ini katakan.
"Ok, abaikan tapi Khao kena juga tolong View, please handsome?" View memandang Khaotung dengan wajah habis sedihnya.
Khaotung mengeluh perlahan, malas mahu melayan rengekan View akhirnya dia mengangguk pasrah, View yang melihat hal tersebut menjerit kegirangan dan hampir sahaja memeluk Khaotung jika lelaki itu tidak dengan cepat menahan tubuh si gadis.
--
KAMU SEDANG MEMBACA
SOMETHING || FIRSTKHAOTUNG
Fanfiction"People say we shouldn't be together." - Thanawat "Well, I found a man, stronger than anyone I know." - Kanaphan ⚠️ ⚠️ ⚠️ BxB Harsh words rated 18+ Mpreg START : 12 OCTOBER 2024 END : Copyright ©️ XIXIKAN