8 - END OF THE DAY

35 10 6
                                    

🧡🧡🧡

Earth yang baru balik dari jaga malam mengantur langkah kearah dapur, dia terasa haus mahu minum terlebih dahulu dan barulah akan menyelesaikan urusan yang lain, mungkin tidur untuk seketika lebih memandai.

Sebelum dia masuk ke dry kitchen tersebut, dia terlebih dahulu melihat kelibat Khaotung yang sedang duduk di kitchen island di depannya ada satu cawan air dan satu kotak yang Earth agak merupakan ubat, Earth terus memerhati apa yang sedang Khaotung lakukan, usai si lelaki Thanawat itu menelan 2 butir ubat barulah Earth bersuara.

"Bila balik sini?" Khaotung yang sedang memegang gelas itu hampir sahaja terjatuh kerana suara berat abangnya yang menegur. Khaotung menoleh laju ke arah Earth yang sedang menghampirinya, kotak ubat yang tergeletak di atas kitchen counter tersebut Khaotung ambil lalu kembali dia masukkan ke dalam pocket hoddie yang sedang dia pakai.

Pergerakan yang Khaotung lakukan itu tidak lepas dari mata Earth yang memerhati. "Se-semalam, eehh malam tadi. Khao balik semua dah tidur." Earth angguk kepala walaupun dia sedikit curiga kerana gerak geri Khaotung yang agak mencurigakan.

"Tak sihat ke?" Khaotung yang kembali minum airnya memandang Earth. "Hah?"

"Tadi along nampak Khao makan ubat, ubat apa tu? Tak sihat ke?" Khaotung mengigit pipi bahagian dalamnya perlahan lalu tergelak kekok. "Hah ubat, haah. Sa-sakit kepala sikit." Jawabnya gugup.

"Along tak kerja?" Tidak mahu abangnya bertanya lebih banyak lagi, Khaotung kembali bertanya cuba untuk mengubah topik perbualan. Earth angguk kepala sahaja, juga malas mahu bertanya lebih lagi.

"Baru balik, along jaga malam. Khao ada kelas hari ni?" Wajah sang adik yang agak pucat itu Earth perhatikan. "Tak, hari ni free, kenapa?" Earth angguk-angguk kepala. "After lunch nanti, jom teman abang dengan Perth, nak?"

"Pergi mana?" Earth meneguk terlebih dahulu air yang sudah dia ambil lalu barulah menjawab pertanyaan sang adik. "Pergi tengok baju kita untuk majlis View nanti, nak?" Khaotung angguk kepala. "Boleh." Jawabnya lalu memberi senyuman tipis pada abangnya itu.

Melihat hal tersebut Earth angguk kepala, lalu meminta diri daripada sang adik untuk naik ke bilik, mahu berehat terlebih dahulu, Khaotung sekadar menganggukkan kepala mengizinkan sang abang untuk pergi.

--

"Ubat? Ubat apa?" Tanya suara seorang perempuan diseberang sana.

Earth yang tengah memakai baju terdiam seketika. "Aku tak sempat nak tengok kotak tu, Khao dah simpan tapi aku perasan dalam satu kerongsong tu ada dua pil je." Jawab Earth lalu kembali berjalan ke arah meja kerjanya di mana telefon bimbitnya berada, lalu dia duduk di sana.

"Warna kotak tu apa?" Mendengar pertanyaan tersebut membuatkan Earth mengeluh perlahan, oh please dia tengah mengantuk dan si doctor sakit puan ini bertanya tentang warna kotak ubat yang semua pun tahu selain putih warna apa lagi selalunya wujud untuk kotak ubat?

"Kau pernah tengok kotak ubat warna pink ke?" Earth bertanya malas. Terdengar tawa renyah dari si wanita muda itu. "Dah tu kau pun tak bagitahu secara rinci, aku manalah tahu ubat apa yang Khao makan tu. Kalau dah dia cakap dia makan ubat sakit kepala, hah ubat sakit kepala la tu."

Earth kembali mengeluh lalu dia bersandar pada kerusinya. "Asal kau rasa tu bukan Panadol or something like that ke? If yes, then what ubat do you expect?" Si wanita kembali bertanya.

Earth duduk tegak. "Nam, kau bagi aku gambar semua jenis ubat pencegah kehamilan, kau mesti ada pdf gambar ubatkan?" Namtan yang tengah menulis laporan di seberang sana terhenti apabila mendengar tutur kata rakan sejawatnya itu.

SOMETHING || FIRSTKHAOTUNGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang