11 - THIS IS LOVE

42 8 4
                                    

🧡🧡🧡

Jane dan Ciize memandang antara satu sama lain lalu kalih memandang lelaki di depannya, entah itu cawan ke berapa yang sudah First teguk mereka tidak pula menghitung tapi yang mereka tahu ini botol whiskey yang kedua First minum.

Usai sahaja majlis bertukar cincin antara First dan View selesai tadi, First terus menarik ke dua rakannya ini pergi ke bar yang terletak di tingkat paling atas hotel tersebut. Meninggalkan majlis yang masih berlangsung, meninggalkan pasangannya dan ahli keluarga yang lain.

Katanya dia memerlukan pelampiasan, maka di sinilah mereka sejak 3 jam yang lalu dan sekarang jam sudah tepat menunjukkan pukul 1.30 pagi. Mereka masih di sini melihat First yang sedang melayan perasaan.

"Weiiii, dah gila kau dah mabuk ni." Jane menarik botol ketiga yang akan First buka. First angkat kepala memandang Jane yang duduk di depannya. "Aku tak mabuklah gila." Balas First malas, nyatanya memang begitu dia masih sedar walaupun tidaklah 100%.

Ciize meraih cawannya lalu meneguk perlahan whiskey miliknya. "Jadi?" First yang sedang minum air mineral sejuk menoleh ke arah Ciize. "Apa yang jadi?" tanya lelaki Kanaphan tersebut.

Nafas Ciize tarik sedalam mungkin. "Kau betul-betul nak masuk bilik Khao ke?" Jane yang faham apa yang cuba Ciize katakan, tolong menanyakan. First angguk kepala lalu dia mengeluarkan sesuatu dari pocket blazernya lalu ditunjukkan kepada dua gadis tersebut.

"Shit, tu master key ke?" First kembali menganggukkan kepalanya. Dia sudah fikirkan hal ini sejak 2 hari lepas, dimana dia mahu bertemu dengan Khaotung usai sahaja majlisnya selesai walaupun itu mengharuskan dia masuk ke bilik hotel Khaotung.

Dan First sebagai anak kepada pemilik hotel tersebut sudah pasti dapat memegang master key hotel ini tanpa sebarang halangan. Itu dia bukan mahu buat apa-apa dia hanya mahu meluangkan masanya dengan belahan jiwanya tanpa ada yang tahu itu sahaja.

"Jadi aku perlukan korang untuk tolong aku." Ciize dan Jane memandang First dengan kening terangkat. "Aku dah tempah bilik lain, aku akan duduk bilik tu dengan Khao sampai isnin petang." First kembali meneguk air mineralnya.

"Jadi tugas korang sekarang, tolong minta izin dekat parents Khao kononnya korang nak bawa Khao pergi jalan-jalan sampai isnin nanti, boleh?" First memandang kedua kawan perempuannya itu dengan penuh harap.

Dia sudah tidak mampu lagi fikir akan hal lain, hanya itu sahaja yang terlintas dekat akalnya untuk meluangkan masa dengan Khaotung walaupun sekejap. Jane dan Ciize sama-sama mengeluh lalu mahu tidak mahu mereka serentak anggukkan kepala.

First yang melihat hal tersebut, tersenyum lega. "Habis kau pula macamana?" Ciize menanyakan keadaan First pula. "Aku memang dah selalu lepak dekat sini jadi mommy dengan daddy tak kisah sangat." Dengar apa yang First katakan mereka angguk faham.

--

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, ketika First berdiri di depan bilik Khaotung. Sekarang dia sedang berfikir bagaimana mahu mengajak Khaotung untuk pindah bilik ke bilik yang sudah First siapakan untuk mereka berdua.

Mari lupakan yang kini First adalah tunang kepada View, Khaotung tetaplah hal paling penting untuk First dan First sekarang cuba untuk meluangkan masanya dengan Khaotung walaupun hanya seketika.

Lagipun, sejak dekat circuit haritu First dan Khaotung tidak lagi berjumpa sehinggalah ketika majlis tadi sedang berlangsung. Itupun, First nampak Khaotung hanya sekilas, ketika pemuda tersebut keluar dari ball room di mana majlis sedang dijalankan.

Tiiitttt~~

Pintu bilik Khaotung terbuka, First melangkah masuk dengan langkah perlahan. Terlihat bilik tersebut yang gelap, hanya ada cahaya remang-remang sahaja dari lampu dinding yang Khaotung buka agar keadaan bilik tidak terus gelap gelita.

SOMETHING || FIRSTKHAOTUNGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang