“Saya dengan bekas isteri saya bercerai sebab dia lebih memilih kerjaya dia daripada saya.Dia juga tinggalkan saya disebabkan seorang lelaki yang lebih kaya dari saya." Carl mula bercerita penyebab dia bercerai dengan Sofea,bekas isterinya.
“Sorrylah sebab saya tanya benda peribadi macam ni." Dia pula mula rasa serba salah.
“It's okey Cai.Saya pun dah mula selesa dengan awak.Jadi tak ada masalah pun kalau saya cerita." Entah kenapa dia boleh cerita hal peribadi dia dekat seorang babysitter.
“Tuan okey tak ni?" Risau pulak kalau Tuan dia tu sedih bila teringat kisah lama.
“Saya okey je,benda tu kan dah lama." Dia dah ikhlas dengan semua benda yang terjadi.
“Saya belanja Tuan aiskrim nak?" Mungkin boleh melegakan hati Tuan singa ni.
“Nak belanja saya? Banyak sangat ke duit awak?"
“Tak sebanyak duit Tuan tapi bolehlah kalau setakat nak beli aiskrim."
“Saya nak aiskrim paling mahal." Dia sengaja ingin melihat reaksi Cai.
“Amboi Tuan Carl,nak yang mahal mahal pulak."
“Gurau jelah,awak yang terlalu serious.Aiskrim apapun saya makan je.Tak kisahlah mahal ke murah." Dia tak memilih macam orang kaya yang lain.
“Baguslah kalau macam tu.Tak baik tau memilih." Nasihatnya pada Carl.
“Pergilah beli aiskrim tu."
“Yelah sabar tau."
Cai datang dengan tiga aiskrim di tangan.Dia memilih perisa coklat, vanilla dan strawberi.
“Firash nak aiskrim yang mana?" Tanya Cai sambil menunjukkan aiskrim di tangannya.
“Firash nak aiskrim perisa coklat.Dah lama tak makan." Katanya sambil mengambil aiskrim yang dihulur Cai.
“Tuan nak aiskrim apa? Tinggal vanilla dengan strawberi je ni."
“Saya nak vanilla."
“Nah aiskrim Tuan." Aiskrim strawberi pula untuk dirinya.
Mereka sibuk merasai aiskrim masing-masing.Dah macam satu keluargalah pulak diorang bertiga ni.
“Sedap tak aiskrim awak?" Soal Cai.Manalah tahu tidak sesuai selera Carl.
“Sedap! Pandai awak pilihkan."
“Mestilah pandai.Sayakan hebat." Dia memuji diri sendiri.
“Lepas ni,kita pergi supermarket terus.Barang dapur dah habis dekat rumah Mama."
“Boleh jugak tu." Angguknya setuju.
“Kalau saya tak ada nanti,jaga Firash elok elok tau."
“Kenapa Tuan cakap macam tu.Janganlah buat saya sedih." Tak pasal pasal air mata mengalir.
“Sayakan dah nak masuk kerja.Saya jarang ada dekat rumah.Awak jagalah Firash macam anak awak sendiri."
“Pasal tu,Tuan Carl jangan risau.Saya dah anggap budak comel ni macam anak saya."
“Senanglah sikit hati saya kalau macam tu."
“Saya akan jadi babysitter yang baik untuk anak Tuan.Segala keperluan Firash nanti,biar saya yang urus."
“Tak susahkan awak ke?"
“Mana ada susahkan saya.Itukan dah jadi tanggungjawab saya sebagai seorang babysitter." Dia kena jadi pekerja yang boleh dipercayai.
“Nanti saya naikkan gaji awak."
“Eh tak payahlah Tuan.Saya ikhlas je buat semua ni."
“Saya pun ikhlas jugak nak tambah gaji awak.Tak elok tau tolak rezeki."
“Kalau dah macam tu kata Tuan,saya terima jelah." Dalam hati dah nak melompat dapat gaji banyak.
“Padahal memang suka saya tambah gajikan? Ingat saya tak tahu ke?"
“Mestilah saya suka.Siapa je tak suka kalau Tuan dia nak tambah gaji." Jujur Cai.
“Mengaku pun awak." Ingatkan tak suka kalau dia tambah gaji.

ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)
Storie d'amoreTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...