Kayuhan basikal dikayuh oleh aku dengan laju. Masakan tidak apabila hatiku kegirangan. Rasa tidak sabar yang menggunung sudah tidak dapat ditahan. Aku menjeling sekilas slip peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia milikku.
Pada awalnya , aku ke sekolah dalam keadaan debaran yang tinggi. Namun, apabila melihat keputusan yang dimiliki olehku terus hendak dicanang seluruh kampung pula. Bangga sangat ni! Maklumlah aku bukanlah secerdik Maisarah yang dikenali dengan tahap IQ macam professor. Aku pun tak pasti apa yang ditelan si Maisarah tu. Buku agaknya.
Dari jauh kelihatan sebuah gerai yang terpencil yang tertulis perkataan 'Gerai Mak Sha' yang sebenarnya agak besarlah dari pandangan mata kasar aku ni. Sampai sekarang aku masih tertanya tentang perbezaan nama gerai dengan owner. Setahu aku nama pemilik gerai ialah Khatijah bukan Shasya atau Tasha bahkan Syantek bukan sama sekali. Misteri yang sampai anak cucu cicit dia pun tak boleh nak selesaikan.
Kayuhan basikal aku semakin perlahan mendekati gerai itu. Tongkat basikal diturunkan lalu aku melihat sekeliling ruang gerai yang kelihatan sunyi itu. Melihat ke arah kaunter tiada pula tuan empunya badan.
"Aik? Tutup kedai ke?" soal diriku bersendirian.
Aku mengambil langkah satu persatu menerokai ruangan gerai itu. Aku ni dah lah tak sabar nak makan aiskrim solero. Boleh pula hilang Cik Tijah ni.
Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ada barangan yang jatuh dari arah tepi aku. Setahu aku tepi ni pintu keluar. Cik Tijah dekat situ rasanya.
"Cik Tijah? Buat apa tu?" soal aku sambil menolak pintu tersebut dengan perlahan.
Tiada sesiapa.
Aku menoleh ke kiri dan kekanan. Tiada sesiapa pun. Bahkan tiada barang yang jatuh pun di situ. Aku salah dengar ke? Melihat gerai yang kosong itu membantutkan niat aku yang ingin membeli aiskrim kegemaran. Dengan hati yang kesal aku melangkah keluar gerai itu. Sedihnya tak dapat beli aiskrim!
Basikal yang setia menanti di luar gerai segera dinaiki oleh aku. Belum sempat paddle basikal aku dipijak, kedengaran seseorang memanggil aku tetapi sungguh perlahan.
"Hayna..." Aku menoleh ke belakang.
Malangnya tiada sesiapa pun di situ. Hantu nak main nyorok-nyorok dengan aku ke? Agak-agaklah masih siang ni. Tak terbakar ke?
Tanpa menghiraukan suara yang memanggil aku, aku pun mengayuh basikal dengan kadar yang sederhana. Jarak ke rumah aku berbaki satu kilometer. Bagi aku tidak jauh jaraknya dengan gerai Mak Tijah kesayangan aku tu. Aku sayang dia sebab dia suka belanja aku aiskrim solero. Kau ada?
Terlupa sekejap niat aku yang tidak sabar untuk menayangkan keputusan yang cemerlang dalam SPM kepada mama. Tak sabar nak buat mama bangga. Mama dah janji nak bagi hadiah kalau aku berjaya dapat 10 A. Nampaknya janji perlu ditunaikan. Aku ketawa sendiri kerana geli hati memikirkan mama yang akan terperanjat melihat keputusan 10A aku.
Sedang elok aku menyanyi kecil, aku dikejutkan pula dengan deretan kereta mahal yang terparkir elok di depan rumah usang milik aku dan mama. Terhenti terus nyanyian lagu 'at my worst' yang didendangkan oleh aku walaupun tidak sesedap suara Dato' Siti Nurhaliza. Sedap sekadar di halwa telinga yang terkadang pekak ini.
Setelah meletakkan basikal aku di tepi tangga rumah, aku melihat pula ke arah kasut-kasut yang bukan calang-calang kualitinya. Bukan main berkilat. Hendak dibandingkan dengan kasut sekolah aku macam langit dengan bumi. Kasut tumit yang tersusun di situ juga tidak kalah. Mengancam sungguh dengan tumit 5 inci. Macam mana orang ni boleh berjalan? Tidak terjatuh ke?
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...