BAB 4

0 0 0
                                    

     Aku lihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil hospital itu. Tidak sangka seseorang yang dulu dipandang hebat telah terlantar tidak sedarkan diri. Sekejap sahaja nikmat yang diberi oleh Tuhan ditarik semula. Betapa besarnya kekuasaan yang Maha Esa.


    Tangan tua yang tidak bergerak itu aku capai lalu digenggam. Menyalurkan kekuatan kepada tubuh itu untuk melawan sakit yang dihadapi. Tiada lagi raut wajah yang selalu tersenyum ke arah aku dan memujuk diriku ketika aku sering dimarahi.


   Walaupun Mr. Xendry jarang bersama aku untuk menjalankan wataknya sebagai seorang datuk, aku tetap berterima kasih kepadanya kerana mengajarkan aku untuk menjadi kuat.



   Mungkin dia bukan seorang ayah yang baik kepada anak-anaknya namun aku yakin kesilapan dirinya yang dahulu boleh diperbaiki. Buktinya, dia cuba menjadi datuk yang terbaik kepada aku!


"Grandpa, Hayna harap grandpa kuat. Jangan putus asa, ya? Hayna rindukan grandpa."



    Aku menoleh ke arah sisi kanan aku. Sebuah meja yang bersebelahan katil Mr. Xendry terdapat sebuah foto. Aku tersenyum.


"Walaupun grandpa berjuang menahan sakit, tak pernah sedetik pun grandpa lupakan grandma , kan?"



    Potret kecil yang memaparkan gambar seorang wanita yang sedang tersenyum manis sambil memeluk erat lengan lelaki itu. Walaupun kedua-duanya sudah tua, ia tidak menghalang mereka untuk menghabiskan sisa hidup mereka bersama dengan gembira.



"Hayna nak sangat grandpa bangun. Mesti arwah grandma akan sedih lihat keadaan grandpa sekarang. Hayna tahu grandpa sedang berjuang. Jadi, Hayna akan menunggu sehingga tibanya masa Allah bangunkan grandpa semula. Hayna yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. Seandainya, grandpa perlu pergi buat selama-lamanya Hayna akan reda dan terima dengan hati yang terbuka."

 

   Kali ini air mata aku langsung tidak keluar namun tidak tahu mengapa punca hati ini lebih kepada terasa lapang. Mungkin kerana aku sudah mulai ikhlas menerima takdir grandpa yang tidak selamanya bersama aku atau aku sudah terbiasa melihat wayar- wayar berselirat yang memenuhi tubuh itu. Aku pun tidak pasti. Selesai berbual sendiri aku pun keluar daripada wad VIP itu.


    Sally yang berdiri bersama dua orang bodyguard dapat aku lihat dari jauh. Pergi hospital pun aku perlu bawa 3 ketul mahkluk ni. Sally tu aku boleh terima lagi! Sampai perlu bawa bodyguard tu paling aku menyampah! Aku nak singgah kedai runcit pun tidak boleh. Kalau aku beritahu pergi hospital memang hospital sahaja aku boleh tuju.


"Sally, jom pergi Cherry bakery. Saya tiba-tiba teringin nak makan red velvet dekat situ." ajak aku.


Sally terus terhenti langkahnya. Diikuti dua bodyguard itu juga.


"Ledi Hayna! Seriuslah?" soal Sally seakan tidak percaya.


"Kenapa? Saya salah cakap ke?" aku kebingungan


Eh, sekejap! Bukan aku pesan suruh panggil Miss sahaja ke? Wah, degil betul Sally ni!


"Ledi Hayna kata hendak ke hospital sahaja, kan? Lagipun kita dah lewat untuk temu janji bersama model yang dipilih untuk memperagakan pakaian di Dias Boutiqe."


Aku mengeluh. Hendak beli red velvet sekejap pun tidak boleh.


"Bolehlah, Sally! Saya teringin sangat dah ni. Dah terbayang kalau dapat makan tau!" aku cuba memujuk Sally.


Message Of Love : Dia Pilihan TakdirWhere stories live. Discover now