BAB 2

1 0 0
                                    

    Lif ditekan ke tingkat tiga. Aku tilik jam di tangan. Lagi tiga puluh minit tepat pukul sepuluh. Nampaknya aku tidak lewat. Tiba sahaja di tingkat tiga, pintu lif pun terbuka. Aku membuka langkah meninggalkan lif tersebut lalu menuju ke arah Hall Room yang berada di tingkat itu.


   Sepanjang perjalanan ke arah Hall Room dapat aku lihat lukisan-lukisan antik yang memenuhi ruangan panjang ini. Satu lukisan yang menggambarkan sebuah hutan menarik perhatian aku. Cantik! Pokok-pokok yang tergantung kristal seakan-akan bersinar di dalam gambar itu. Laut yang berwarna ungu seperti lavender dipenuhi dengan teratai lalu dihiasi sebuah jambatan kaca. Ala-ala fantasi gaya lukisannya.

"Kto ty?" aku menoleh ke arah suara yang menegur aku. 

   Kelihatan seorang lelaki yang berambut blonde sedang memandang aku dengan hairan. Aku pun turut memandang dengan reaksi yang sama. Dia siapa? Wajahnya langsung aku tidak pernah nampak. Aku agak usianya mungkin dalam lingkungan 20-an seperti aku. Namun, dia nampak lebih muda dari aku.


"Russian?" tanya jejaka yang menegur aku.


Aku menggeleng.


"Oh, I'm sorry!" dia memohon maaf. 

"It's okay. It's not your fault ." balas aku sekadar menghilangkan rasa serba salah dia.

"By the way, nice to meet you krasivyy. I'm Ethan." sapa dia dengan senyuman. 

"I'm Hayna. Sorry to ask but why are you here?" soal aku tanpa berdalih. Maklumlah dah habis sesi perkenalan.

"I'm Anne's son. This is first time we meet. So, no wonder you never see me." jelasnya. 

"Basically, you are Anne's first child?" soal aku untuk mengorek rahsia.

"Exactly, krasivyy! I'm a child from her first marriage." kenyataan yang aku tak sangka akan dengar pada hari ini. Diam-diam dah ada anak rupanya Madam Anne. 

  Aku menganggukkan kepala. Tak sangka pula Madam Anne mempunya seorang anak lelaki. Entah-entah dia ada anak lagi. Siapa tahu?

 

  Melihat warna baju yang disarungkan oleh Ethan sudah tentu dia akan menyertai Iso Table sebentar lagi. 

"So, Ethan. You will be our guest, right? Let me show you the way to the Hall Room." ajak aku dengan sopan. Jarang aku nak buat baik tau!

"My pleasure, Hayna. You know what? Your name is very beautiful. " puji Ethan dengan ikhlas. 

"Thank you." balas aku dengan ringkas .


    Aku risau lama-lama naik menyampah pula kalau Ethan ni asyik bagi ayat manis. Mungkin dia memang sejenis soft spoken. Husnuzon sahajalah Hannah!


   Kami pun bersama-sama ke Hall Room yang hanya beberapa langkah ke hadapan. Di hadapan pintu Hall Room itu terdapat dua orang pengawal yang sedang berdiri di hadapan pintu. Mengawal ketat pintu bilik itu. 


"He's with me. Open the door now." 



    Mendengar sahaja arahan aku, mereka pun membuka pintu dengan seluasnya. Terpapar dengan jelas semua kerabat keluarga Lyonechka yang sedang berkumpul di meja panjang. 

    Semua mata tertumpu ke arah aku. Ethan di sebelah aku hanya membatukan diri. Mungkin tidak biasa diperhatikan. Terdengar bisikan-bisikan halus yang mungkin hairan dengan kehadiran Ethan. Aku ada di sini pun dah cukup hairan apatah lagi Ethan yang bersama aku.


Message Of Love : Dia Pilihan TakdirWhere stories live. Discover now