Aku mencelikkan mata. Tersedar daripada mimpi yang sering menghiasi malam aku. Tidak aku ketahui punca mimpi itu hadir berkali-kali. Setiap kali aku bermimpikan kejadian itu pastinya aku teringat akan mama. Orang yang paling banyak berkorban untuk aku.
Lapan tahun telahpun berlalu. Namun, keadaan mama mahupun Cik Tijah tidak dapat aku ketahui. Keadaan aku yang sekarang jauh berbeza telah menganggu emosi dan jiwa aku. Jika dahulu aku bagaikan rama-rama yang berterbangan bebas. Sekarang , aku umpama burung yang terperangkap dalam sangkar ciptaan manusia.
Aku merenung setiap sudut di dalam bilik yang serba mewah ini. Luasnya sahaja ibarat dua buah banglo satu tingkat. Mungkin in adalah idaman semua manusia. Bahkan, aku mengakui bahawa ini adalah impian aku juga suatu ketika dahulu. Namun, apakan daya kemewahaan yang dimiliki tidak dapat memberi kebahagiaan buat aku. Hidup aku diatur. Segala arahan perlu aku patuh. Jika aku membangkang maka hukuman yang akan aku hadapi.
Aku seumpama mangsa tawanan yang tersekat dengan suruhan tuannya. Cuma aku masih merasa kemewahan. Adakah aku sepatutnya gembira dengan nasib aku yang lebih baik ini?
Tok!
Tok!
Ketukan dari luar pintu kedengaran.
Aku menoleh ke arah pintu berwarna putih yang berkunci itu . Pintu bilik aku sentiasa berkunci kerana aku mahukan privasi. Tudung sarung aku capai lalu disarungkan. Tanpa membuang masa aku menuju ke arah pintu itu. Tombol pintu aku pulas dengan perlahan, kelihatan Sally merangkap pembantu aku sudah berada di hadapan pintu.
"Selamat pagi, Ledi Hayna."
"Selamat pagi, Sally. Saya dah pesan panggil Hayna , kan? Tak perlu ledi bagai. Saya tak suka"
"Tidak boleh, Ledi Hayna! Tindakan saya memanggil nama Ledi Hayna sebegitu akan mencemarkan nama keluarga ini." halang Sally. Aku menjulingkan mata ke atas. Suka hatilah!
"Kalau macam tu, panggil saya Miss Hayna sahaja. Kalau tak saya kunci bilik ni sampai esok." ugut aku. Aku tahu kelemahan Sally.
"Ledi jangan ugut-ugut saya. Saya nak jawab apa dengan Sir Eero kalau Ledi Hayna kunci bilik?" pucat muka Sally dibuatnya.
"So, awak pilih! Saya dah beri awak pilihan. Just take the best choice, Sally!" Sally ternganga. Ini mesti sebab susah nak pilih. Siapa suruh dia jadi mak turut sangat. Hahaha!
"Baiklah, Ledi... I'm sorry...Miss Hayna!" tersasul member dibuatnya.
"Good! Now, apa hajat awak ke mari?" soal aku terus. Straight to the point!
"Saya membawa pesanan daripada Mr. Felipe untuk Miss Hayna. Hari ini akan diadakan Iso Table. Semua perlu berada pada pukul 10 pagi. Code theme adalah BIRU ."
Aku mengeluh. Aku paling tidak suka benda berkaitan dengan 'Iso Table' yang dikatakan Sally itu.
"Masalah apa lagi yang Mr. Felipe nak utarakan?" soal aku tidak puas hati.
"Minggu lepas, Mr. Felipe berjumpa dengan Tuan Owen lalu mengarahkan Mr Felipe untuk mengumpulkan semua orang pada hari ini. Kehadiran Miss Hayna ditekankan oleh Mr. Felipe sebab dia tahu sifat Miss Hayna" jelas Sally.
"Tidak perlu. Saya tidak berminat langsung. Awak boleh pesan pada Mr. Felipe yang saya sibuk." balas aku tanpa rasa berminat.
"Miss Hayna..."
"Jangan paksa saya, Sally!"
Tanpa sedar aku telah meninggikan suara pada Sally. Aku meraup muka dengan kasar. Semakin bertambah baran dia tinggal di sini. Sally yang tidak bersalah pun menerima tempiasnya.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...