BAB 3

0 0 0
                                    

"Lastly, Master Owen has chosen Hayna as the new owner of Lilleyna Island. "

 

    Semua memandang ke arah Sir Eero seakan tidak percaya. Bahkan aku juga merasakan benda yang sama. Bagaimana Master Owen boleh semudah itu berikan jawatan itu kepada aku. Sebut sahaja Lilleyna Island sudah terbayangkan sebuah pulau.

   

    Memang benar ianya sebuah pulau. Namun, kekayaaan dan keuntungan yang terdapat pada pulau itu yang menjadi rebutan semua. Pulau ini memiliki sebuah resort yang dipenuhi dengan 50 buah banglo satu tingkat yang  menjadi tempat penginapan pelancong luar.

  

   Di pulau itu seakan sebuah bandar kerana terdapat perpustakaan, cafe , shopping mall, muzium dan lain-lain. Janganlah disebut aktiviti yang Master Owen sediakan di sana. Kau sebut sahajalah semua jenis aktiviti. Confirm ada!

      
 
   Sepatutnya, Master Owen beri kepada mana-mana sahaja anak lelakinya. Bukan aku yang perempuan ni! Aku bukan hendak mengatakan yang aku ini lemah. Namun, aku dapat rasakan hidup aku bertambah tertekan untuk menjaga kemashyuran pulau itu. Aku rasa ramai lagi yang berhak menjaga pulau itu nak dibandingkan dengan aku. Aku juga telah ada tanggungjawab yang perlu digalas sebagai vice president bagi syarikat datuk aku iaitu Mr. Xendry yang merupakan anak pertama kepada Master Owen.


"Wait, Sir Eero. When do we talk about this? I don't even know."

  

Aku memandang Sir Eero dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.


"Yes, we never talk about this. Master Owen knew that you will refuse. So, he decided on his own without telling you. Is it clear, Hayna?" balas Sir Eero sambil tersenyum.

      

  
    Hati aku panas. Tanpa pengetahuan aku? Ingat aku ini pak turut dia? Aku dah korbankan jiwa dan raga untuk keluarga ini pun dah cukup baik. Sekarang ini mahu aku korbankan nyawa aku pula? Semata-mata mahukan aku menjadi pemilik pulau itu.

Mata-mata yang memandang penuh dendam ke arah aku sahaja tidak perlu dibilang.

"I'm objected!" bangkang aku.

"I'm sorry, Hayna. I can't do anything for you." Sir Eero cuba memujuk aku.

"Hayna, listen!" tiba-tiba Master Owen berbunyi.

Semua terus memandang ke arah Master Owen termasuklah aku.

"If it's true you don't want that island, I will give you one condition."

"Go on, Master. I will listen to the condition." balas aku dengan berminat.

"Find our 'lion' , Hayna." aku termangu. Lion? Master Owen suruh aku cari singa ke? Dah kenapa?

"Dad! Are you serious? She will never make it!" balas Mr. Felipe sambil ketawa mengejek.

"Do you know what lion i'm talking about?" soal Master Owen ke arah aku tanpa menghiraukan Mr. Felipe.


"Is it an animal? Or a person?" balas aku secara rambang.

"No, Hayna. He is your biological father."

  

   Aku bungkam. Kenyataan yang tidak aku sangka. Rahsia apa lagi yang disembunyikan daripada aku kali ini?

  

   Aku melihat ke arah Sir Eero menagih kepastian. Sir Eero hanya terdiam memandang ke arah Master Owen. Mengelak daripada memandang ke arah aku.

Message Of Love : Dia Pilihan TakdirWhere stories live. Discover now