maafkan aku

0 0 0
                                    

mungkin ini salah aku
membiarkan kau membaca kisah-kisah lama
luka-luka jiwa yang dulu
sehinggakan kau takut

aku minta maaf
tidak sepatutnya aku terlalu awal
menunjukkan coretan luka aku

aku salah percaturan
niatku hanya mahu menunjukkan bahawa
kau satu-satunya karya yang paling gembira buat aku

karya dimana kini aku tidak perlu lagi untuk bersedih berduka sakit di tengah malam kerana kau telah tiba
kiriman tuhan buatku hasil daripada luka duka lama aku yang aku pulihkan sendiri

dimana aku tidak perlu berpatah balik memikirkan tentang yang sudah lepas kerana kau sudah tiba
sang rerama berkelopak merah jambu

supaya kini aku cuma dapat berkarya dan bercerita tentang aku,kau dan kita pula
tanpa kita hiraukan yang lain
kerana yang lain itu sudah tiada bagi aku

aku cuma mahu dengan kau
tolong jadikan aku yang terakhir

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DWhere stories live. Discover now