Hael Aaric dan Hanna Adela dijodohkan oleh keluarga kerana hubungan keluarga Aaric dan Hanna sangat rapat . Daddy Aaric mempunyai syarikat yang dikongsi bersama Papa Hanna . Oleh sebab itu keluarga mereka sangat rapat , tambah pula mama dan mummy mereka memang kawan sejak sekolah . Namun Aaric dan Hanna tidak pernah tahu akan kewujudan masing masing . Sampailah hari dimana sebelum seminggu lagi mereka akan kembali ke London . Hanna dan Aaric telah bersua muka buat kali pertamanya dan setelah tahu mereka akan dijodohkan dengan pantasnya Hanna menolak . Tetapi untuk Aaric sedikitpun dia tidak terasa apa apa dengan penolakan dari Hanna kerana dia percaya akan takdir allah . Jika betul gadis ini telah ditakdirkan untuknya dia terima dan jika bukan semoga allah jauhhkan mereka . Mata Aaric tidak beralih dari memandang Hanna yang sedang menerangkan tentang dia yang sudah mempunyai kekasih hati . Yang pada mulanya Aaric sendiri menolak cadangan dari mummynya untuk jodohkan mereka kerana dia masih belum ingin mempunyai kekasih hati . Tetapi dia cuba untuk terima kerana percaya akan takdir allah dan mungkin pilihan keluarganya akan jadi yang terbaik untuknya . Tetapi tidak dengan Hanna , sebenarnya kekasih hatinya juga telah dijodohkan dengan pilihan keluarga . Mereka tetap ingin pertahankan hubungan tanpa restu itu . Hubungan Hanna dan Khai memang tidak direstui oleh kedua keluarga . Tetapi Hanna tetap berkeras dengan keputusannya hanya Khai yang bertakhta dihatinya . Khai pula tidak sanggup menolak permintaan ibunya untuk jodohkan dia dengan sepupunya . Keluarga Khai memang ingin menyatukan dia dengan sepupunya kerana mereka rapat sejak kecil . Namun Khai tidak pernah ada perasaan terhadap sepupunya itu . Sebaliknya gadis itu memang mempunyai perasaan terhadapnya .
YOU ARE READING
Hael Aaric's Precious
ActionYa memang benar yang dikata orang , jika jodoh milik mereka lari kehujung dunia sekalipun tetap akan bertemu . Kisah mereka bermula kerana dijodohkan oleh kedua orang tua mereka . Namun Hanna sudah mempunyai kekasih hati . Dengan itu dia tidak pern...