Pagi ini Carl bangun awal dan mengemas barang-barang untuk dibawa ke lokasi shooting.Carl merupakan seorang pelakon lelaki yang terkenal.Dah tiba masanya untuk dia kembali bekerja setelah sekian lama bercuti.
“Banyaknya barang yang Tuan bawa." Macam nak pergi selama setahun je ni.
“Memanglah banyak.Sayakan lama dekat Langkawi nanti."
“Berapa lama Tuan dekat sana?" Nanti dia merindulah pulak.
“Mungkin setahun?"
“Setahun?"
“Kenapa? Mesti awak rindu nanti." Dia cuba meneka.
“Lamanya Tuan dekat sana.Kasihan dekat Firash kena tinggal tau."
“Firash ke awak? Mengaku jelah Cai.Buat apa nak rahsia rahsia lagi."
“Tuan ni main mainlah." Takkanlah nak mengaku.Buat malu kaum perempuan je.
“Kalau tak ada apa apa yang awak nak cakap,saya gerak dulu."
“Erm take care." Hanya itu yang mampu terluah.
“You too.Jaga anak saya elok elok.Jadi apa apa dekat dia,awak kena bertanggungjawab."
“Baik Tuan." Cai melambai sebelum kereta Carl meninggalkan perkarangan rumah.
Sunyi dah rumah ni tanpa Carl. Macam mana kalau Tuan dia tu,jumpa perempuan cantik dekat sana? Dia takkan sanggup memberi miliknya pada orang lain!
“Termenung apa tu Cai?" Puan Kezia menepuk bahu Cai.
“Eh tak ada apalah Mama."
“Kalau suka dekat anak Mama, bagitahu.Boleh Mama siapkan majlis cepat." Suka sama suka tapi masing masing tak nak mengaku.
“Mama,Cai nak keluar jumpa kawan ni.Petang nanti Cai datang balik eh." Kena lari dari soalan maut ni.
“Yelah hati hati." Katanya lagi.
Zafira yang melihat Cai masuk ke dalam cafe,melambai tangan ke arah kawan baiknya itu.
“Tuan kau tak ikut sekali ke?"
“Dia ada kerja dekat Langkawi."
“Baru nak kenal dengan dia.Dia handsome tak?" Soalnya teruja.Ingatkan ada kesempatan,nak jumpa tadi.
“Kau jangan nak mengada sangatlah."
Dia takkan bagi perempuan lain mengorat Carl.“Dia handsome tak?" Tanya Zafira sekali lagi.
“Biasa je.Tak adalah handsome sangat." Balasnya selamba.
“Ni mesti kau tipu aku kan?" Bukan dia tidak kenal perangai Cai yang suka menyembunyikan kebenaran.
“Tak tipulah.Tak payahlah cakap pasal dia."
“Confirm dah jatuh cinta ni.Dari muka kau pun,aku dah tahu."
“Nampak sangat ke?"
“Ha kantoi dah."
“Jatuh cinta sikit je dekat dia.Aku tak tahu,kenapa aku boleh jatuh cinta."
“Maybe sebab dia layan kau dengan baik."
“Itu salah satu sebab dia jugak." Dia sendiri tidak tahu,kenapa dia jatuh cinta dekat Carl.
“Elelelele.Orang tu dah jatuh cinta dekat boss sendirilah."
“Kau ni diamlah.Malu orang tengok." Dia menutup mulut Zafira menggunakan tangan.
“Dah aku happy,nak buat macam mana.Cepat cepatlah kau tamatkan zaman bujang kau ni eh.Tak sabar nak dapat anak buah." Dia mengusik Cai.
“Lambat lagi aku nak tamatkan zaman bujang.Kalau dia lamar aku, tak apalah jugak." Entah entah dia je yang beria.

ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)
RomansaTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...