Chp10

11 0 0
                                    

Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung di kerusi yang tertera nama "FAWWAZ AL-HAQ"
ada seorang yang baru sahaja aku kenali dan paling aku benci menegurku.

"Hoii perempuan simpanan , Haq tu sebenarnya dah berapa kali dah tiduri wanita . So lebih baik kau berambus sebelum kau yang jadi mangsa kejap lagi"

Hatiku sedikit tersentak mendengar kata-katanya itu . Membara amarah di jiwaku . Bukan marah pada Haq tapi marah pada perempuan ni . Dahlah makeup tebal nak mampos , nak batu api kan orang pula . Ini kalau tak satu komplot dengan laki tadi memang tak bukan tak dia ni!.

"Sorry lah , saya ni tak dengar sangat cakap pembatu api . Tapi kalau saya rasa benda tu betul saya dengar laa , kalau tak memang tetap saya akan bersama dengan si dia". Sengaja aku menekan perkataan "bersama" itu . Terus wanita bengis itu berpaling dan berlalu pergi dalam keadaan tidak berpuas hati .

"Qai , kalau Qai nak tahu . Sebenarnya perempuan tu suka kat Haq , tapi Faqrull cakap Haq bagitahu perempuan tu yang Haq dah bertunang . So perempuan tu pun tak puas hati lah"

Amylea berterus terang padaku . Hmm , kalau tunggu Haq yang bagi tahu memang sampai mampos pak aji pun aku tak tahu.

12:50 malam.

Majlis telahpun berakhir . Aku dah Haq menuju ke kenderaan untuk pulang .

"Qai . Kenapa kau selalu layan aku dingin eh? Kau tak rasa ke nak cuba terima aku?" Haq menyoal . Seolah-olah memecah keheningan antara kami berdua.

"Dingin ke? Aku ingat biasa jaa?" Aku mengerut kening . Pelik . Tapi , sebenarnya aku pun perasan juga kadang aku layan dia kasar kadang lembut .



"Hmm biasa eh? Tapi aku tak rasa biasa"
  Dia mengetuk-ngetuk jari pada stereng kereta . Mulut sedikit dimuncungkan kehadapan. Terdengar sedikit keluhan kasar yang dihembus pada akhir percakapan.

"Qai , aku ada salah ke dekat kau? Sampai kau layan aku kadang dingin kadang okay?"

Haq kembali menyoal . Sejujurnya aku pun tak tahu dengan perasaanku . Ada kalanya aku jealous ketika Haq bercakap dengan wanita lain.

"Eh , Haq kau jangan macamtu . Aku memang layan orang macam ni lah . Cumanya , aku ego"

"Aku suka kau Qai , aku cintakan kau . Kita kahwin?"

Bukkk!!

Seraya jantungku terasa berdegup kencang.

"Haq , kahwin ni bukan sahaja untuk permainan tau . Tapi ia adalah satu tanggung jawab yang besar."
  Aku mencuba berlembut suara . Dalam berlembut ada sedikit ketegasan yang ku selitkan . Terketar-ketar tangan ingin berucap.

"Aku tahu Qai , sebabtu aku cari masa dimana aku sudah bersedia"
  Dia hanya menunduk lama . Aku cuba menelaah perasaan sendiri.

Terlihat keikhlasan dalam telahannya itu. Aku yang mendengar ini pun sedikit terdiam.

"Aku sebenarnya tak tahu dengan perasaan aku Haq . Aku cintakan kau , tapi dalam masa yang sama ego aku ni menghalang"

"It's okay , aku tunggu kau bersedia . Aku bagi kau masa . But , aku nak cepat jawapan"

4minggu sebelum menjelang ramadhan .

Aku masih dilema perasaan . Tambahan pula aku belum memberi tahu ibu perkara ini .

"Baby , ni ada tetamu datang . Tetamu istimewa kamu ni Baby"

Ibu menjerit halus dari ruang tamu .
Aku hanya membenarkan tetamu itu masuk dan mengunjungiku kedapur bakery kecilku ini yang terletak di tepi ruang tamu.

"Qai"

Aku berpaling kearah pemilik suara itu . Haq . Ya! Haq adalah pemilik suara tersebut.

"Haq"
Aku kelihatan teruja ketika dikunjungi Haq , sebelum ini kalau orang datang rumah aku buat biasa sahaja . Tapi kala Haq yang datang , aku tidak tahu mengapa hatiku ini terasa selalu gembira.

"Ya sayang , abang datang ni"

Haq memandangku dengan mata kuyunya itu dalam. Terdengar sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya kedua tawa kami bersatu,

Hari ini dia datang untuk menunaikan janjinya , akan menolong aku menyiapkan segala order setelah aku berpura-pura menjadi pasangannya ketika makan makan tentera hari tu.

"Eh . Abang sayang ni apa ? Kenapa pula engko berdua berabang sayang ni?"

Ibu dan ibu Fawzar pelik mendengarkan itu . Sibuk berabang sayang hingga tidak perasan ada ibu dan ibu Fawzar memandang.

"Ibu"

"Mama . Umi"

Serentak kami memandang kepada dua syurga itu.

"Hm . Ada sesuatu ke kamu ni Haq? Qaisara?"
    Ibu dan ibu Fawzar menyoal kami berdua dengan penuh rasa ingin tahu.

      Seketika hati berdegup kencang . Bagaimana kalau Haq buat perangai lagi? Macammana kalau Haq mengaku aku ni girlfriend dia?

      "Umi . Mama . Haq sebenarnya ada benda nak royak"

      "Mu nak royak gapo Fawwaz?"

"Haq nak kahwin dengan Qai"

    Tanpa reaksi . Tanpa rasa gugup dan tanpa rasa segan silu dia bertutur lantang dihapan ibuku dan uminya.

    Ibuku dan ibu Fawzar terhilar agak teruja . Seperti rancangan sudahpun berhasil dibuat.

       "Ya Allah . MasyaAllah . Fawwaz betul? Betul kamu nak jadikan Qaisara sebagai pendamping hidup kamu?"

     Terketar-ketar suara ibu Fawzar menyoal Haq . Tangan dihulur menggenggam tangan anak sulungnya itu . Sedikit demi sedikit air mata turun mengalir.

"Fawwaz Al-haq . Mama tak benarkan kamu berkahwin dengan anak mama . Mama dah anggap kamu macam anak mama sendiri"

Praaang!!!

Seraya loyang biskut yang ada ditanganku serta-merta terjatuh . Pelik . Sebelum ini ibu yang beria-ria menyuruhku kahwin dengan Haq. Sekarang ibu pula tak ingin aku berkahwin dengan menantu idamannya ini.

"Maa . Haq ikhlas ma Haq nak jaga Qai hingga hujung nyawa Haq . Masing-masing pun sudah mengenal budi masing-masing dan kami pun sudah menyoal perasaan kami masing-masing ma"

     Tanpa rasa takut dia berkeras berkata sebegitu kepada ibu . Aku hanya diam tak terkata dibelakang badan sasanya itu.

     "Ini bukan pasal ikhlas ke tak Muhammad Fawwaz Al-Haq . Ini pasal aku yang tak izinkan engkau berdua kahwin . Aku lagi setuju bila engkau berdua berkawan rapat macam biasa sahaja"

     "Sabar mek . Aku yakin anak-anak kita pandai dan mahir dalam berurusan . Aku yakin anak aku takkan mainkan anak kau mek"

Ibu Fawzar cuba untuk menenangkan ibu . "Mek" itulah panggilan ibu dan ibu Fawzar . Kedua sosok tubuh tua itu saling berpegang tangan.



"Wazz , Qai bincang elok-elok . Ini pasal masa depan kamu berdua , bukan untuk sekadar calit tahi ayam"

Sempat ibu Fawzar berpesan kepada kami sebelum membawa ibu pergi ke dalam ruang tamu. Kami hanya berdiam tanda mengiakan.

"Haq . Aku minta maaf sebab ibu"

Aku tertunduk malu . Sejujurnya akh pun tidak tahu mengapa ibu berubah drastis seperti itu .

"Jangan minta maaf . Salah aku , aku cepat sangat . Takpe kita buat order kau dulu . Lepas siap semua kita bincang bagi elok"

Dia tersenyum manis sehingga menampakkan gigi ratanya itu.

Beberapa minit mendiamkan diri . Aku cuba untuk memecah hening.

"Haq . Kau yakin nak jadikan aku isteri? Aku tak sempurna"

"Yakin lah . Apa pula tak yakin? Ni satu lagi , aku cintakan kau bukan sebab sempurna tak sempurna tapi sebab Allah . Allah dah temukan aku dengan seseorang yang dulu aku impikan"

Sekali lagi dia menayang senyum manis . Phewwww hampir luluh jantung aku!!

Aku memandangnya . Tanpa sedar senyuman ikhlas ditaburkan . Indah . Baik . Bagaimana wanita diluar sana tidak jatuh hati?

"Amboii tenung lama nampak . Sabar ya anak ibu. Ibu usaha untuk satukan kau orang berdua"

Suara yang benar-benar jelas terdengar di kuping telingaku . Tubuhku terasa dipeluk dari samping.

Ibu . Ya ibu .

"Ibu . Baby minta maaf"

Air mata mengalir deras . Alah alahh drama lebih . Tadi bukan main ibu marah yeee.

"Alaah , aku pun nak juga baby Qai . Panggil aku pula baby Qai"

Seraya kami berempat tertawa mendengar seloroh yang keluar dari mulut Haq.

Ibu sudahpun sejuk hati . Aku pula masih merasa tak sedap hati.

🦋_______________________________🦋

TAKDIR: KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now