Isteri Milik Tuan Carl (14)

158 8 0
                                        

Cai bangun pagi itu dengan satu perasaan yang susah untuk dia gambarkan.Dia masih teringat akan apa yang berlaku semalam.Blushing pulak dia dengan Carl ni.Kenapa eh Tuan dia tu tiba tiba jadi romantik? Sampai bagi sejambak bunga ros dekat dia semalam.

“Senyum senyum ni kenapa?" Manis pulak senyuman Cai pagi itu.

“Eh mana ada saya senyum." Nafinya.Nak bagi alasan apa ni eh.

“Tak payah tipu sayalah Cai.Bukan main lagi rindu dekat saya hari tu."

“Bila masa pulak saya rindu dekat Tuan.Memandai jelah." Mana Carl tahu benda ni.

“Tak mengaku.Saya dah ada depan mata ni,orang tu sombong pulak.Bila kita pergi kerja nanti,mulalah dia merindu." Entah siapalah tu kan?

“Tuan cakap pasal siapa ni? Saya ke?"

“Entahlah.Dah orang tu tak nak mengaku,nak buat macam manakan?"

“Saya tak rindu dekat Tuan eh."

“Rindu tu cakap je rindu.Sampai bila nak bersembunyi dari kenyataan." Perempuan memang macam ni kan.Suka sangat nak berselindung di sebalik kenyataan.

“Ermm.Rindu sikit jelah.Dahlah saya nak pergi mandikan Firash." Malunya dia.

“Pandai nak lari?"

Cai tidak menghiraukan Carl yang dia tinggalkan di belakang.Apa yang penting sekarang,dia kena lari.

“Firash dah mandi ke?" Dia melihat Firash yang sudah pun memakai baju.

“Dah mandi dah Mama.Firash dah wangi." Jawabnya sambil menyikat rambut.

“Handsomelah anak Mama ni.Jom turun bawah."

“Jom Mama."

Semua sudah berada di meja makan. Setelah membaca doa makan,bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian mereka.Agak agak siapa yang datang eh?

“Korang makanlah dulu.Biar Cai yang pergi buka pintu." Baru sahaja hendak berdiri dari duduknya,Carl menahan Cai.

“Tak apa,awak duduk je.Saya pergi tengokkan siapa yang datang." Dia membuka pintu dan melihat Zafir, kawan baiknya.

“Engkau rupanya yang datang. Ingatkan siapalah tadi."

“Tak boleh ke aku datang melawat?" Soalnya dengan nada merajuk.

“Pandai kau eh? Time orang tengah nak makan juga kau datang. Masuklah,kita makan sekali." Dia mengajak Zafir masuk ke dalam rumah.

“Tepat waktulah aku datang ni.Rezeki jangan ditolak." Dia mengikuti Carl dari belakang.

Sampai di meja makan,Zafir mengambil tempat di sebelah Cai.Dah tempat tu je yang kosong,dia duduk jelah.

“Rindulah dekat Uncle Zafir.Lama uncle Zafir tak datang." Firash gembira melihat pak cik kesayangannya itu datang melawat.

“Sorry tau,uncle busy sikit sekarang.Tunggu uncle free,uncle akan datang melawat Firash lagi."

“Jomlah kita makan.Sejuk makanan ni nanti." Kata Puan Kezia.

Zafir makan dengan penuh berselera.Sampai dua kali dia tambah nasi,sedap sangatlah tu agaknya.Dia juga sempat melirik ke arah perempuan di sebelahnya.

“Kenapa pandang saya macam tu? Awak nak apa apa ke?" Tanya Cai apabila melihat Zafir asyik memandang ke arahnya dari tadi.

“Kalau saya nak awak boleh?" Mulalah si Zafir ni nak menggatal.

Terbatuk Cai dengan pertanyaan itu.Dah kenapa pulak mamat ni,tanya macam tu.

“Zaf kau jangan nak menggatal sangat eh.Aku halau kau kang." Tegur Carl dengan pandangan mata yang tajam.

“Alaa kau ni pun.Gurau sikit pun tak boleh."

“Nak bergurau jangan time orang tengah makan.Tak tengok ke dia dah terbatuk dengan soalan kau tu?"

“Yelah sorry eh." Dia meminta maaf pada Cai.

“Eh tak apalah.Bukan salah awak pun.Awak sambunglah makan.Saya okey je." Balas Cai sambil tersenyum manis.

Carl hanya memerhati dua orang di depannya.Hati dia rasa macam terbakar pulak.Sabar Carl! Tak mungkinlah dia cemburukan?

Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang