rusak

5 0 0
                                    

sayang,
semakin lama kita bersama semakin kita akan terdedah
satu-satu bongkah tembok hati yang kita pernah bina untuk menjaga hati kita daripada sakit yang lalu telah terungkai satu persatu
hati kita bakal terselak bertelanjang tanpa tembok yang menghalang

ini semua agar aku dapat memasuki ke dalam hatimu
begitu juga sebaliknya

menelusuri setiap sudut agar kita dapat mencintai segenap pelosok tanpa perlu ada secebis lingkungan pun yang tersirat tersorok disebalik jiwa

akan tetapi kita bakal terdedah
vulnerabiliti;
segala kekurangan kelemahan aku bakal diketahui
kebobrokan ku dipertontonkan
kekhilafan ku diperlihatkan

pada waktu itu, aku sudah tak bisa menahan kerana tembok ku telah hancur,
pada waktu itu masihkah kau dapat menerima?
adakah kau juga bakal pergi meninggalkanku?

jiwaku rusak.
jiwaku yang kau anggap berbakat mampu berbuat segala
jiwaku taklah segah yang disangka

aku tidak memaksa kau
kau berhak
kau mempunyai hak

jika disaat aku rapuh itu menyulitkan kau
terbanglah ke tempat yang lebih baik
aku tidak mahu kau susah
aku tak sanggup membuatkan kau susah semata kerana aku

terserah kamu sayang
terserah kamu, sayang

(lihat chapter seterusnya)

Dia; Dee-aWhere stories live. Discover now