Saya gurau je, tentu lah saya nak ujar Orkid lalu mengambil cincin yang ada di tangan Haiyan dengan senyuman nipis.
Karena semalam dia sudah membuat solat istikharah dan Haiyan yang datang di mimpi nya.
Haiyan tersenyum lebar, terima kasih Orkid ujar Haiyan. Kasih diterima ujar Orkid lalu mereka turun kebawah.
Macam mana lah, Orkid boleh terima lamaran budak otak mereng tu tanya Luqman kepada Shareen yang berada di talian itu.
Kalau jodoh tak ke mana, at least dia dah nak kahwin , kau jodoh sesat. Mesti jodoh kau guna waze and waze bagi jalan kampung.
Bongok lah kau ni ujar Luqman lalu menutup talian dan turun ke bawah juga.
Mummy panggil Haiyan lembut, yes Haiyan kesayangan mummy ni nak apa tanya datin Sharifah yang sedang berbual dengan Datin Aryana.Haiyan dengan Orkid nak kahwin ujar Haiyan tenang , padahal dalam hati bunga-bunga sama juga seperti Orkid yang sedang menutup mukanya.
Berbesan ya kita Yana ujar Fatin Sharifah. Datin Aryana mengukir kan senyuman manis dia pasti Haiyan dapat menjaga elok anak tunggal nya.
Alhamdulillah tahniah Haiyan , bila tarikh ?? Tanya Dato Nik Hassan tak sabar nak tambah menantu yang kedua.
Inn Sha Allah hujung bulan depan, sebab Haiyan tak nak lambatkan benda yang halal ujar Haiyan dengan senyuman nipis.
Biar aku sponsor tiket kau honeymoon ujar Luqman yang sedang memeluk tubuh di tangga itu. Ish Luqman ni kesian adik kamu dah merah muka ujar Dato Nik Hassan.
Luq rasa dia lagi suka daddy, pergi honeymoon dengan bakal bini ujar Luqman sinis. Haiyan hanya menutup muka malu tapi sebenarnya seronok jimat duitnya.
Ni ke Luqman Shaheizy uish hensem betul ujar Datin Aryana sambil menatap mata Luqman yang berwarna hijau pekat.
Iris dia warna emerald gumam Datin Aryana perlahan. Kalau aku ada anak 2 orang, boleh lah aku kenalkan kat Luqman ujar Datin Aryana dengan senyuman nipis.
Hahaha macam-macam lah kau ni Yana ujar Datin Sharifah. Nanti saya akan datang ke butik Datin Aryana untuk tempah baju kahwin ujar Haiyan.
Takyah panggil Datin, panggil je bonda dengan Walid ujar Datin Aryana sambil menunjukkan kearah dirinya dan Dato Osman .
Baik bonda ujar Haiyan dengan senyuman nipis. Sudahlah kami balik dulu ada sedikit urusan mahu dibuat ujar Dato Osman lalu menyalam Dato Nik Hassan begitu juga Datin Aryana dan Orkid.
Esok kalau Haiyan free , Haiyan dengan Orkid datang butik bonda tau ujar Datin Aryana, baik Bonda ujar Haiyan.
Bye ujar mereka sekeluarga lalu meluncur keluar dari rumah Keluarga Haiyan.
Keesokan harinya:
Haiyan bergerak ke tempat Orkid belajar lalu dia melihat sebuah lelaki memberi bunga Daisy kepada orkid dengan senyuman manis.
Orkid memandang lelaki itu lalu menyambut bunga dari tangan lelaki itu. Lalu lelaki itu beredar pergi.
Orkid pantas masuk ke dalam kereta Haiyan yang terletak di sebelah universiti nya.
Apabila dia masuk terlihat Haiyan yang monyok , awak kenapa tanya Orkid lembut bouqet di tangan . Di letak di seat belakang.
Orkid lah kenapa ambik bunga lelaki tak ujar Haiyan dengan garang lalu memandang tajam tunangnya.
Oops awak jeles ke? Patutlah pandang tingkap macam nak tembus perli Orkid pedas.
Haiyan hanya diam lalu memeluk tubuh. Hmm majok ujar Haiyan lalu menggeleng kepala kearah kanan.
Orkid tergelak kecil, sudahlah awak ni jom lah bonda ajak pergi butik dia kan ujar Orkid lalu menyuruh Haiyan bergerak dari universiti nya.
Sesampai nya di butik Ardina ( butik milik Datin Aryana)
Mereka turun lalu terlihat Datin Aryana yang duduk sambil menatap bakal menantu nya yang murung.
Kenapa ni Haiyan muncung je? tanya Datin Aryana dengan wajah pelik. anak bonda ni lah terima bunga lelaki lain bagi ujar Haiyan dengan murung.
Orkid² ujar Datin Aryana dengan tergelak kecil , orkid hanya menjeling tajam kearah Haiyan lalu terus ke baju pilihan bondanya.
Terlihat baju dress berwarna cream terletak elok di gantungan itu. Cantiknya bonda pilih ujar Orkid dengan senyuman manis.
Setelah mencuba gaun pilihan bondanya. Mereka pun beransur pulang.
Apa kata kita tukar panggilan asyik awak-saya je ujar Haiyan yang sedang memandu itu.
Awak nak tukar panggilan jadi apa? tanya orkid polos. Apa kata baby yayan ujar Haiyan membuatkan Orkid ingin muntah.
Dah tua bangka nak panggil baby, tak pasal-pasal jadi b*bi ujar Orkid lalu menjeling Haiyan.
Alaaa Orkid panggil Haiyan meleret. pandang depan tak pasal-pasal eksiden ujar Orkid lalu bermain telefonnya.
Selepas menghantar Orkid pulang. Haiyan hanya bermasam muka manja betul budak ni
YOU ARE READING
Qusyairi's Pride
RomanceFirst Romance Story Terlanggar bahu di lapangan terbang mengubah segalanya ... Nik Haiyan Qusyairi X Orkid El-Naura [Start : 20/10/2024 [End : ⚠️ sedikit kata-kata kasar ⚠️ Ada kesalahan mohon ditegur