SHC-9

4 0 0
                                    

1 bulan kemudian

Anak tunggal Keluarga Osman dan anak bongsu keluarga Nik akan melangsungkan perkahwinan mereka di hotel milik Tuan Darel

Untuk pengetahuan anda Tuan Darel  atau dikenali sebagai Tengku Darel Hazim sahabat kepada Nik Haiyan dan Nik Luqman.

Hmm panjang betul berita harini gumam Orkid sambil scroll berita itu dari atas hingga bawah.

Siapa Darel? Aku tak tahu pun Haiyan ada kawan nama Darel tanya Orkid pada diri sendiri. Baju kahwin,baju sanding dan hantaran semua siap. Apa ye tanya orkid sambil meletakkan jari di dagu.

Okey semua siap, berdebar sebenarnya sebab esok kahwin ujar Orkid sambil menikmati inai di tanganya.

Keesokan harinya

Di Masjid Cristal Kuala Terengganu.

Maaf saya lambat ujar Haiyan lalu membetulkan songkok di kepalanya lalu duduk di hadapan Dato Osman

Orkid mahu saja gelak , tapi dia harus jaga adab di depan bakal mentuanya.
Semua disitu tergelak disebabkan lawak bodoh Haiyan.

Ehem mari kita mula ya ujar Dato Osman lalu berjabat tangan dengan Haiyan yang sedang berpeluh.

Nik Haiyan Qusyairi Bin Nik Hassan
Andres.

Saya

Aku nikahkan dikau dengan puteriku
Orkid El-Naura Binti Muhammad Osman dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ribu ringgit dibayar tunai

Aku terima nikahnya Orkid El-Naura Binti Muhammad Osman dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ribu ringgit dibayar tunai.

Sah?

Sah?

Sah?

Sah !!!

Aamiin ujar Dato Osman lalu membaca sedikit doa, selepas itu Haiyan bangun lalu pergi ke Orkid dengan senyuman manis.

Dia menyarungkan cincin ke jari ramping milik Orkid eh jangan ingat pinggang je boleh, Jari pun boleh lah.

Hahahahaha kedengaran gelak tawa, keluarga² Orkid dan Haiyan.

Awak panggil Orkid perlahan membuatkan Haiyan memandang nya lembut. Siapa Darel? tanya orkid sambil memeluk lengan kekar Haiyan.

Ooh ni mesti baca berita semalam teka Haiyan mendapat tawa kecil orkid. Darel tu kawan saya dia belajar business kat German.

Assalamualaikum ujar satu suara garau membuatkan semua anak dara disitu cair. Ya dia Tengku Darel Hazim anak kedua Tengku Daus.

Orkid pantas menoleh tajam Adeena Ilysa kawan nya selain Sarah yang ada di Amsterdam.

Adeena memandang Darel seperti mahu tikam. Orkid hanya membuat wajah menyampah dengan perangai kawanya yang miang itu.

Waalaikumussalam eh Darel ingat tak datang ujar Dato Nik Hassan lalu memeluk tubuh sasa Darel dengan senyuman Itu.

Mama papa kirim salam, diorang tak boleh datang sebab diorang kat Greece ada meeting ujar Darel lalu menyalam yang lain juga.

Darel tidur sini ke? tanya Datin Sharifah.
Tak tahu sebab Darel belum cari hotel lagi mummy ujar Darel sebab Datin Sharifah sendiri menyuruh dia memanggil mummy.

Tak perlu Darel tidur mansion kami je ujar Datin Aryana dengan senyuman nipis. Membuatkan Orkid dan Adeena memandang sesama sendiri.

Kalau macam tu kami berdua tidur mana tanya Orkid sambil menunjuk kearah Adeena yang diam itu.

Kamu dengan Haiyan tidur berdua ujar Dato Osman. Lepastu Adeena? Tanya orkid sambil menahan malu.

Mana muat 8 orang,bilik ada 5 je ujar Orkid pelik. Takpe Deena kena balik sekejap lagi ujar Adeena dengan senyuman nipis.

Ibu bebel sebab dah lama duduk Malaysia macam takde rumah. Jadi esok saya balik Qatar ujar Adeena lalu menunduk sedikit dan keluar dari masjid itu.

Siapa dia tanya Datin Sharifah. Dia Raja Adeena Ilysa, kawan Orkid parents dia duduk kat Qatar dia belajar Teknologi  dekat Korea.

Dia sebaya Orkid jaa 25 ujar Datin Aryana sambil menatap wajah Adeena yang cantik itu. Dia anak Raja Adden.

Ooh patutlah macam familiar ikut muka ayah dia rupanya ujar Dato Nik Hassan dengan senyuman manis.

Sudahlah isteri saya dah penat ni ujar Haiyan lalu mereka pun pulang sehabis majlis tamat .

Kak Tasneem tak hadir ke? Tanya orkid polos, Kak Tasneem ada kat Melaka , kat rumah mak dia ujar Haiyan dengan senyuman nipis.

Saya dengar Luqman ada gf ujar Orkid perlahan membuatkan Haiyan segera berpaling .

Apa sayang cakap tadi? Abang Luqman ada gf saya nampak ada gambar perempuan kat fon dia ujar Orkid straight to the point.

Saya pun tak nampak Rayden dengan abang Luqman ujar Orkid biasa semua orang cukup ni ada yang hilang kan diri.

Rayden ada kat Australia dia outstation. Luqman tak tahu dia lepas habis majlis orang mesti dia hilangkan diri.

Sarah mana tanya Haiyan pula. Dia ada kat Amsterdam dia semua tempat dia pergi saya rasa ujar Orkid dengan tawa kecil.

Abang tadi saya tengok Darel pandang Adeena lain macam je macam dia berkenan ujar Orkid lalu mereka mandi dan bersiap untuk esok .

Keesokan harinya.

Harini flight deen kan tanya Dato Osman yang melabuh kursi di sebelah Datin Aryana.

Ye mak dia paksa balik sebab nak tunang kan dia dengan pilihan mak dia. Tak ke mengamuk besar Adeena sebab masa dia otw KLIA bagitau.

Hahaha kesian dia ujar Datin Sharifah lembut. Darel makan lah penat mummy masak ujar Datin Sharifah lalu menyedok Mie goreng kepada Darel.

Ting Ting Ting

Kedengaran bunyi deringan telefon milik Orkid mendapat perhatian semua orang disitu "Sarah 🤍" . Kejap ya ujar Orkid lalu pergi ke kolam mansion itu.

Eh beb panggil Sarah di dalam talian. Waalaikumussalam sindir Orkid. Assalamualaikum hehe ujar Sarah dengan tawa halus.

Parents aku suruh blindate dengan bakal tunang aku. Ih kau tahu tak aku tak minat lah penjodoh ni dia ingat 2021 ke main jodoh jodoh terang Sarah lebar.

Semalam Adeena sekarang kau pulak, boleh lah aku makan nasi minyak banyak -banyak ujar Orkid dengan tawa kecil.

Lah budak ketot tu kena sekali ke? Eh kau tahu tak Adeena berkenan kat Tengku Darel ujar Orkid mendapat kerutan oleh Sarah.

Si anak kedua pemilik syarikat minyak tu ke apa tah nama dia... Erm hah!! T.D Empire. Ujar Sarah sudahlah aku dah lambat ni bye ujar Sarah lalu menutup talian.

Bagus lah semua dah berpunya ujar Orkid lalu masuk ke dalam untuk sambung makan.

Qusyairi's PrideWhere stories live. Discover now