Isteri Milik Tuan Carl (20)

187 8 0
                                        

Selepas apa yang berlaku semalam, Cai banyak mendiamkan diri.Dia malu dengan dirinya sendiri.Cai sedar dia banyak kekurangan jika nak dibandingkan dengan Lara.Mungkin disebabkan itulah,Carl menolak bekal yang dia bawa.

“Mama nak cakap sikit dengan Cai ni." Dia tahu Cai sedih sebab Carl tak makan makanan yang dibawa Cai semalam.

“Cai jangan sedih tau pasal semalam.Mama tahu cerita ni dari Firash.Carl tak makan bekal yang Cai bawa,kan?"

“Tak sedih pun Mama.Mama nak cakap apa tadi?" Dia cuba menukar topik.

“Mama nak bagi Cai cuti,kamukan jarang cuti.Bolehlah Cai rehat dekat rumah dan luangkan masa dengan family."

“Betul ke ni Mama? Mama nak bagi Cai cuti?" Soalnya gembira.Bolehlah dia hilangkan diri untuk sementara waktu.

“Happy eh kamu,bila Mama bagi cuti."

“Mestilah Cai happy." Dia gembira sekali bila diberi cuti.Dapatlah dia tidur sepuasnya tanpa gangguan sesiapa.

“Suka Mama tengok kamu happy macam ni.Manisnya senyuman kamu,mesti ramai peminatkan?"

“Peminat? Cai bukan artislah Mama.Orang nak minat apa dekat Cai? Bukan ada sesuatu yang istimewa pun." Mimpilah kalau dia ada peminat.

“Bagi Mama,Cai terlalu istimewa. Susah nak jumpa orang baik macam kamu.Pandai jaga hati orang di sekeliling,walaupun kamu sendiri menahan rasa sakit."

“Cai suka tengok orang yang Cai sayang,merasakan kebahagiaan.Jika kita ikhlas dengan sesuatu yang kita buat,kita sendiri pun akan merasa bahagia dengan hasilnya." Nak buat sesuatu ni,kita kena ikhlas.

“Kamu tak nak kenal dengan anak Mama dengan lebih dekat lagi ke?"
Dia masih ingin mencuba mendekatkan mereka.

“Maksud Mama? Kenal dengan Carl lebih dekat?" Dia sendiri tidak pasti dengan semua itu.

“Yeah that's right." Puan Kezia menganggukkan kepala.

“Carl anggap Cai sebagai seorang pekerja je Mama.Anak Mama tu layak dapat yang lebih baik dari Cai."

“Tapi kalau Mama nak Cai jadi menantu Mama,macam mana?"

“Pasal ni Mama kena tanya dekat Carl sendiri.Kita tak boleh paksa dia untuk terima Cai." Sesayang apapun kita dekat seseorang,kita tak boleh paksa orang tu untuk terima kita.

“Mama tahu dia sayang dekat Cai." Dia yakin Carl menyayangi Cai lebih dari seorang pekerja.

“Cai nak kemas barang dulu tau Mama.Petang nanti Cai balik rumah family Cai." Dia harus masuk ke dalam bilik,memandangkan Carl sudah balik kerja.

“Pergilah kemas barang kamu tu.Mama nak buka pintu untuk Carl." Melihat Cai berlari ke tingkat atas,dia membuka pintu untuk anaknya.

“Rindulah dekat Mama." Carl memeluk Puan Kezia.

“Manja betul kamu ni kan? Cuba kamu kahwin,bolehlah rindu dekat isteri.Kamukan asyik rindu dekat Mama je." Dah jadi bapa orang pun still manja lagi.

“Calon tak ada Mama." Alasan yang sama.

“Yang dekat atas tu bukan calon ke?" Kenapalah Carl terlalu ego.

“Carl naik mandi dulu eh.Sayang Mama sangat sangat." Dahi Puan Kezia dicium sebelum dia melarikan diri.

“Ha pandai eh nak lari dari Mama.Tak padan dengan umur betullah." Kata Puan Kezia tidak puas hati.

Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang