2

2.5K 110 8
                                    

  SUASANA di meja miting itu suram disebabkan Fayyadh dan Dyler ada misi lain yang harus mereka selesaikan. Hanya tinggal empat orang itu.

  "Jadi laut yang ni, dekat dengan yang ni?" Tanya Tengku Ayden lagi, tiba-tiba sahaja mereka bercakap pasal laut.

  "Laut cina selatan lah!" Balas Haider.

  "Bukan!" Potong Tengku Ayden kembali.

  "Hatiku masih berdebar, tiap kali bertemu!" Adryyan kembali bersuara dengan menyanyikan lagu Andi Bernadee.

  "Aku cuba bersuara walaupun lidahku kelu!" Sambung Khai bernyanyi.

  "Perasaanku padamu, seluas lautan biru!" Serentak mereka berempat menyanyi.

  "Beriku satu peluang untuk mengenalimu!"

  Bukk!

  "Aku suruh kau orang siasat lokasi musuh di laut! Bukan menyanyi lagu Andi Bernadee tu!" Jerkah Fayyadh sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik miting itu bersama Dyler.

  "Ish kau orang ni! Nyanyi tak ajak aku!" Marah Dyler pula.

  "Kau nak kena hempuk juga?" Tangan Fayyadh sudah mengumpal menjadi penumbuk. Perlahan lelaki itu menggeleng.

  "Kita ada ahli baru." Ujar Fayyadh membuatkan mereka semua terkedu.

  "Ahli baru? Perempuan ke lelaki?" Soal Haider, tidak pernah lagi Fayyadh mengambil mana-mana ahli baru selepas kematian Rayyan.

  "Lelaki. Harraz, masuk sekarang." Srah Fayyadh membuatkan mereka semua tertumpu pada pintu masuk bilik miting itu.

  "Assalamualaikum." Lelaki bertubuh tegap itu melangkah masuk dengan memberi salam.

  Terbutang mata keempat-empat sosok itu memandang lelaki yang berada di hadapan mereka itu.

  Harraz Hafiz, seorang lelaki yang tinggi dan tampan. Mempunyai mata perang yang cantik. Tubuhnya tegap, bibir merah jambu menandakan dia tidak merokok. Jelas sekali, lelaki ini boleh membuatkan wanita jatuh padanya dalam sepuluh saat.

  "Ya Allah... iman aku..." gumam Adryyan perlahan.

  Manakala, pipi Tengku Ayden sudah berubah kemerahan. "Oh my god!" Gumam Tengku Ayden sambil memegang dadanya.

  Fayyadh dan Dyler mengeluh kecil melihat gelagat mereka. "Ingat bini kat rumah tu. Tak pasal-pasal ada kuali terbang nanti." Ujar Khai.

  "Aku doktor dan seorang gun shooter." Ujar Harraz sebelum menunduk hormat kepada mereka.

  "Ha, tunduk lagi! Hormat sikit kita orang yang senior ni!" Arah Tengku Ayden sambil mencekak pinggang.

  Harraz pula memberi jelingan maut padanya. "Kenapa Tuan tak tunduk juga? Biasanya, senior pun kena tunduk pada junior." Balas Harraz.

  "Hahaha! Kena mental ke tu?" Perli Adryyan setelah melihat wajah terkejut Tengku Ayden. Tengku Ayden hanya menjeling ke arah Harraz yang sedang menuju ke meja miting itu.

  "Jadi, dah 2 jam aku tinggal kau orang berempat ni. Apa yang kau orang dah cari tentang pulau tu?" Soal Fayyadh dengan wajah tegangnya memandang 4 sosok di hadapannya.

Diam...

"Asal diam? Aku tanya ni jawablah." Soal Fayyadh sekali lagi.

Diam...

  "Jawablah!" Sebelum lelaki itu menumbuk meja ada satu suara menyapa membuatkan lelaki itu berhenti. "Daddy?" Panggil Tengku Rayden yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk utama bilik miting The Royal Empires.

My Greatest Love, Tengku Ayden [OG]Where stories live. Discover now