"LOVE? Abang ada belikan ubat ni, makan ya?" Ujar Tengku Ayden selepas meletakkan ubat di atas meja bersebelahan dengan katil yang dibaring oleh Vea.
"Siapa yang suruh kau beli? Aku suruh Amilya yang belikan bukan kaulah sial!" Jerkah Vea sebaik saja melihat tubuh mungil Tengku Aelin di atas pangkuan Tengku Ayden.
"Love..." dengan laju Vea memotong.
"Eh jijik kau tahu tak?! Boleh tak kau berhenti panggil aku macam tu? Jijik!" Pandangan membunuh Vea diberi pada Tengku Ayden dan Tengku Aelin.
"Sayang lagi rela percayakan orang luar dari suami sendiri? Abang tak curang sayang... abang bersumpah atas nama tuhan... tolong percayakan abang..." rayu Tengku Ayden menggenggam hebat tangan isterinya.
"Lepastu apa? Kau expect aku nak percayakan kau 24 jam ke? Dasar pedophile! Kau keluar sekarang!" Jerit Vea sekali lagi. Tidak perlu diulang Tengku Ayden terus membawa Tengku Aelin keluar bersamanya.
"Ael duduk sini, main dengan dia orang... daddy ada benda nak cakap dengan papa Fayyadh." Tengku Ayden mengusap halus rambut Tengku Aelin sebelum melangkah pergi ke arah Fayyadh, Adryyan, Haider, dan yang lain.
"Ada misi malam esok, Tan Sri suruh semua join." Ujar Haider sambil mengurut kepalanya, dengar aje ada misi terus sakit kepala!
"Siapa musuh?" Soal Tengku Ayden sebelum pandangannya beralih pada Tengku Aelin yang sedang bermain bersama Ayla.
"Cendric dan Rafael." Tenang Fayyadh menjawab.
"Rafael Mikha?" Membuntang matanya melihat Fayyadh mengangguk sebagai jawapan. Rafael Mikha masih hidup?
"Macam mana dia boleh hidup lagi? Kita bukan dah tanam dia hidup-hidup ke?" Soal Haider.
"Mungkin Allah bagi dia peluang untuk bertaubat tapi masih belum insaf." Harraz membalas. Yang lain pula mengangguk faham, ada betulnya juga...
AMILYA mendekati Tengku Ayden yang sedang bermain bersama Tengku Aelin.
"Ayden... betul ke Aelin ni..." tidak sempat Amilya menghabiskan ayatnya Tengku Ayden dengan cepat memotong.
"Ya, dia anak aku. Kau nak apa? Nak cakap apa yang aku buat ni salah? Nak panggil dia anak haram? Langkah mayat aku dulu." Potong Tengku Ayden.
Tengku Aelin memegang tangan Tengku Ayden sebelum berkata. "Kenapa daddy marah aunty? Aunty baik... aunty kasi Ael flower..." Tengku Aelin menjuihkan bibirnya sedikit.
Tengku Ayden mengusap rambut hitam pekat anak perempuannya sebelum melihat ke arah Amilya kembali.
"Aku tahu yang dia tu anak kau. Tapi aku tak akan pergi dari sini selagi kau tak bagi penjelasan yang tepat pasal semua ni." Balas Amilya yang sudah geram.
"Isteri aku sendiri pun dah buang aku! Kenapa kau masih lagi kat sini minta penjelasan dari aku? Kenapa kau tak bencikan aku macam orang lai..."
Amilya yang menahan marah dengan laju memotong kata-kata Tengku Ayden, noda suara wanita itu tidak rendah kali ini.
"Sebab kaulah orang yang jaga aku dari kecil! Kaulah yang tolong jaga aku dengan Adryyan dari aku kecil sampailah besar macam ni! Aku tak nak masuk ke pihak yang salah!"
Kata-kata Amilya membuatkan Tengku Ayden hilang kata-katanya sendiri.
"Dia anak aku... anak kandung aku... dia bukan anak haram..." wajah Tengku Ayden berubah pucat.
"Bukan anak haram yang kau maksudkan?" Soal Amilya lagi.
"Dia bukan anak haram!" Jerit Tengku Ayden sebelum lututnya menjadi lemah. Laju tangannya berpaut pada meja supaya tidak pitam ke lantai.
YOU ARE READING
My Greatest Love, Tengku Ayden [OG]
RomanceBook 2! Sebuah Spin-off 'Treat With Love' "Aku dah tak sempurna macam dulu!" - Tengku Ayden Iskandar Betul? Atau tidak? Tengku Ayden mengalami anxiety disorder disebabkan fitnah yang direka oleh bekas tunangan Fayyadh sendiri? "Saya perlukan suami s...