"SAYANG... sayang nak pergi mana ni...? Dah malam ni, sayang..." Tengku Ayden cuba untuk memegang Vea namun dengan laju dia menepis.
"Jangan pegang aku! Kau memang tak layak jadi suami orang!" Jerkah Vea sebelum berlari memikul beg baju yang dikemas olehnya.
"Vea!" Jerit Tengku Ayden lagi.
Ketiga-tiga kembar itu juga dibawa oleh Vea, mereka akan tinggal di rumah Fayyadh dan Amilya untuk sementara waktu.
"Jangan cari aku. Aku tak akan pernah maafkan kau!" Tempik Vea sebelum membawa ketiga kembar itu keluar dari rumah.
"Daddy... kenapa aunty tu marah daddy?Sebab Ael ke? Kalau dia tak suka Ael... daddy hantarlah Ael dekat rumah anak yatim... Ael tak nak duduk dengan mommy Yana... mommy pukul..." Luah Tengku Aelin ketakutan.
Dari kecil lagi dia didera oleh Yana, wanita itu mengurungnya di dalam bilik seorang diri tanpa sebarang makanan dan minuman. Sejak itu jugalah Tengku Aelin menjadi trauma dengan Yana.
"Sshhh.. tak ada orang bencikan Aelin pun... aunty tu... sebenarnya dia isteri daddy, so you need to call her mommy okey?" Tengku Ayden melutut lalu mengusap lembut rambut hitam kelabu milik Tengku Aelin.
"What is her name?" Soal Tengku Aelin sambil mengedipkan matanya berkali-kali.
"Andrea Veana."
"Just like me! I'm Tengku Aelin Veana and mommy's name is Andrea Veana!" Teruja Tengku Aelin berkata dengan terlompat-lompat.
Anak kita Vea... dia anak kita... abang minta maaf sayang...
"Dah lewat ni, Ael pergi masuk bilik then tidur okey?" Arah Tengku Ayden memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Tengku Aelin mencebik. "Ael nak tidur dengan daddy. Daddy temanlah Ael tidur..." Sayu Tengku Aelin berkata.
"Sejak bila anak perempuan daddy ni manja ni? Hm?" Soal Tengku Ayden sambil tersenyum manis melihat gelagat comel Tengku Aelin itu.
Tiba-tiba sahaja Tengku Aelin menjerit ketakutan lalu memeluk kaki milik daddynya. "Daddy! Ada snake!" Jerit Tengku Aelin membuatkan Tengku Ayden terpelenting terkejut. Cobra...
Tengku Ayden melihat parut merah yang ada pada badan ular tersebut. "Chlyeo! Buat orang takut aje!" Marah Tengku Ayden.
Lelaki itu melutut di hadapan ular itu, manakala Tengku Aelin masih lagi bersembunyi di belakang Tengku Ayden.
"It's fine, sweetheart. She's my pet." Jelas Tengku Ayden. Chlyeo adalah haiwan peliharaan Tengku Ayden yang paling disayangi. Dia terjumpa dengan ular ini semasa melakukan misi di dalam hutan. Ular ini pun sejenis ular cobra jadi sangat sesuai dengan gelarannya sebagai "Cobra."
Sudah lama Chlyeo tidak munculkan diri semenjak dia bergaduh besar dengan Tengku Ayden. Ular pun pandai merajuk dah sekarang! Kemana hilang pun tidak tahu, akhirnya balik juga!
"Pet? So... no bite?" Tengku Ayden tergelak kecil comelnya anak perempuan dia ni!
"Nope! No bite, sayang. She's a clingy cobra who got spoiled by me." Balas Tengku Ayden lagi. Chlyeo yang ditakuti itu tadi didekati oleh Tengku Aelin semula. Ular itu tidak berganjak sedikit pun. Namun, dia juga mula mendekati Tengku Aelin dengan perlahan.
"AAAA! So cute!" Tengku Aelin dengan laju membukan langkah luas untuk memegang ular itu. Chlyeo yang melihat tingkah laku kanak-kanak itu terus memusing kebelakang untuk melarikan dirinya dari kanak-kanak riang itu.
Tengku Ayden sudah mengilai besar menonton anaknya dan Chlyeo itu bermain.
"VEA... kau janganlah macam ni, bincang dulu dengan Ayden. Jangan buat keputusan melulu..." pujuk Arissa sambil menggsok bahu Vea perlahan.
Baru saja dia dapati bahawa media sosial sekarang sedang bercakap tentang suaminya Tengku Ayden Iskandar.
"Bincang?! Dia tidur dengan ramai perempuan! Dengan budak pun! Kau nak aku bincang dengan dia?! Dia tu pedophile!" Jerkah Vea, kemarahannya semakin membuak-buak dalam hati.
"Aku tetap nak minta cerai! Aku tak nak ada suami kaki perempuan macam dia!" Ujar Bea lagi.
"Semua tu boleh jadi fitnah, Vea... tolong jangan buat keputusan melulu macam ni... please..." Amilya sedaya upaya untuk memenangkan wanita itu namun masih lagi gagal.
"Cerai bukan jalan penyelesaian untuk memperbetulkan keadaan, Vea..." kini Adryyan pula yang cuba untuk memujuk. Walaupun dia masih lagi memarahi Tengku Ayden tetapi Ayden masih lagi sabahat sehidup sematinya.
"Vea! Benda tu boleh menjatuhkan fitnah!" Haider pula bersuara.
"Mungkin ada orang yang tak puas hati dengan hubungan kau dan Ayden..." perlahan Fayyadh bersuara. Walaupun dia marah kepada Tengku Ayden tetapi dia tidak akan percaya dengan apa yang dikatakan oleh netizen-netizen melayu.
"Kau nak cakap yang aku salahlah sekarang ni?! Dia tidur dengan tunang kau, Fayyadh!" Ujar Vea sebelum memusingkan kepalanya ke arah Fayyadh.
"Benda tu dah lama, tak perlu nak ungkit. Aku dah ada Amilya sebagai isteri aku yang sah sekarang." Tenang Fayyadh menjawab sambil memeluk pinggang Amilya.
Tiba-tiba telefon Vea berdering minta diangkat.
"Hello?" Sapa Vea perlahan, nombor yang diangkat tidak dikenali olehnya jadi yang lain mula mendekat untuk mendengar perbualan mereka.
"Vea... tolong..." sayu suara wanita menyapa telinga Vea. "Yana? Kenapa ni?" Soal Vea sedikit terkejut.
Yang lain mula mendekat selangkah mendengar nama Yana yang keluar dari mulut Vea.
"Vea... tolong aku... Ayden... Ayden rogol aku... aku takut..." Sayu suara Yana berbunyi di hujung telinga Vea membuatkan wanita itu naik marah.
Yang lain pula mendengar dengan lebih mendalam lagi, mereka juga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Yana itu.
"Assalamualaikum." Sapa Tengku Ayden yang melangkah masuk ke dalam mansion Fayyadh dan Amilya.
Plakk!!
Bunyi tamparan mehinggap pipi Tengku Ayden, lelaki itu hanya diam terkedu dengan tindakan isterinya. Tengku Aelin juga terkejut melihat gelagat Vea seperti itu.
"Kau memang dayus! Kau tak ada maruah! Aku benci kau! Pedophile! Pedophile! Aku benci kau, Tengku Ayden Iskandar!" Jerit Vea sambil menumbuk-numbuk dada bidang Tengku Ayden, air matanya tidak berhenti menuruni ke pipi. Akhirnya tangisan wanita itu pecah.
"Love... kenapa ni, sayang?" Serak suara Tengku Ayden menanya. Tetapi Vea sudah hilang kawalan, tumbukan yang diberi olehnya semakin kuat membuatkan Tengku Ayden mengerun kesakitan.
Amilya melangkah kehadapan untuk menghentikan Vea dari menyakiti Tengku Ayden, tapi dengan laju disekat oleh Tengku Ayden sendiri.
"Vea." Tegas Tengku Ayden memanggil. Tetapi wanita itu langsung tidak hiraukan.
"Andrea Veana binti Abdullah!" Kali ini noda suara Tengku Ayden menjadi tinggi membuatkan bahu Vea terhinjut kerana terkejut. Tidak pernah lagi Ayden meninggikan suara kepadanya.
"Sayang..." lantas Tengku Ayden menarik wanita itu ke dadanya lalu memeluknya dengan erat.
"Sayang lebih percayakan orang luar daripada abang?" Bibir digigit untuk menahan air mata dari jatuh ke pipi.
Sakit di dadanya yang dipukul oleh Vea itu dibiarkan walaupun sakit itu tidak dapat di tahan.
"Buat apa aku nak percaya kau..."
"The sky grows dark, the black over the blue. Yet the stars still dare to shine for you. And you still didn't realize that the stars who shine for you is me." Terkedu Vea mendengarkan kata-kata Tengku Ayden, tetapi hatinya yang terluka sudah tidak dapat dimainkan dengan kata-kata seorang lelaki yang sudah mengkhianatinya.
estellesses
![](https://img.wattpad.com/cover/381113288-288-k361302.jpg)
YOU ARE READING
My Greatest Love, Tengku Ayden [OG]
RomanceBook 2! Sebuah Spin-off 'Treat With Love' "Aku dah tak sempurna macam dulu!" - Tengku Ayden Iskandar Betul? Atau tidak? Tengku Ayden mengalami anxiety disorder disebabkan fitnah yang direka oleh bekas tunangan Fayyadh sendiri? "Saya perlukan suami s...